"Abang, U tau tak si Rose tu buat apa" Datin Aini menerpa lalu mendapatkan suaminya di bilik belajar.
Menghempas kasar bag tangan lalu duduk di hadapan Dato Lukman.
Dato' Lukman hanya mengerut dahi
"apa masalah U ni datang2 terus nak mengamuk. Tadi g shopping kan.Banyak masuk noti..U beli apa entah"
"Tu bukan main dia sekarang" Datin Aini menyinga.
"apa dia?" Dato' Lukman tidak ingin bergaduh dgn wanita itu. Bukan sekarang
"U tau si budak Rose tu ada masa gathering kitaorg tadi." Dato' Lukman mengangkat wajah
"Dia malukan I kat semua org.Sekarang ni semua dah tahu yang kita hampir bankrup Aabang tahu tak..argggg"
#########
flashback
"Hari ni on me" Datin Aini berbicara dengan sekeping kad credit di tangan. Yang lain hanya bersorak
Hari ini mereka sudah berjanji untuk berjumpa dan lepak bersama. Kawan² datin nya.
"U masyuk sekarang Aini" seorang wanita memuji. Datin Aini hanya tersenyum bangga.
Dia tidak ingin nampak miskin di hadapan kawannya. Semua mereka sudah membelanja yang lain. Giliran dirinya pulak.
"Btw mana Afeefa.Dia tak datang ke?"
"Jap lagi katanya.Dia ada bawak kawan."
"hi uolz, rindu I ke" suara Afeefa kedengaran dari jauh. Datin Aini tersenyum. Ini adalah wanita yang paling berjaya di kalangan mereka.
Isteri seorang Dato' yang juga ahli politik di negara itu. Datin Aini ingin menggunakan 'connection' suami Afeefa untuk memasukkan Dato' Lukman ke dalam dunia politik.
Itu sahaja.
Dia ingin hidup seperti wanita itu.
"Ingatkan U tak datang.Katanya bawak kawan. Mana kawannya" Datin Aini menyapa. Ketika itu seorang wanita tiba sambil tersenyum.
"Rose?" Yang lain terus mendapatkan Rose Irdina Datin Aini membesarkan mata. Dia terkejut.
Mengapa semua orang mengenali wanita ini
"So how D'Dawn Hotel? Husband I ada tak kt VVIP room" Seorang bertanya. Rose hanya ketawa
"Jgn risau. I takkan khianat kaum I. Kita kena ajar diorg cukup2" kata Rose sambil tersenyum. yang lain hanya ketawa.
"Rose kenalkan kawan baru I, Datin Aini" Rose tersenyum dan mengangguk. Datin Aini seakan tidak senang
Mengapa dia bisa rasakan Rose ingin berbuat sesuatu.
"Isteri Dato Lukman?" Datin Aini mencuba untuk tersenyum dan mengangguk.Rose berpura² untuk tidak mengenalinya.
"Mcm mana U kenal husband dia dulu. Ke husband dia" yang lain mula meneka.
"Eh mana ada husband I macam tu lah" Datin Aini cuba ketawa.Dia menatap tajam Rose. Rose hanya senyum melihatnya.
Ingin saja dia menarik rambut wanita itu. Hatinya kepanasan melihat Rose yang mendiamkan diri seakan mengiyakan dakwaan mereka.
"Actually, I kenal Dato' Lukman sebab dia ada project baru² ni. First project after long time" Seloroh Rose.
Yang lain mendiamkan diri.
"After long time..are u serious?" Datin Aini terkedu.
"Eh taklah.. Ni project ke 8 dia within this year" Rose ketawa mengejek.
"I salah lah kot.." Rose hanya tersenyum memandang wajah Datin Aini.
Senyuman itu.
dia menang
"Rose, lama I nk tanya. U takde family lain ke after ur parent died?" Seorang wanita membuka cerita itu.
"Ada tapi takde"
"What do u mean?" Datin Afeefa.
"I kena buang ke rumah anak yatim n semua harta family I kena bolot dgn bapa saudara n isteri dia"
Semua terdiam
"What the heck? Jahat betul.. So mana diorang?"
Datin Aini seakan kaku. Semua mata masih memandang ke arah Rose.. Rose memandang nya sejenak
"What wrong Datin Aini. u look so pale?" Rose seakan mengejek
"Ouh i'm Ok..just rasa lain sikit" Rose mengangguk.
"I dunno where they are.but i hope I tak jumpa diorg. If not, u know me" Datin Afeefa.
"They're so done once they met U" Kata Datin Afeefa
Rose hanya tersenyum dan mengangguk.Matanya tepat memandang datin Aini
Dia seakan memberi peringatan. Datin Aini melihat panahan tajam mata itu.Mereka dalam bahaya kah?
#########
Faiq membeku seketika.Dia sudah tiba di hadapan apartment mewah milik Rose.
Dia mula menyesal kerana menjawab panggilan wanita itu di luar waktu kerja. Hari ini adalah hari cutinya.
Tapi mendengar suara Rose yang agak terdesak membuat dia menuruti jua.
Perlahan bel pintu ditekan. Faiq mengetap bibir. Dalam hati hanya berharap Rose tidak merencanakan apa2.
"Faiq, masuk la" Dia melihat Rose yang berpakaian agak seksi daripada biasa.Memakai seluar pendek dan baju pendek. Rambut di biar mengurai.
"Cik Rose taknak tukar baju dulu ke?"
"Are u Prevert? I selesa mcm ni. Lagi selesa takde pakai baju." Rose mengerdip matanya.
Faiq hanya mendiamkan diri.
Kaki melangkah berat masuk ke dalam rumah.
"Kenapa dengan aircond rumah ni?"
"I dunno, bocor kot.rsa panas" Faiq mengangguk.Dia menuju ke arah penghawa dingin di dalam bilik wanita itu.
Rose hanya melihat dari jauh..Adakah trick nya kali ini menjadi
Faiq terus memeriksa keadaan.
"Gas bocor ni" Rose mengangguk.
"Yea I know.." Rose menunjukkan screw driver di tangannya.
"I did it" Faiq memandang ke arah Rose. Rose tersenyum
"Awak buat apa?"
"Bocorkan gas aircond?
"kenapa?" Faiq mengerut dahi
"So I can meet u here" Rose tersenyum lagi. Faiq membesarkan mata.
Psycho giler perempuan ni.
"Hand off. jap lagi ada orang maintenance datang. U come here" Rose menuju ke luar bilik.
Faiq masih terkebil² seakan tidak percaya.
Apa yang berada di fikiran wanita itu.
"I buy something ..not really, i ask someone beli brg dapur. I got this. U can help me?"
Faiq ingin menjadi marah sendiri.
"Awak nak apa ya?" Rose senyum sinis.
akhirnya lelaki itu tidak memanggilnya Cik Rose lagi.
"Help me cooking." Faiq seakan tidak percaya
"Rose, awak giler ke?bocorkan aircond pastu suruh Sy tolong awak masak?" Kata Faiq.
"I nk makan masakan U. U kan pandai masak. kalau I suruh U datang sini semata nk masak. U confirm tak nk dtg.So i guna cara I"
"Tapi tu bukan cara dia..Allahu akhbar dia ni" Faiq mengucap panjang
Rose hanya tersenyum
"Kenapa pulak senyum"
"U call me Rose instead Cik Rose"
"Masa ni awak bukan boss saya"
Faiq mengemas barang2 nya. Dia ingin keluar dari rumah itu
"Help me masak"
"Sy takde masa untuk tu Rose."
"Tapi I lapar. I nak makan" Faiq sudah siap mengemas peralatan nya.
"tu bukan urusan saya.Awak tapau la" Faiq ingin melangkah
namun bunyi pinggan kaca terjatuh mengejutkannya. Rose juga seakan terkejut.
"Terjatuh" Rose terus menunduk dan mengutipnya. Faiq mengetap bibir.
Dia terus mendapatkan wanita itu.
"Awak cuai sgt kenapa" Rose memuncungkan mulut.
"Tepi, saya kemaskan" Rose berusaha menyembunyikan senyum nya.
Dia melihat dari jauh Faiq menyapu kaca² dilantai.
"Mop mana?" Rose menunjuk ke arah bilik air. Faiq mengangguk.
Lelaki itu seakan fokus akan pekerjaannya. Rose hanya melihat kelakuan lelaki itu.
"Adik U selalu pecahkan barang kaca?" Faiq mengerut dahi. Tanda tidak mengerti persoalan itu dengan kejadian yang berlaku.
"Yea I tengok u mcm dh biasa bersihkan kaca.Tht why"
"Ouh..haah.adik Sy selalu pecahkan cawan. Tgan tak kuat nk pegang kadang2" Rose mengangguk.
"U tak marah?"
"Nak marah takde point pun. Dia tak bole fikir mcm kita fikir. N saraf tangan dia cukup lemah."
Lelaki ini begitu sabar.
Setelah membersihkan kaca yang bersepah. Faiq terus mendapatkan plastik² yang berisi di atas meja.
Rose tersenyum. Dia melihat Faiq terus mengambil bahan² untuk memasak
Yea, I got this time
Ketika itu telefon berdering menandakan mesej masuk. Rose melihat nama Sean di paparkan
"Where r u babe? let us meet" -Sean
Rose tersenyum
"Ok.tonight.usual place.see u babe"- Rose.
**************
Share this novel