Rose melihat seorang remaja perempuan yang masih bermain bersama anak patung nya di ruangan lobby hotel. Rose mengetap bibir. Dia tidak suka jika ada budak bawahan umur dibiar tanpa penjaga di ruangan lobi hotel. Ia bisa memberi impak buruk kepada para pengunjung. "Where is your parent?" Dengan lagak divanya. Remeja itu mendongak dan mengukir senyum indah.Air liurnya seakan meleleh.Tidak seperti anak lain. Anak ini istimewa. "sapa pulak yang pegi tinggal anak dia kat sini" Rose mengerutu sendiri. Dia mengambil tangan anak itu dan ingin memimpinnya menuju ke ruangan pengumuman namun suara lelaki menghentikan tingkahnya "Cik nk bawak adik saya pergi mana?" Seorang lelaki kebingungan. Rose memandang lelaki itu tajam "Lain kali jgn biarkan budak kecil merayau kat sini. Rosak reputasi je" Angkuh. Selfish. Kasar. Dia terlalu berbangga dengan diri sendiri. Semua kata2 di mulutnya tidak pernah sedikit pun melambangkan wanita yang penuh dengan kelembutan. "Cik Rose. Saya minta maaf" Faiq Fahrezzi hanya lelaki biasa. Yang bekerja sebagai juruteknik upahan. Dirinya sudah terikat dengan takdir. Takdirnya untuk bersama Fadhiya sehingga akhir hayatnya. Itu adalah janji. Janji dengan mereka yang dikasihi. Tidak terjangka takdir ini mempertemukan dengan wanita seperti Rose Erdina. Yang bisa membuat hidupnya berantakan. Rose adalah susuk yang begitu kuat semangatnya. Dia tidak berhenti. Dia tidak akan berhenti sehingga Faiq menjadi miliknya. "Saya takkan pilih awak sampai bila²." -Faiq "We will see young man. Apa Rose nak Rose akan dapat." -Rose Mengapa Rose begitu bertekad ingin masuk ke dalam hidupnya yang selama ini tenang. Mengapa Rose begitu ingin menjadi sebahagian dari hidupnya. Dia tidak punya apa². Seperti ada udang disebalik batu. Ketika indah itu hampir menjadi milik mereka, hakikat tiba membawa ombak yang beralun kencang. Hakikat perit. Cinta dikhianati. Janji dimungkiri. Rose susuk derhaka. "Macam ni awak perbodohkan saya, Rose? Demi benda bodoh tu. Mana hati Nurani awak ni" - Faiq Begitu lama untuk menyedari cinta itu sebetulnya wujud. Begitu ego untuk mengakui kerana hati dipenuhi rasa dendam teramat. "Abang..Sayang adik?" Tidak jelas sebutan namun Faiq memahami. "Abang akan dgn adik sampai bila²." "Ta pii. Kak Rose bencii adik" "Percaya la. Abang lebih pilih adik dari perempuan tu" Masihkah ada cinta itu atau hanya benci semata. "If nak kahwin. Pilih Nabilah daripada Miss hotelier tu. Dia tu gila. Pentingkan diri sendiri. Kamu takkan bahagia dengan dia Faiq. Fikirkan adik kamu tu" "bukan. awak kah?" "Miss hotelier?"
Update 06 December 2024
2022-11-01
ap plan rose sebenarnya ni
2022-10-31
alahaii... rose.. jgn la buat faiq mcm tu.. baik bdk nya tu.. siap jaga adik dia yg istimewa plak tu.. ada masa up lg ye author ^_^
2022-10-29
next episode