SM | Beauty Pegeant I

Mystery & Detective Series 415

Tahun yang lepas...

"Baiklah, tanpa membuang masa saya akan mengumumkan pemenang bagi Ratu Cantik Negeri bagi tahun ini ," kata seorang pengacara rancangan itu.

Suasana begitu sunyi seketika. Hanya bunyi drum di pukul membuatkan penonton dan peserta menjadi gementar.

"Fedora!" Tepukan gemuruh dari semua penonton dan peserta Ratu Cantik yang lain memenuhi ruangan pentas.

Kembang kempis hidung mancungnya apabila namanya di umumkan sebagai Ratu Cantik Negeri buat kali ke tiga berturut-turut. Fedora sudah pasti dirinya akan menang.

Lihat sendiri. Dirinya begitu cantik. Matanya yang berbentuk almond shape dengan sentuhan solekan smoky eyes dan lipstik yang telah disapukan berwarna merah darah menambah lagi seri pada wajah kacukan German - Cina nya itu.

Fedora berjalan yakin ke hadapan dengan kasut high heels jenama Jimmy Choo yang cukup popular.

Dia menarik nafas dan bertenang. Dia tidak boleh tergesa gesa. Itu adalah tertib yang dia pelajari dari emaknya yang juga merupakan bekas Ratu Cantik negara yang sangat terkenal suatu ketika dahulu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan rakan serta semua penyokong dan peminat setia saya. Saya tidak sangka saya akan memegang piala ini sekali lagi. Terima kasih banyak banyak kepada anda semua,"

ucapnya sambil tersenyum.

***************

Fedora masuk ke dalam bilik solek dan duduk di atas bangku memandang ke arah cermin di hadapannya.

Dia mengoleskan sedikit lipstik DIOR berwarna merah di bibirnya.

"Hisy panas betullah," Fedora merungut sendiri sambil mengipas dirinya. Habis mekapnya cair jika suhu panas begini.

"Aini oh Aini," kelihatan seorang wanita berbadan XL berjalan terkedek kedek kearahnya.

"Ya Miss, " Aini memandang Fedora.

"Ni, kipaskan aku. Panas betul cuaca hari ni. Kalau cair mekap aku, siapa lagi mahu solekkan. Cepat kipas !"

Fedora mengarah sambil matanya menjeling ke arah Aini yang terkebil kebil mengambil kipas plastik. Aini mula mengipas Fedora yang kepanasan.

"Kuat lagi," Kata Fedora tidak puas hati.

"Sudahlah berbadan besar lembab pula tu" Aini menunduk malu apabila Fedora berkata begitu padanya.

Aini sudah biasa apabila dihina. Dia tidak mampu berbuat apa apa. Jika dia bergaduh mulut pun pasti orang akan lebih membela Fedora. Jadi dia bukan sahaja akan kalah, malah akan dimalukan di khalayak ramai.

Sudah cukuplah dia selalu dimarahi dan dimalukan oleh Fedora yang berperangai seperti big boss.

"Miss Fedora, ada Mr. Jason nak jumpa Miss sekarang untuk bincangkan tentang Beauty Peagent,"

Mendengar tentang khabar tersebut, muka Fedora yang masam berubah ceria.

Dia turun dari bangku dan segera keluar bertemu Mr. Jason.

"Hi Miss Fedora. Apa khabar ? " Mr. Jason berjabat tangan dengan Fedora.

"Saya sihat sahaja hari ni," Fedora melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu menghadap Mr. Jason.

"Saya datang ke nak beri tawaran pertandingan ratu cantik kepada Miss. Oh ya, pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Jadi kami pilih Miss Fedora untuk menjadi wakil negeri,"

Mata Fedora bersinar sinar apabila Mr Jason menyebut tentang pertandingan ratu cantik tersebut. Peringkat antarabangsa pula tu!

_______________________________________

Pertandingan Beauty Pegeant akan diadakan 5 bulan lagi.

Fedora berasa tidak sabar. Dia yakin kemenangan akan menjadi miliknya! Dia akan pergi ke Switzerland pada bulan hadapan untuk pertandingan Beauty Peagent peringkat antarabangsa!

Beauty Pageant bukan setakat menilai rupa dan bentuk badan, malah mencari personaliti, kekuatan dan kelemahan mereka sebagai sebagai wanita. Selain itu, tujuan Beauty Peagent ini diadakan ialah untuk mendapatkan keyakinan dan meningkatkan harga diri serta membuktikan kepada masyarakat bahawa tidak mustahil wujudnya wanita beauty with brain.

Mereka juga melakukan aktiviti amali seperti menolong orang orang yang susah.

Tapi, Fedora tidak perlu melakukan semua itu. Kerana dia mempunyai satu rancangan.

Iaitu merasuah orang orang di sana.

Jadi tidak perlulah dia risau akan semua benda itu. Baginya menyusahkan. Sakit kaki gebunya kalau membuat kerja kerja sebegitu.

Mata Fedora melihat ke telefon pintar miliknya yang berdering. Dia melihat pada skrin telefonnya terpapar nama Mr. Jason.

Dia segera mengangkat panggilan tersebut.

"Hello Mr. Jason,"

"Hello, maafkan saya Miss Fedora. Ada  yang saya kena bagitau Miss Fedora. Wakil kami telah memilih wakil lebih layak untuk menyertai  pertandingan Beauty Pageant peringkat antarabangsa,"

Terbuntang luas mata Fedora. Dia seakan akan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Mr. Jason itu. Mana boleh orang lain yang layak ke peringkat antarabangsa selain dia !

"Tapi kenapa pilih orang lain, apa kurangnya saya ?" Fedora meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Maafkan saya Miss Fedora," Mr Jason meminta maaf. Bukan salahnya. Lagipun wakil dari pihak Beauty Pegeant yang mahu menukar calon last minute.

"Oh ya, kami jemput Miss Fedora untuk hadir ke Fashion Show  minggu depan di Pavillion. Terima kasih ,"

Fedora menghentakkan kakinya apabila Mr Jason meletakkan telefonnya.

_______________________________________

Fedora memilih ribbon detailed tweed dress berwarna ungu.

Khabar angin mengenai Fedora yang sepatutnya menjadi wakil Beauty Pegeant antarabangsa telah di gantikan dengan seorang gadis bernama Amara menjadi sensasi sehingga masuk dimuka hadapan surat khabar.

Gadis itu juga akan berada di Fashion Show hari ini.

Fedora merengus geram. Matanya menjeling tajam ke arah gambar gadis itu.

Dia tersengih sendiri. "Kau tunggu. Kau tak layak," katanya sambil membuang surat khabar itu ke dalam tong sampah.

Fedora melangkah keluar dari rumah terletak di sebuah Condominium mewah. Kasut high heels berwarna ungu gelap disarungkan pada kaki mulusnya dan berjalan keluar dari
Condominium tersebut.

***************

Terdapat ramai orang yang berada di Pavillion untuk melihat  Fashion Show.

Fedora berjalan ke arah kerusi VIP dan melabuhkan punggungnya. Kerusi Vip bermaksud mereka boleh melihat pertunjukan itu dengan tenang. Tak perlulah berdiri lama semata mata mahu melihat pertunjukan itu.

Lagipun penatlah kaki mulus lagi gebunya nak berdiri. Tak kuasa!

Semua mata tertumpu kepada ucapan pengacara majlis tersebut. Suasana diam seketika.

Ucapan itu diakhiri dengan tepukan yang gemuruh oleh para hadirin.

Acara tersebut dimulai oleh model pertama yang menggayakan Moon Printed Viscose Jacquard Midi Dress berwarna putih dengan gold  sebagai touch up. Ia merupakan inspirasi daripada jenama terkenal Perancis, Chanel.

Fedora menumpukan perhatian di acara Fashion Show itu. Matanya semakin kuyu. Tiba tiba matanya segar. Dia terlihat kemunculan  seorang gadis atau lebih tepat lagi, saingannya !

Gadis itu berjalan dengan gaya catwalk. Fedora terkedu seketika. Ini tidak adil !

Fedora bangkit dari tempat duduknya dan mula mengorak langkah. Panas betul hatinya !

Tidak, tidak. Dia perlu menghapuskan Amara. Supaya dia dapat membersihkan namanya dan kembali di atas semula. Tidak kira apa cara sekali pun!

À suivre (To be continued)....

-----------______________________-------------
-----------_______________________-------------

THANKS TO :

- Akak akak Kelas Penulisan.
-Bonda
-Aja Aja Hwaiting Participant
- My besties : Ain, Aqilah, Izz, Arfah

And All Of My Supporters, Readers and Novel Plus Friends.

Secara Langsung Atau Tidak Langsung.

Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa agama, mahupun bangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience