Bab 5 : 12 September

Mystery & Detective Series 1113

Christine mendapati Nick membawa mereka ke sebuah jalan asing yang gelap, diselindungi oleh rimbunan pokok berbatang besar, menghiasi jalan raya lenggang itu!
“Hei nak pergi mana?”kata Christine, dengan kata hati berhasrat mengeluarkan pistol dari poket seluarnya!
Nick berhenti di tepi jalan, dengan Christine mengacukan pistol di kepala lelaki itu. Clara ingin berteriak, tetapi sebelum itu berlaku, tiba-tiba, badan Clara ditarik oleh suatu susuk tubuh di luar kereta.
“Kak Christine!!”jerit Clara.
“Buang senjata atau Clara mati!”kata Nick.
Terpaksalah Christine membuang pistolnya jauh-jauh, lalu Nick keluar dari kereta, mengeluarkan senjata besar, menembak kaca kereta, dengan dua orang lelaki menolak kereta itu sehingga terjatuh ke dalam gaung!
“Arrgggg! Kak!!!”jerit Clara. Begitulah kejadiannya yang mengejutkan Clara.
Christine di dalam kereta terhempas ke gaung dalam dan tiada sesiapa tahu apa berlaku dengan mereka.
Sementara itu, Carol sudah berada di rumah William, diam-diam mencuri dengar perbualan William di corong telefon semasa berada dalam bilik bacaan.
“Kamu tahu saya tak mungkin dapat duit tu!”kata William, bersuara mendesak!
“Bila? Saya akan datang tengah malam ni,”katanya.
Carol tertanya-tanya, lalu segera menaiki tangga ke aras dua, menuju bilik Clara, belum ada batang hidung budak itu dan Christine. Risaulah Carol, sudah tepat jam 5 ketika itu. Sepatutnya mereka berdua sudah sampai di rumah!
Tidak lama itu, Carol membuka laptop, mendapati ada sistem pengenal pastian alat cip yang berada di dalam telefon Christine bagi mengesan kedudukannya.
“Hutan Skyline?”kata Carol, selepas mengenal pasti tempat.
Carol secepatnya keluar dari rumah, mendapati William dan Diana di ruang tamu melihat telefon rumah berdering tidak henti.
“Biar saya sambut!”kata Carol.
“Tak tak. Kamu berhenti bekerja dengan saya! Anak kami diculik! Kamu gagal!”marah William!
“Tapi ini ada kaitannya dengan tuan!”kata Carol.
“Tolong jangan beritahu polis atau pertubuhan perisik! Mereka akan bunuh anak kami!”kata Diana, dengan wajah pucat.
“Ohh Tuhan,”kata Carol.
……….
Christine membuka mata. Sekelilingnya gelap. Ada ketika kepalanya mengeluarkan cecair yang dia tahu merupakan darah. Dia tidak ingat apa berlaku sebelum itu. Kepalanya berdenyut ganas. Mengerang kesakitannya. Tetapi dipaksanya mencari jalan keluar dari rimbunan hutan. Selepas mendapati sungai deras di hadapannya sudah muncul, dia pun membasahkan dirinya. Kakinya sebelah kanan penuh luka ditikam kaca yang tentu daripada jendela kereta. Kepalanya luka di sebelah tekuk, dan dia tidak ingat apa-apa!
“Di mana saya?”kata Christine.
Tiba-tiba, telefon di poketnya, berbunyi, segeralah dia menjawabnya.
“Helo?”kata Christine, bersyukur masih ada signal dalam hutan asing itu.
“Christine! Saya Carol, kamu di hutan hujan Skyline sekarang. Saya ke sana!”kata Carol.
“Carol?”Christine cuba memaksa kepalanya berfikir, terimbaslah wajah Carol dan Clara, serta William dan Diana di meja makan.
“Carol!! Saya dah ingat!” kata Christine, bersemangat.
Sementara itu, Carol membawa William, dan semestinya Roland, di dalam kereta. William sudah bersedia membawa sebuah beg berisi jutaan duit. Memang muflislah William selepas ini, tetapi terciptalah idea Carol seakan-akan membuahkan suatu harapan besar.
Tiba-tiba, telefon William berdering.
“Helo?”kata William.
“Dengar ni. Jangan bawa perisik tu atau budak kamu mati!”kata suara ganas dan garau di corong telefon.
“Baiklah,”William mengigil badannya.
Di tepi jalan Carol menyuruh William memandu kereta, biarkan Carol dan Roland berselindung di dalam bonet kereta. Harap menjadilah idea Carol!
Sesudah tiba di suatu jalan mati hutan itu, keluarlah William. Ada dua lelaki memegang Clara di suatu sudut rimbunan semak samun dan mereka sedang mengacukan pistol di kepala Clara. William berdebar. Sesudah beg berisi duit diserahkan kepada seorang lelaki bertatu besar, terfikirlah Carol.
Ketika itu, 12 December. Malam. tiba-tiba, Carol tersedar.
Sesudah keluar dari bonet, Carol membuang gas pemedih mata, berkabuslah ruangan itu. Carol dan Roland bertindak segera membunuh kumpulan penculik, dengan William mendapatkan Clara.
“Serang mereka!”Jerit lelaki yang menjadi ketua.
“Kamu.. kamu, bapa angkat Vanessa!”kata Roland, terkejut besar.
Jorry ketawa besar, mengacukan pistol, menembak perut Roland.
“Roland!”jerit Carol, lalu dia menembak kaki Jorry, tersungkurlah Jorry ke atas tanah.
Setelah itu, ada susuk tubuh menembak kaki William. Clara menangisi ayahnya! Apabila seorang lelaki yang merupakan orang suruhan Jorry, telah mendapatkan Clara, kemudian dengan sepantas kilat seorang wanita meluru ke arah lelaki itu, menikamnya dengan klip rambut berhujungkan pisau tajam!
“Kak Christine!”kata Clara, tersenyum lebar, lega hatinya melihat orang yang sudah menyelamatkan nyawanya!
“Clara, kekal di sini. Saya sudah telefon ambulan dan polis!”kata Christine.
“Apa terjadi?”kata Carol, berdiri dan mengacukan pistol ke arah kepala Jorry.
“Kamu terlibat dengan kematian Vanessakan?!”kata Roland, dengan darah mencurah-curah dari perutnya.
“Hahhaha gadis tu pemuas nafsu saya! William tahu diri saya bagaimana! Dia menjalinkan hubungan dengan Vanessa tanpa pengetahuan saya! Selepas itu, malam itu sepatutnya saya akan menculik anak William, Clara.. tapi Vanessa mencuri dengar perbualan saya ketika dia balik ke kediaman Aurora sebulan sebelum dia dibunuh saya!”kata Jorry.
“Kenapa Vanessa turun ke bawah bangunan tempat tinggalnya!?”kata Carol.
“Sebab saya!”kata William menangis sendirian di sebelah Clara.
“Maafkan saya Clara, saya dan Vanessa saling mencintai. Saya sudah bincang dengan Diana bagi mengizinkan saya mengahwini Vanessa tapi Diana mengugut akan membawa Clara kembali ke kampung! Saya hilang arah tujuan dan setelah itu saya ingin mengajak Vanessa keluar malam tu, untuk berbincang. Tetapi tidak sangka lelaki tak guna tu sudah membunuh Vanessa!”kata William.
“Jadi.. Dia ingin menyerahkan kertas itu kepada William bagi memberi peringatan,”kata Roland, dengan lemah. Tidak lama itu, Christine mengari tangan Jorry, sehingga ketibaan ambulan dan polis.
Setelah itu, Jorry dipenjara di balai polis sehingga William menjelaskan segalanya. Memang benar tekaan Carol, William dan Vanessa berjumpa ketika majlis perkahwinan kawan Vanessa. Mereka jatuh cinta di sana, diam-diam menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan sesiapa.
Selepas itu, Carol dan Christine diberikan ganjaran oleh William tetapi lain pula kemahuan Clara.
“Biarlah kakak di sini! Temani saya!”rayu Clara. Ketawalah Carol dan Christine.
“Kakak akan menjenguk setiap hari Sabtu. Kita pergi jalan-jalan di kota berdekatan,”kata Christine.
“Terima kasih,”kata Diana, lalu memeluk mereka berdua.
Sejak hari itu, perisik itu dikenalkan Jimmy di mesyuarat perisik, menaikkan pangkat mereka sehinggalah penglibatan Roland menjadi rakan sekerja Carol.
“Boleh tahu bagaimana Vanessa sebut 12 december?”kata Carol, meneliti jalan raya di hadapan. Ketika itu, Roland sedang memandu kereta yang nampak baru kerana selalu dibersihkan.
“Kamu tahu, ianya rahsia Vanessa,”lalu Carol ketawa kecil.
“Hari bermakna Vanessa?”kata Carol.
“Lebih kurang,”Kata Roland.
“Hari lahir Jorry tak guna tu?”
“Tak! Hari lahir Vanessa!”kata Roland.
“Bagaimana dia tahu bapa angkat kejamnya menculik anak William hari tu?”kata Carol, jelas sekali ditimpa persoalan menganggu benaknya.
“Kemungkinan, Vanessa mendengar begini ’Saya akan bunuh anak dia dan dia, lelaki yang dicintai kamu di waktu istimewa kamu!’”
“Okey sekarang baru jelas,”kata Carol, terdetik dalam hati, sesungguhnya, Vanessa mengetahui kejahatan dan kegelapan Jorry tetapi terpaksa memendamkannya kerana sikap sayangnya terhadap lelaki dianggap sebagai bapa sendirinya itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience