Carrie memberitahu bahawa Linda tidak perlu risau akan wanita yang dia akan jumpa sebentar lagi.
Carrie juga berpesan bahawa Linda perlu turutkan apa sahaja kehendak wanita itu.
Linda hanya mengangguk sahaja. Dia mengekori Carrie masuk ke dalam hotel mewah tersebut.
"Wah," Linda terpana melihat reka bentuk dalaman hotel itu. Dindingnya yang mempunyai ukiran dan diwarnakan emas menampakkan lagi kemewahan hotel itu.
Terdapat beberapa orang di bahagian bar arak sedang menikmati wine.
Linda menoleh ke arah kanan, terdapat banyak pelanggan di ruang menunggu. Barangkali sedang menunggu bilik mereka.
Mereka sudah berada di dalam lobi lif. Carrie menekan butang lif. Tiada perbualan di antara mereka berdua.
TING!
Lif sudah sampai di tingkat yang hendak dituju.
Mereka keluar dari lif. Linda hanya mengekori Carrie sahaja dari belakang. Hatinya berdebar debar secara tiba tiba.
"Huh," Linda mengeluh.
Mereka sudah sampai di hadapan pintu yang tertulis 6L9 yang berada di hujung koridor dan merupakan bilik terakhir.
"Cik Linda, kita dah sampai,"
Linda mengetap bibirnya. Hatinya dari tadi tidak berhenti berdebar.
Linda menoleh ke arah Carrie, susuk tubuhnya tiba tiba hilang. Carrie menghilang dalam masa beberapa saat sahaja sebelum Linda sempat menoleh ke araha gadis itu.
"Carrie ?" kata Linda terkejut sambil matanya melilau mencari susuk tubuh gadis itu.
Linda kembali menghadap pintu hitam bilik tersebut. Di saat tangannya mula memegang dada pintu, tiba tiba pintu itu terbuka sendiri.
Linda menelan air liurnya. Terkebil kebil matanya melihat suasana bilik itu. Gelap gelita.
"Masuk," Linda melangkahkan kakinya ke dalam bilik itu. Jantungnya berdebar debar lagi.
Dia harus menguatkan semangatnya!
DUM!
Pintu yang tadi terbuka luas kini terhempas sendiri.
"Linda, kan ?" wanita itu bersuara.
"Ya saya," Tergagap Linda dibuatnya. Bulu romanya meremang.
"Oh ya. Saya tak nak buang masa. Mari kita teruskan," Lampu terbuka setelah wanita itu memetik jarinya.
Linda terkejut apabila melihat muka wanita tersebut di tepi telinganya.
Hampir tercabut jantungnya sekali lagi.
Wanita itu berjalan ke arah mejanya dan duduk di kerusi sambil memegang segelas wine.
Jarinya tirus dan mempunyai kuku yang berwarna merah. Susuk tubuhnya pula tinggi. Berpakaian berwarna hitam dengan warna ungu sebagai touch up menghiasi bentuk badannya yang kurus.
Kasutnya pula jenis black high heels boots. Menampakkan lagi seri ala ala gaya goth.
Wajahnya pula tidak kelihatan. Hanya ditutupi dengan funeral hat dengan veil berwarna hitam.
"Kamu tau, saya sangat benci orang yang suka membuang masa," Linda tersentap mendengar kata kata wanita tersebut.
"Cik, saya berha-"
" Lilith, nama saya, "
"Saya tau apa yang kamu hajatkan. Kamu diminta untuk sign kertas ni sahaja,"
Lilith kemudiannya memetik jarinya. Kertas yang di maksudkan itu terbang ke arah Linda.
Linda segera mengeluarkan pennya dari dalam tas tangan lalu menanda tangani kertas tersebut. Selepas menanda tanganinya kertas itu hilang secara sendiri. Linda agak terkesima.
Lilith menghulurkan sebilah pisau yang tajam kepada Linda namun Linda teragak agak untuk mengambilnya.
"Takut ?" Ujarnya sinis pada Linda.
"Tak. S-saya tak takut, " balas Linda.
"Ritual perlukan darah," kata kata itu membuatkan bulu roma Linda meremang. Dia melihat mangkuk di hadapannya.
Linda perlu menguatkan semangat. Dia menghiris tangannya. Begitu banyak darah merah yang pekat mengisi mangkuk tersebut.
Bagi Linda luka kerana pisau yang tajam hanya sementara. Dia juga tidak menyesal dengan perbuatannya itu.
_______________________________________
Dani sedang duduk di bangku yang ada di sebuah bar. Dia sudah membuat temu janji dengan seorang wanita yan dijumpai dari aplikasi bertemu cinta hati.
Dani tersengih sendiri. Baginya semua wanita itu bodoh. Mereka sanggup beri apa sahaja termasuk mahkota keperawanan mereka pada Dani.Tak sia sia Dani melabur rm 50 untuk tangkal istimewa itu. Suasana kelab malam itu bingit seperti biasa, muzik EDM menyebabkan kaki bergerak sendiri tetapi Dani tak berminat nak terkinja kinja di situ. Matlamat perlu tetap tidak boleh seperti lalang. Seorang wanita berpakaian separuh bogel mendekati Dani.
'wajah dia lagi kacak dari dalam gambar,' kata hati Felisha.
Felisha berjalan ke arah Dani yang sedang duduk di kerusi.
"Hi. How are you?" Dani memandang ke arah Felisha.
'Cantik juga dia ni, ' getus hati Dani.
"Enjoy," Felisha menarik tangan Dani ke tengah lantai bar untuk menari.
Tanpa mereka sedar. Sepasang mata sedang melihat mereka dari jauh sambil bibirnya yang merah tersengih.
_______________________________________
Dani sedang membawa keretanya untuk pulang ke rumah. Felisha yang mabuk telah tidur di sebelahnya.
Itu memang kebiasaan pada Dani membawa pulang mana mana wanita ke rumahnya.
Kereta Dani masuk ke sebuah jalan yang gelap dan sempit. Suram membuatkan bulu roma Dani meremang. Dia membuka lampu high beam untuk menerangi perjalanannya.
Terkejut dia dibuatnya apabila ada susuk tubuh wanita ditengah jalan dengan baju berwarna hitam dengan veil yang menutupi mukanya sedang memegang pisau yang tajam.
Dani cepat cepat menukar gear reverse untuk keluar dari lorong itu. Untung saja tiada kenderaan lain masuk ke situ.
Semasa dia reverse keretanya, wanita yang sama muncul di belakangnya keretanya. Dani meneguk air liurnya dan bulu romanya meremang.
Maka, Dani membatalkan niatnya untuk keluar. Dia memecut keretanya sepantas kilat.
'Huh,'
Dani menarik nafas lega apabila tiada lagi kelibat wanita berpakaian hitam yang menakutkan itu lagi.
Tiba di suatu jalan, Dashboard keretanya berbunyi. Dani memandang ke arah dahsboardnya yang menunjukkan simbol tyre pressure.
"Sial, " Dani menyumpah sendiri. Dia perlu mencari tempat mengisi minyak untuk mengepam tayarnya. Keretanya pula tiada tayar spare.
Dia keluar dari keretanya untuk melihat keadaan tayarnya.
Dia membuka flashlight dari telefon pintarnya. Ketika dia sedang sibuk melihat kondisi tayarnya, tiba tiba suara sayup sayup kedengaran memanggil namanya.
"Dani.. " Mata Dani melilau mencari arah suara itu.
Namun tiada sesiapa. Dia kembali melihat kondisi tayar pancitnya itu.
"Dani.." Dia yakin itu bukan suara Felisha. Dia berasa tidak sedap hati. Dani kemudiannya segera masuk ke dalam keretanya dan mengunci pintu.
"Dani.. " suara itu kedengaran lagi. Dani mendengar suara itu jelas di bahagian belakang seat penumpang.
Dia perlahan-lahan memusingkan kepalanya. Matanya terbuntang luas.
Susuk tubuh wanita tadi yang memakai baju hitam dengan veil yang menutupi hampir keseluruhan mukanya.
Wanita itu sedang menggenggam pisau dalam kedudukan bersedia untuk menikam. Belum sempat Dani menyelamatkan diri, wanita itu menikam bahagian tekaknya.
Darah merah pekat memercik di segenap penjuru kereta.
_______________________________________
"Seterusnya, terdapat kes pembunuhan di sekitar Bukit Tunku semalam. Polis berkata bahawa terdapat seorang mangsa wanita yang terselamat manakala seorang lelaki maut ditikam di bahagian tekaknya.
Ketika dijumpai, mangsa wanita berkenaan disyaki ditidurkan oleh suspek menggunakan kloroform.
Walaubagaimanapun tiada bukti yang sahih dijumpai oleh pihak berkuasa berhubung kejadian bunuh berkenaan. Superintendan Mohammad Ali berkata kes ini disyaki sebagai kes dendam,"
Linda yang sedang duduk di atas sofa mencapai remote dan menutup TVnya.
Mata Linda tertancap pada komputer ribanya yang berbunyi notifikasi.
Dia menerima E-mail daripada unknown yang menunjukkan wang sebanyak RM 25,000 yang telah dibank in ke dalam akaun banknya.
Telefon Linda berdering. Linda mendapat notifikasi dari banknya pula. Dia membuka aplikasi tersebut dan ternyata benar bahawa duit berjumlah RM 25,000 itu telah masuk ke dalam akaun banknya.
Dia curiga apabila melihat akaun yang bank in duit berjumlah RM 25,000 itu adalah dari akaun bank bekas kekasihnya yang telah mati. Matanya ligat membaca lagi tarikh e-reciept tersebut.
Tarikh bank in menunjukkan tarikh semasa kematian Dani.
"Ha? " Linda berasa curiga.
La fin (The End).
SM | La Vengeance II
-----------______________________-------------
-----------_______________________-------------
THANKS TO :
- Akak akak Kelas Penulisan.
-Bonda
-Aja Aja Hwaiting Participant
- My besties : Ain, Aqilah, Izz, Arfah
And All Of My Supporters, Readers and Novel Plus Friends.
Secara Langsung Atau Tidak Langsung.
Disclaimer : Cerita ini hanyalah REKAAN SEMATA. Tiada kaitan dengan mana mana agama. Perbuatan syirik itu HARAM dan BERDOSA BESAR bagi umat Islam.
Sekian Terima Kasih.
Share this novel