Bab 10 : Dalang
Carol memandu kereta, mendapati tayar keretanya pancit. Terpaksalah mereka berhenti di bengkel terdekat, menganti tayar baru. Melayang duit berpuluh-puluh Carol, oleh itu, dia membawa kereta itu memasuki sebuah tempat membeli-belah bernama One Borneo. Sesudah meletakkan kereta di aras bawah, bergeraklah mereka berdua ke dalam lif. Entah kenapa Carol merasa ada seseorang mengawasi mereka.
Tetapi dia endahkan saja, kerana dia tahu. Bukti sudah semakin jelas.
Ketika memasuki tempat besar itu, pelbagai kedai dan kumpulan orang lalu lalang, Carol menarik Christine memasuki sebuah kedai cenderahati. Di situ, Carol mencari topi, memakainya, dan mendapatkan gelas mata hitam, lalu itu pun dipakainya.
Dalam jarak 500 meter, ada susuk tubuh seseorang duduk di kerusi berdekatan kedai cenderahati itu, memakai hoodie, menutupkan kepalanya. Oleh itu, mereka tidak tahu gerangan orang itu.
“Kamu ikut saja saya,”bisik Carol kepada Christine yang turut dipakaikannya topi dan spek mata serta rambut palsu.
Apabila mereka keluar, Carol menjeling ke belakang. Susuk tubuh itu sudah lesap.
“Dia berhenti mengikuti kita,”kata Carol, lalu tibalah mereka di aras dua, di mana hujung sekali, ada kedai farmasi bernama Sunlight.
“Sini tempat kerja Marina,”kata Christine.
“Ya mari masuk,”sesudah memasuki farmasi itu, berpura-puralah Carol mengambil sekotak kismis dan sekotak kurma, diletakkan di atas meja kaunter, meneliti wanita di hadapannya.
“Hai,”kata Carol.
“Ya hai. Ini saja barangnya?”
“Ya, mana Merlynda?”kata Carol.
“Ohh dia cuti hari ni,”kata wanita itu.
“Sabtu minggu lalu dia cuti juga?”kata Carol.
“Ya, dia tinggal di rumah saya,”kata wanita yang Carol percayai merupakan wanita bernama Mimie.
“Ohh dia.. suka pergi ke pantai?”kata Carol.
“Ya! Kami ada pergi sehari lalu, kebetulan Jumaat sehingga jam 3 saja kerjanya,”kata Mimie.
“Bagaimana tatunya?”
“Ohh tatunya.. corak bunga, cantik.. dia akhirnya mendedahkannya ketika berjemur, lagipun teman lelakinya pun suka pantai… hmm boleh tahu kamu siapa? Kawan Merlynda?”kata Mimie.
“Detektif,”kata Christine. Christine dan Carol berpandangan serius.
“Ohh Tuhan,”kata Mimie, wajahnya pucat, lalu menekup mulut.
Christine di belakang Carol, diberi signal untuk menghubungi polis. Itu kerana di jarak 300 meter, yakni di luar farmasi sudah berdiri seseorang yang memakai hoodie, memegang pisau tajam.
“Arggg!”teriak Mimie.
Carol mendekati susuk tubuh itu, mengeluarkan gari, mengancamnya sehingga mereka bergelut ke atas lantai.
“Tolong!”jerit Mimie.
Christine membantu Carol yang hampir ditikam pisau, kemudian, Christine berjaya mendapatkan tangan susuk tubuh itu, lalu mengarinya! Carol membuka hoodie orang yang menyerang mereka, terkejut melihat seorang lelaki yang tidak asing buat Mimie.
“Raul?”kata Mimie di sudut farmasi.
“Dia musuh encik Joseph juga,”kata Christine.
“Dia teman lelaki Merlynda!”kata Mimie, mengejutkan Carol.
Tidak lama itu, datanglah polis ke farmasi, mendapatkan Raul yang kemarahan dan kebencian membuak-buak dalam dadanya.
Raul tidak banyak bersuara, sehinggalah Carol mengeluarkan pen untuk merakam penjelasan Mimie dan memaksa Raul menjelaskan segalanya.
“Dia paksa saya,”kata Raul.
“Kamu orang kayakan? Kenapa nak ganggu encik Joseph dan merompaknya!?”kata Christine.
“Dia.. dia tinggalkan Marina begitu saja,”kata Raul.
“Dan kamu nak dia muflis begitu?”Kata Carol.
“Kami berdua pergi ke rumah Joseph melalui lubang digali saya. Saya tunggu di luar pagar, sementara Marina memasuki rumah memegang pisau. Lubang tu kecil, saya tak muat.. dia saja muat, lagipun dia tak nak membuat lubang besar nanti mereka sedar.. jadi dia saja memasuki rumah Joseph, merompak dan membawa harta itu ke dalam ruangan bawah tanah rumah saya,”kata Raul.
“Kenapa kamu tahu nama kristian Marina?”kata Raul lagi.
“Kami baru saja bergerak dari rumah Marina.. lagipun saya tahu Marina sengaja guna nama lain untuk menyembunyikan identitinya… itu penyamaran lisan.. tapi tidak dapat membantunya selama mungkin… sengaja dia berbuat begitu jikalau polis ingin memeriksanya mengenai kes rompakan rumah Joseph,”kata Carol.
“Lagipun saya ada masukkan alat pengesan di dalam poket seluar Marina,”kata Carol lagi.
“Wow, hebat,”kata Christine.
“Ketika berlanggar dengan dirinya?”kata Christine lagi, lalu mengangguklah Carol.
Carol membuka telefon, ternyata ada titik kuning berkelip-kelip, sejauh beberapa kilometer dari tempat itu.
“Mari berkas dia,”kata Carol.
Raul dibawa pergi oleh polis, dan sekumpulan polis lain dijelaskan oleh Carol, sambil memainkan rakaman di pen gadgetnya, mengenai kesalahan Marina.
Sesudah tiba di rumah Marina, ketika itu, tiada sesiapa di sana kecuali teman sebilik Marina, yakni gadis bernama Selena. Selena diikat menggunakan tali kasar, dilekatkan pita plastik besar di mulutnya agar tidak dapat bersuara mahupun menjerit meminta tolong, lalu dengan pisau tajam, berdiri seorang wanita bertatu bunga berkulit merah kerana kesan dari pancaran mentari di bahagian leher.
Polis tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berundur.
“Menyerah sekarang juga!”kata Carol, di ambang pintu.
“Kamu dekat. Dia mati!”kata Marina, memegang pisau dihalakan ke leher Selena.
“Joseph mungkin menjadi musuh kamu selamanya, tetapi apa yang kamu buat ni adalah jenayah!”kata Christine.
“Diam!”katanya.
Carol bergerak perlahan-lahan di dinding rumah sementara polis dan Christine menenangkan Marina. Apabila pistol sudah bersedia di tangan Carol, dia menembak kaki Marina.
“Arggg!”jerit Marina.
Carol dengan secepat kilat mendapatkan Marina, memberkas tangannya dengan gari!
“Tidakkkk!”jeritnya.
Sesudah itu, Selena diselamatkan, dengan polis membawa Marina ke balai polis bagi dipenjarakan.
Carol dan Christine memanggil Joseph datang ke balai, menjelaskan hubungan dan cerita sebenar di antara Marina, Raul dan dirinya.
Menurut Joseph, Raul memiliki syarikat pakaian, Heroic, dan dipercayai dengki dengan Joseph kerana saingan untuk menjadi syarikat berjaya. Ditambah lagi, Marina yang ingin membalas dendam terhadap Joseph, sebab itu, Raul terlibat dalam rompakan rumah Joseph. Kemudian, menurut Marina lagi, rencana mereka seterusnya adalah membunuh anak kecil Joseph, tetapi tidak berjaya kerana kehadiran detektif itu!
Selepas itu, Joseph mengucapkan terima kasih kepada Carol dan Christine, begitu juga dengan encik Jimmy.
“Terima kasih kerana dapat memberkas pelakunya!”kata Joseph, di suatu pagi hening, ketika detektif berkenaan melawati rumah lelaki kaya itu.
“Bagaimana kamu tahu, tatunya?”kata Christine.
“Mereka,”kata Carol, menunjukkan Jeston dan Dora di sebelah Ryecicca.
“Kamu bangun malam tukan, memasang cahaya di bilik tempat penyimpanan duit dan harta benda lain, selepas tu berlari meninggalkan bilik selepas Marina mengacukan pisau. Tetapi Marina tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka sudah membangunkan Joseph dan Ryecicca di bilik bagi menghubungi polis,”Kata Carol.
Selepas kejadian rompakan rumah Joseph, Carol dan Christine diberikan cuti selama dua bulan tanpa misi apa-apa, kerana itu mereka mengambil kesempatan tinggal di hotel.
“Kamu rasa, kenapa kamu tahu Marina menggunakan nama kristian di tempat kerja?”
“Hmm firasat.. ibu saya, Mary pernah kerja di farmasi juga… dan dia guna nama Magdaline,”kata Carol, mengejutkan Christine.
“Itu teknik penyiasatan yang luar biasa,”kata Christine.
“Apa kaitan bahang merah di badan Marina dan tatu bunganya tu Car?”kata Christine.
“Marina tahu anak Joseph sudah melihatnya malam kejadian tu… dia risau jika budak itu memberitahu fizikal badannya. Jadi hal itu akan mendedahkan jenayahnya. Kemudian, disebabkan sukakan pantai, dia mendedahkan tatunya Jumaat tu, berjemur di sana, kemudian, dilihat oleh Mimie. Dia lupa mengenai tatunya… sebab tu apabila dia mengetahui kehadiran kita melalui Raul, dia sudah bersedia. Dia sengaja menutupkan lehernya, menyuruh Raul merencanakan membunuh kita dan kemungkinan membunuh Mimie juga kerana berterus terang!”kata Carol.
“Sangat tragik.!”
“Begitulah.. kita di dunia ni biarpun sudah kaya atau pandai atau berkuasa, tidak mungkin tiada cacat celahnya dan tiada kekurangannya, sebab tu kita mesti sentiasa rendah diri dan elak dari sebarang kegiatan haram,”kata Carol panjang lebar.
“Haha ya betul tu,”kata Christine, lalu sama-samalah mereka tergelak, menghayati pemandangan laut nun jauh di sana, ketika mereka di beranda hotel itu.
TAMAT
Share this novel