SM | Beauty Pegeant II

Mystery & Detective Series 415

Fedora melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tangan mencampakkan beg tangan ke atas sofa.

Hatinya semakin panas . Muka gadis tu bukan cantik mana pun kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Buta ke wakil yang memilih calon Beauty Pegeant tu.

Kalau pulang lebih lambat, semestinya dia akan di kerumuni oleh para wartawan yang semestinya akan menghebohkan suasana Fashion Show itu.

Fedora duduk di atas sofa ruang tamu. Otaknya ligat berfikir. Jika Amara sakit, semestinya wakil pihak Beauty Pegeant akan memilih dirinya.

Tapi dia buntu, dengan siapa dia mahu berjumpa? Kalau dia lakukan sendiri sudah tentu namanya akan menjadi busuk.
'Ting tong, ' bunyi loceng berbunyi. Matanya mengerling ke arah pintu rumahnya. Aneh. Dia tidak membeli apa apa barang secara online.

Kakinya berjalan laju ke arah pintu. Mungkin ada barang yang dia terlupa? Fedora membuka pintu rumahnya. Tiada sesiapa yang kelihatan di depan pintu. Kepalanya memusing ke kiri dan kanan. Juga tiada sesiapa di situ.

Mustahil tiada orang. Angin tiba tiba kuat menampar pipinya. Bulu romanya meremang.

Fedora segera menutup pintu. Bunyi loceng sekali lagi kedengaran. Mata Fedora tertancap pada satu kertas lusuh yang terselit dicelah pintunya.

'siapa pulak yang hantar surat? ' getusnya. Dia mengambil kertas lusuh itu dan membacanya.

SELAMAT DATANG!

Anda ingin membalas dendam?

Hubungi kami : 951-757-2062

Dengan satu panggilan SAHAJA!

Masalah anda akan pihak kami selesaikan dengan cara yang anda inginkan!

JIKA GAGAL , NYAWA ANDA MILIK KAMI!

Bibirnya mengukir senyuman. Dia sudah tahu dengan siapa yang dia akan berjumpa.
_________________________________________________

Malam itu, Fedora menunggu di sebuah jambatan yang agak usang. Jambatan itu sudah lama dibiarkan. Dia memakai dress jenis mock neck knot berwarna hitam.

Agak lama dia menunggu Carrie.

"Isy, lama dah aku tunggu," katanya sambil mata mengerling ke arah jam tangan. Lambat betul Carrie. Katanya dia akan sampai awal. Sakit kakinya apabila terpaksa berdiri lama lama.

Fedora menyilangkan kedua tangannya. Muka masam mencuka. Matanya melilau ke sekeliling tempat tersebut. Kenapalah Carrie suruh dia tunggu di situ. Menakutkan. Sudahlah dia seorang sahaja.

Sedang matanya melihat keadaan sekeliling jambatan usang itu, kelihatan seorang wanita berpakaian baju hitam dengan rambut yang kusut berdiri tidak jauh daripadanya.

Fedora mula berasa tidak sedap hati. Dadanya berdebar debar bagai nak pecah. Angin menampar lembut pipinya. Bulu romanya meremang.

Mata Fedora masih lagi tidak teralih daripada memandang susuk tubuh tersebut. Entah kenapa matanya tidak boleh berpusing melihat ke arah lain.

Wanita itu berjalan perlahan lahan . Dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya. Entah kenapa badannya menjadi kaku. Wanita yang tadinya berjalan semakin lama semakin laju dan berlari menuju ke arah Fedora yang terbeliak matanya.

Fedora menjerit sambil menutup muka dengan kedua telapak tangannya. "Tolong ! Tolong! " jerit Fedora sambil matanya mengalirkan air mata.

"Fedora... " satu suara halus memanggil namanya. Fedora terjerit jerit meminta tolong. Dia masih lagi menutup mukanya.

Selepas beberapa minit. Fedora merasakan tiada lagi susuk tubuh menakutkan dengan suara yang halus itu lagi. Dia perlahan-lahan mengelap air matanya.

"Cik, Cik Fedora?" suara halus itu memanggilnya lagi. Suara itu kedengaran jauh. Tiba tiba bahunya rasa ditepuk seseorang dari belakang.

Fedora menelan air liurnya. Dia memandang ke belakang. Terkejut dia dibuatnya. Susuk tubuh wanita berbaju serba hitam dan bermuka putih pucat berada di belakangnya sambil tersenyum.

"Hi Cik Fedora. Maaf lambat sampai," hampir gugur jantung Fedora dibuatnya.

"Hei, awak ni boleh tak jangan buat saya terkejut? Awak tau tak saya ni hampir gugur jantung? Habis muka saya ni. Kalau apa apa jadi awak nak tanggung? Dah lah. Cepat bawakkan saya," kata Fedora sambil memandang Carrie atas bawah.

'Ew tak up to date langsung ke perempuan ni, ' getus Fedora. Apa apa sahajalah. Bukan masalahnya. Mungkin perempuan itu baru keluar dari gua. Lainlah kalau dirinya. Disukai semua orang. Badan impian para wanita, muka yang jelita semestinya perlu berfesyen mengikut trend.

"Cik Fedora, pegang tangan saya ya. Kalau ada rasa atay dengar bunyi apa apa selain saya, jangan buka mata dan lepaskan tangan ya," kata Carrie.

Fedora menutup matanya rapat. Macam macam pulak perempuan ni. Angin tiba tiba terasa kuat. Fedora mendengar suara seseorang yang memanggil namanya banyak kali. Bahunya tiba tiba ditepuk dari belakang.

Dia menelan air liurnya. Rasa ingin tahu semakin membuak buak. Walaupum Carrie sudah memberitahunya untuk tidak membuka mata.

'Alah, sikit je bukak, ' Dia membuka sedikit matanya.

Alangkah terkejutnya apabila ternampak seorang perempuan bermuka hancur. Mukanya seperti terkena simbahan asid. Jantung Fedora bagai mahu tercabut. Dia memejamkan matanya.

_________________________________________________

"Cik Fedora,Cik buka mata ya, " suara halus Carrie memanggil namanya. Fedora perlahan membuka kedua kelopak matanya.

Dia terpegun melihat kemewahan hotel tersebut.

Sesampainya mereka di hadapan sebuah bilik, Carrie menyuruh Fedora untuk membuka matanya. Fedora membuka matanya perlahan lahan.

Terpegun dia melihat kemewahan hotel itu. Carrie mengajaknya untuk masuk ke dalam hotel tersebut.

Mereka menaiki lif untuk naik ke tingkat di mana dia akan berjumpa dengan seorang wanita.

'Ting... ' bunyi lif menandakan mereka sudah sampai di tingkat tersebut.

Sesiapun takkan perasan bilik itu ada kerana terletak di hujung koridor yang terlalu gelap. "Cik Fedora, kita dah sampai, " katanya sambil tersenyum mesra.

Fedora berada di hadapan pintu kayu berwarna hitam itu. Dadanya berdebar debar. Bulu romanya meremang hampir satu badan.

Belum sempat tangannya memegang tombol, angin menderu dengan sangat kuat. Pintu terkuak luas.

Keadaan bilik itu gelap gelita. "Masuk," satu suara memanggilnya.

Fedora melangkahkan kakinya ke dalam bilik yang gelap tersebut. Air liur yang mahu ditelan seolah olah tidak mahu masuk ke dalam tekaknya.

"Ehem, saya datang sini untuk-, " belum sempat dia berkata kata Lilith memotong percakapannya.

"Tak perlu bagitau, saya tau tujuan yang sebenar. Tanda tangan kertas ini sahaja, " Bagai dicalit minyak pengasih, Fedora terpegun melihat kertas yang terbang dengan sendirinya.

Selepas menandatangani kertas tersebut, Lilith memberinya sebila pisau yang tajam.

"Eh nak buat apa ni? Jangan nak suruh saya buat macam macam eh," soal Fedora. Tidak masuk akal langsung. Tidak sanggup dia menyakiti diri sendiri.

"Ritual saya perlukan darah. Jika awak tak mampu memberi darah, nyawa pun boleh, " Fedora terdiam sebentar. Kalau lukakn diri sendiri, sekurang kurangnya dia tidak perlu menggadaikan nyawanya.

"Apa apa sahajalah, janji niat saya ditunaikan, " Fedora menghiris tangannya dengan pisau itu. Darah mengalir laju ke dalam sebuah mangkuk.
_________________________________________________

Pagi itu Fedora pergi ke dapur untuk sarapan pagi. Aduhai mengantuknya mata. Dia tidak dapat tidur semalaman! Wanita bermuka hancur itu selalu berada di dalam kotak fikirannya.

Selesai sahaja sarapan sandwich bersama susu, dia bersiap siap untuk ke studio. Ada sesi pergambaran yang perlu dihadiri.

Sesampainya dia di studio, seorang lelaki bertubuh besar yang bernama Sally mendekatinya, "Eh Fedora, you tau tak pasal Amara?"

"Kenapa dengan perempuan tu? " Fedora menjawab sambil menjeling. Geli dengar nama perempuan itu.

"Isy, wakil Beauty Pegeant tengah cari calon yang baru sebab Amara kemalangan semalam. Dia dalam wad ICU. Minggu depan dah kena pergi Switzerland ,"

Mendengar kata kata Sally tersebut, Fedora tersenyum gembira. Maksudnya dia ada peluang!
Tidak sia sia dia membuat perjanjian. Kakinya terus berjalan laju meninggalkan Sally yang terpinga pinga.
_________________________________________________

Balik sahaja dari rumah, Fedora membuka TV. Pasti namanya akan berada di dalam berita. Tidak sabarnya !

"Berita terkini, Amara atau di kenali sebagai Amara Brown yang terpilih menjadi calon mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa telah mengalami kemalangan yang serius. Akibat kemalangan itu, kaki mangsa patah manakala tengkorak mangsa mengalami retakan. Mangsa dimasukkan ke dalam wad ICU untuk rawatan lanjut. Dalam pada itu pihak Beauty Pegeant telah memilih seorang calon yang baru, iaitu Rania Edwards... "

Fedora menutup TV. Tidak! Seharusnya dia! Dia yang sepatutnya menjadi calon antarabangsa itu.

Fedora menjerit. Tangannya meramas rambut sehingga kusut.

Dia keluar dari rumahnya dalam keadaan tidak terurus. Tiba tiba sebuah motorsikal mendekatinya lalu memyimbah asid ke mukanya.

"Ahhh ! " Fedora menjerit dengan kuat. Tubuhnya jatuh terkujur.

La fin (The End).

-----------______________________-------------
-----------_______________________-------------

THANKS TO :

- Akak akak Kelas Penulisan.
-Bonda
-Aja Aja Hwaiting Participant
- My besties : Ain, Aqilah, Izz, Arfah

And All Of My Supporters, Readers and Novel Plus Friends.

Secara Langsung Atau Tidak Langsung.

Disclaimer : Cerita ini hanyalah REKAAN SEMATA. Tiada kaitan dengan mana mana agama. Perbuatan syirik itu HARAM dan BERDOSA BESAR bagi umat Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience