Bab 1

Romance Series 4825

Keadaan di hotel begitu sesak di awal pagi. Tidak seperti selalu. Hari ini akan ada majlis perkahwinan anak orang kenamaan dan pastinya mereka akan sibuk.

Hotel D'Dawn seakan tidak asing lagi di Malaysia. Hotel yang menjadi daya tarikan para pelancong luar negara untuk menginap. Menjadi hotel bertaraf 5 bintang sudah cukup membuat para pengunjung yakin. Perkhidmatan mereka adalah yang terbaik.

"Wei, kau buat apa lagi kt sini?" Seorang wanita yang memakai pakaian staff hotel yang seakan bersiap.

"Sorry la aku bangun lambat.. Aku lupa hari ni ada majlis tu..mama aku masuk wad tu x tido semalaman." Kawannya mengelengkan kepala. Dia seperti menulis sesuatu. Mungkin ingin memberi pesanan istimewa dari pelanggan buat chef hotel.

"Kau jangan lambat2. Nanti Rimau datang mau tak gelabah kau. Siap hari bulan kau kena pecat macam tu."

"Ishh apa kau cakap ni. Aku tak pernah lambat tau. Hari ni je. Takkan tu pun kena pecat." wanita itu mengungkit bahu dan berlalu.

--------

"Why u datang?" Wanita itu terpinga2 mendgr suara Rose. Rose yang masih teliti membaca dokumen dan mengarah anak buah yang lain untuk mencantikkan ruangan dewan hotel

"Iye?" Rose tahu kah dia agak lewat hari ni? Tapi dia sudah sedaya upaya tidak menarik perhatian wanita itu.

"You lah. Miss Tamara?" Tamara menelan air liur. Wajah Rose benar2 menakutkan. Dia tidak mengukir senyum. Jarang amat jarang. Bahkan menghampiri tiada.

Rose adalah susuk yang dingin. Rose tidak pernah beramah mesra dengan pekerja bawahannya. Rose adalah susuk yang misteri dan menakutkan.

"Saya minta maaf Miss Rose" Rose memberi file kepada pembantunya. Dia mendekati Tamara.

"U tahu siapa yang paling I tak suka dalam dunia ni? Orang yang mungkir janji. " Tamara menunduk.

Ya dia salah. Dia sudah ditugas kan untuk mengawasi progress kerja mereka.

"Sy minta maaf tapi sy ada alasan. Mama saya terpaksa masuk ward semalam dan saya kena jaga dia.. Saya betul2 takde niat nk datang kerja lambat." Tamara seakan merayu

Rose memandangnya tajam. Hatinya menjadi panas. Panas mendgr alasan. Dia benci mndgr alasan. Niatnya ingin memaafkan wanita itu terkubur dek mendengar wanita itu memberi alasan.

"She so done" seorang wanita berbisik dengan wanita yang lain

"why?"

"Miss Rose paling tak suka orang bagi alasan" Wajah yang lain menunjukkan riak terkejut. Melihat wajah Rose yang seakan ketegangan sudah cukup membuat mereka mengerti

"Pack up your thing. I hate u for being here.." Rose terus berlalu keluar. Tamara memejamkan mata dan menunduk. Sekali² airmata menitik. Seorang wanita tiba untuk menenangkan Tamara.

"Sabar Mara. Miss Rose memang macam tu" Tamara menangis lagi.

"Kenapa dia kejam sangat? Aku sekarang perlu duit untuk mama aku.." Tamara ingin meraung namun menyedari orang ramai melihat membuat dia mencuba tenang.

"Aku akan cuba bantu kau Mara. Jom lah. Sebelum Miss Rose jumpa kau n suruh security heret kau keluar. Jom" Tamara mengangguk dan menuju keluar.

Seperti itu saja dia diberhentikan kerja. Atas alasan dia lambat . Rose bukanlah seseorang yang punya rasa simpati. Rose tiada perasaan itu. Dia hanya memikirkan diri sendiri.

----

"siapa dia?" Rose bertanya sambil melangkah menuju ke bilik VVIP. Dia baru saja mendapat berita yang kurang enak dari pembantunya.

Jangan biar masalah menjadi barah.

"Dia Cik Yasmine. Anak kepada Dato' Sri Wan Junaid. Dia gagal membuat pembayaran 3 hari berturut². Kami dah cuba hubungi dia tapi dia tak angkat. Tapi semalam receiptionist ada ternampak dia masuk ke hotel. Mabuk" Rose mengangguk.

Rose sudah tiba di depan pintu bilik lalu mengeluarkan kad akses miliknya. Dia melihat keadaan bilik yang bersepah. Melihat seorang wanita yang masih dibuai mimpi. Dengan pakaian yang berselerak di lantai.

"Cik Yasmine." Pembantu kepada Rose cuba untuk membangunkan Yasmine. Dengan bnyak kali cubaan, akhirnya Yasmine bangun.

"U nak apa masuk bilik I?" Rose mngangkat kening.

"Bilik U? U bayar ke?"

"U ingat I miskin ke tak mampu bayar?" Yasmine memandang Rose tajam. Rose memberi isyarat kepada pembantu nya. Wanita itu terus menyerahkan sesuatu kepada Yasmine

"Kami tak terima pembayaran cik dah 3 hari.any problem with that?" Yasmine mngetap bibir.

Dia lupa pula kadnya sudah tiada duit lagi. Kad kredit yang lain sudah disekat oleh ayahnya.

"I will ask my dad. n ask him to pay it" Rose hnya senyum sinis.

" macam ni la little brat yang suka susahkan orang tua"

"Say again?" Yasmine tegang. Beraninya wanita itu menghinanya

"I Said u're little brat who loves to fuck around n susahkan orang" Yasmine terus bangun dari duduknya. Dia ingin menolak Rose namun wanita itu terlebih dahulu menolaknya.

Yasmine terduduk di atas katil.

"U're so rude. I akan bagitahu boss u. .My dad orang kenamaan.. Satu Malaysia tau. I can Sue U"

"Sue la. I can Sue U also. Kata kaya sgt tapi tak mampu nak bayar. Ingat ni hotel ur dad ke,bitch?" Yasmine membesarkan mata. Dia seakan tidak percaya.

Rose terus mengambil telefon bimbit. Dia mendail number seseorang.

"Hello Dato'. I'm Rose. manager D'Dawn Hotel" Rose memperkenalkan diri. Yasmine terkejut. Dia melihat Rose yang seakan menjelaskan sesuatu kepada ayahnya.

"Ok Dato'. Tq for your time" Panggilan dimatikan. Rose kembali memandang wajah Yasmine. Tidak seperti tadi, wajah Yasmine lebih ketakutan.

"Keluar dari bilik ni sebelum I heret U keluar" Rose berbicara.

"My dad cakap apa?"

"He ask me to throw you out." Rose senyum sinis. Yasmine mengetap bibir.

"But please. I will explain it"

"No need. Apa yang I tahu. U get Lost" Rose berbicara sebelum memalingkan tubuh dan melangkah keluar.

"Cik kena kembalikan kad akses pukul 12 tengahari." Pembantu Rose berbicara sebelum beredar keluar.

Yasmine menarik nafas geram. Dia menjadi marah sendiri. Bagaimana seorang manager hotel bisa kurang ajar seperti itu? Dia tidak mengenali wanita itu lebih dekat namun dia bisa melihat Rose adalah wanita yang sangat tidak peduli dengan perkara lain.

She is crazy mad dog. I hate her

___________

"Adik, cepat la..Abang lambat dh ni" Faiq melihat jam tangan berkali². Hati terdetik sendiri. Entah apa yang adik nya buat di dalam bilik. Seakan begitu lama menunggu.

"Fardhiyaa Zulaikha.." Ketika itu seorang anak gadis keluar sambil tersengih² dengan anak patung di tgannya.

"Kenapa?" Faiq mendekati adiknya.

"Ada darah.." Faiq membesarkn mata. Dia mengetap bibir seketika.

"Dah pakai dh ke?" Fardhiyaa mengangguk. Faiq tersenyum.

"Pandai adik abang. Dah siap belum tu?" Fardhiyaa mengangguk lagi. Faiq mengambil tgan adiknya lalu mengajak keluar.

"Jom"

_________

"Faiq, kau tak nk join team dinner ke malam ni?" Faiq mengambil peralatan untuk membetulkan aircond dan meletakkannya di dalam bag

Dia sudah bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Seperti rutin harian dia akan menuju ke office untuk mengambil peralatan kerja sebelum berangkat ke lokasi bekerja.

Lokasinya berubah2.ada kala di dalam bangunan ada kala di rumah. Menjadi seorang juruteknik memasang penghawa dingin memerlukan dia bergerak banyak.

"Iq, aku tnya ni" Faiq memandang sahabatnya. Dia senyum nipis.

"Kau dh tau jawapan aku Mat" Muhamad mngetap bibir.

Sepanjang dia berteman dgn lelaki itu, tidak pernah sekali Faiq keluar lepak bersama mereka malam². Tidak pernah lagi Faiq memilih untuk mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat mereka.

"Kau tak teringin ke nk ada kehidupan macm orang lain. Lepak2 macam orang bujang. Pastu g smart2 .ada makwe. Ada geng motor.. Kau tak teringin ke semua tu?" Faiq menunduk

Tipu. Andai dia tidak menginginkan semua itu. Dia hanyalah lelaki biasa. Lelaki yang ingin hidup nya seperti yang lain. Namun itu bukan yang tertulis dalam takdirnya. Baginya itu hnya mimpi yang tidak akan bisa menjadi kenyataan.

"Adik aku lebih perlukan aku Mat.Dia takde sapa² selain aku. Dan aku pun takde sapa² selain dia.."

"Tapi takkan kau nk macam tu je Iq sampai bila². Iq, takkan kau nk biar je hidup kau boring je macam tu. Sampai bila kau nk dengan adik kau?. Kau tutup hati kau untuk orang lain yang nk dekatkan diri dgn kau"

Faiq hanya ketawa mendgr kata2 kawannya.

"Sapa yang nk dgn aku ni Mat. Blaja takat SPM je. Kerja repair aircond. Rumah pun sewa. ada motor cabuk tu je..Mana perempuan nk pandang aku ni?" Faiq ketawa lagi. Baginya itu adalah sesuatu yang amat lucu.

Sekarang ni semua tentang duit. Tiada lagi wanita yang sanggup susah bersama lelaki. Dan dia juga tidak percaya wujudnya cinta. Baginya dia bukan typikal lelaki yang mudah jatuh cinta. Sehingga kini, hatinya tidak pernah bergetar buat mana2 insan yang bergelar wanita.

"Sapa ckap takde sapa yang nak? Kau tu handsome ..ada rupa. kalau pegi ujibakat jdi pelakon ke model ke memang aku yakin kau senang2 je dapat Iq. Kadang2 aku rsa mcm kau ni mensia²kan nikmat muka handsome yang tuhan bagi"

"aku suka kerja macam ni.Aku bole bawak adik aku g kerja. Tak lah aku tinggalkan dia sorang2 kat rumah"

"Aku tak faham sgt kenapa wujud lelaki macam kau ni. Dgn dunia Skrang ni lelaki macam kau dh pupus kau tau. Kau sesat dari mana tah" Faiq ketawa lagi.

Mata nya tertacap pada adiknya yang sudah melambai ke arahnya. Faiq tersenyum dan membalas lambaian adiknya

"Tu yang buat aku lain dari yang lain. Dah la.Aku lambat dh ni. Gerak dlu" Faiq terus berlalu.

Muhamad melihat Faiq yang terus mengambil jemari adiknya dan keluar bersama. Muhamad mengelengkn kepala.

"Kalau mcm tu kau memang takkan kahwin la Iq. Memang wujud lelaki macam kau rupanya. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience