SM | La Vengeance I

Mystery & Detective Series 415

Linda berjalan tak tentu arah, dia bingung dan takut sewa rumah sudah tertunggak 2 bulan. Dia di maklumkan sudah hamil 3 minggu. Lelaki bernama Dani merangkap kekasih hatinya telah melarikan diri setelah menipunya.

Dani meragut mahkota keperawanan Linda dan berjaya melarikan wang simpanan Linda berjumlah RM25,000.

Linda keluar dari rumah sewanya dan berjalan kaki menuju ke taman. Dia menangis semahunya. Biarlah kalau orang melihatnya sebegini. Dia berasa terlalu sedih.

Tiba tiba guruh sabung meyabung. Orang yang berada di situ segera pulang. Ada yang menutup kepala mereka dengan buku dan ada juga yang menyediakan payung yang mereka bawa sendiri.

Linda keseorangan di bawah hujan yang lebat. Dia terus menangis sambil berjalan. Tanpa sedar, dia berjalan ke sebuah lorong yang agak gelap. Hanya ditemani satu lampu jalan yang agak malap.

Linda sedaya upaya cuba untuk berhenti menangis. Tersedu sedu dia dibuatnya. Matanya melilau melihat keadaan lorong tersebut.

Suram. Hanya jalan yang dibasahi air hujan.

Hanya dia seorang sahaja di situ. Tiba tiba sehelai kertas jatuh bersebelahan kakinya. Dia mengambil kertas itu dan mulai membaca.

Selamat datang!

Anda ingin membalas dendam?

Hubungi kami : 951-757-2062

Dengan satu panggilan SAHAJA!

Masalah anda akan pihak kami akan selesaikan dengan cara yang anda inginkan!

JIKA GAGAL, NYAWA ANDA MILIK KAMI!

Linda melipat lalu menyimpan kertas itu di dalam poket seluar jeansnya.

_______________________________________

Selepas mandi, Linda baring di atas katil yang bersaiz queen. Biliknya berbau harum dengan bauan lavender.

Dia teringat akan janji janji manis Dani. Mereka bertemu buat kali pertama di sebuah universiti yang ternama. Mereka juga sering meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli belah yang ternama.

Dan beberapa hari selepas Linda dan Dani terlanjur, tidak sangka itu kali terakhir dia berjumpa dengan Dani. Pada waktu tersebut, lelaki itu hanya buat endah tak endah sahaja.

Lelaki itu juga enggan bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan pada dirinya. Malah telah mempunyai pasangan yang baru.

Linda bangun dari tempat pembaringannya. Dia teringat akan sesuatu.

"Kertas tadi !" Jerit hati kecilnya.

Linda segera bangun dan menuju ke bakul baju kotornya untuk mencari kertas tersebut. Dia menyeluk poket seluar jeansnya.

Matanya membesar seraya menjumpai kertas tersebut. Dia terus keluar dari bilik tidurnya lalu menuju ke meja kecil di ruang tamu.

Inilah masa yang di tunggu tunggu!

Dia segera mendail nombor telefon yang tertulis di atas kertas tersebut.

Entah mengapa hatinya berdebar debar. Seperti ada sesuatu yang berkata bahawa tindakannya itu tidak benar.

Ahh.

Itu hanyalah mainan perasaannya sahaja.

"Hello Sybile di sini ! Boleh saya tahu siapa yang berada di hujung talian?"

Kedengaran suara gadis yang lemah lembut.

"Err, nama saya Linda," Linda tergagap menjawab panggilan itu.
Entah kenapa dia merasakan aura yang lain.

"Oh. Hmm baiklah. Nama saya Carrie. Memandangkan Cik Linda telah menghubungi kami, kami akan membuat temu janji dengan Cik Linda. Cik Linda setuju ?"

"Ya. Saya setuju," Laju sahaja mulut Linda menjawab pertanyaan Carrie.

"Temu janji akan di buat pada hari Jumaat ya," Linda bangun dari tempat duduknya seraya berkata

"Err, cik. Kalau boleh buat hari Khamis ni boleh tak?" Linda berjalan menuju bilik tidurnya.

"Baiklah Cik Linda. Lagi cepat lagi bagus!"

Tiit!

Talian tamat di situ sahaja.

Dahi Linda berkerut-kerut. Dia tidak pasti dengan perasaannya ketika ini. Adakah ini yang dia mahukan ataupun tidak.

Tapi perasaannya sekarang tidak penting. Yang penting adalah dendamnya terhadap Dani!

_______________________________________

Malam itu , Linda bersiap untuk temu janji yang berada di syarikat Sybil itu sendiri. Carrie telah memberitahunya semalam melalui panggilan telefon. Linda juga perlu memakai pakaian berwarna hitam. Carrie berkata yang itu adalah kod pemakaian yang wajib.

Dia memakai baju jenis high low dress dari jenama SHEIN yang menampakkan keseluruhan kakinya yang hitam manis.

Rambutnya dikeringkan menggunakan hair drier lalu dia mengambil hair styler dan mengepit rambutnya untuk menghasilkan gaya perm.

Setelah Linda bersiap, dia keluar dan menyarungkan high heels jenis point toe stiletto yang tirus di depan dari jenama yang sama.

Dia bangun dari lantai tadi dan mengunci pintu rumah sewanya.

Kereta Mercedes-Benz yang Carrie katakan semalam telah menunggu di luar rumah sewanya.

Dia masuk ke dalam perut kereta dan duduk di bahagian penumpang belakang.

Kereta Mercedes-Benz itu lalu meluncur laju meninggalkan rumah sewanya.

_______________________________________

Linda dihentikan di sebuah lorong yang agak gelap bertemankan sebuah lampu jalan yang malap. Dia memberanikan diri berjalan menuju ke lorong itu.

Linda menoleh kebelakang

'Huh?' getus hatinya. Linda terdengar seperti bunyi tapak kaki orang berlari betul betul di belakangnya.

Linda menelan air liurnya. Dia meneruskan lagi perjalanannya.

Ah, itu mungkin fikirannya sahaja. Mana mungkin ada hantu di zaman yang moden ini.

Bunyi tapak kaki yang berlari tadi kembali mengusiknya.

Kali ini, Linda sudah semakin takut. Dia segera mengambil telefon pintar dari tas tangannya lalu membuka torch light.

"Cik Linda... " kedengaran suara halus seorang gadis memanggil namanya.

Linda menelan air liurnya lagi.

"Cik Linda..." Linda menggerakkan telefon pintarnya untuk mencari siapakah tuan badan yang memanggil namanya.

"AHH !" Linda terkejut. Jantungnya hampir berhenti apabila susuk tubuh Carrie tiba tiba berada di hadapannya.

Linda mencangkung seketika. Dia cuba menenangkan dirinya yang tercungap cungap.

" Maafkan saya Cik Linda, saya tak sengaja, " suara Carrie menjadi serba salah.

"Cik Linda ok?" soal Carrie.

"Saya ok je," jawab Linda.

"Cik Linda, mari ikut saya," Linda kemudiannya berdiri dan membetulkan sedikit dressnya. Dia berjalan mengikuti Carrie dari belakang.

"Cik Linda, kalau Cik Linda dengar apa apa bunyi selain daripada saya dan Cik Linda, jangan toleh ya. Hanya kita berdua sahaja yang ada di sini,"

Kata kata Carrie membuatkan Linda berasa agak seram. Bulu romanya naik.

"B-baiklah," tergagap Linda sambil mengangguk tanda setuju.

"Cik Linda, kita dah sampai. Pegang tangan saya. Walau apa pun yang Cik Linda dengar, tolong jangan buka mata atau sahut. Ya ? "

Linda kemudiannya memegang tangan Carrie.

'Sejuknya tangan dia,' getus hati Linda. Tapi dia tidak mahu fikir yang bukan bukan.

Dia mula menutup mata. Angin tiba tiba kuat seperti ribut.

Suara kanak-kanak keriangan kedengaran. Linda mengetap bibirnya.

Bunyi yang nyaring membuatkan telinga Linda bingit. Dia semakin kuat memegang tangan Carrie.

Linda perasan sesuatu aneh tentang Carrie. Dia tidak bercakap walau sepatah pun. Linda ingin membuka matanya akan tetapi, dia teringat pesanan Carrie

'Walau apa pun yang Cik Linda dengar, tolong jangan buka mata atau sahut. Ya ?'

Linda membatalkan niatnya. Dia tidak mahu menyusahkan dirinya dan Carrie.

Angin yang tadi kuat seperti ribut sudah tiada lagi. Suara kanak kanak yang keriangan serta bunyi nyating yang membingitkan juga telah hilang.

"Cik Linda. Kita dah sampai. Cik Linda dah boleh buka mata,"

Linda membuka matanya secara perlahan-lahan. Dia melihat kawasan sekeliling.

"Carrie, kita kat mana sekarang ni ya?"

Linda menyoal Carrie. Sungguh aneh. Lorong yang gelap tadi kini sudah menjadi hotel mewah?

Sepantas kilat!

Linda mengerutkan sedikit dahinya.

Apakah!

À suivre ( To Be Continued ) .......

-----------______________________-------------
-----------_______________________-------------

THANKS TO :

- Akak akak Kelas Penulisan.
-Bonda
-Aja Aja Hwaiting Participant
- My besties : Ain, Aqilah, Izz, Arfah

And All Of My Supporters, Readers and Novel Plus Friends.

Secara Langsung Atau Tidak Langsung.

Disclaimer : Cerita ini hanyalah REKAAN SEMATA. Tiada kaitan dengan mana mana agama. Perbuatan syirik itu HARAM dan BERDOSA BESAR bagi umat Islam.

Sekian Terima Kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience