Bab 4 : Mulai Percaya

Mystery & Detective Series 1113

Pagi itu menjadi tragedi apabila Carol mendapati ada seorang budak perempuan terlantar di lantai bangunan sekolah. Dipercayai terjatuh dari aras tiga sekolah.
“Clara!”jerit Carol.
Clara ketakutan, mengeletar badannya.
“Dia tolak Minah!”kata seorang budak kecil bernama Lisa.
“Ohh Clara, apa kamu buat?”Kata Christine.
“Kami hanya bermain! Minah.. Minah sendiri terjatuh ke bawah!”kata Clara.
Ambulan datang, mendapatkan mayat Minah, lalu sesi pembelajaran sekolah terpaksa dibatalkan, pulanglah awal semua pelajar di sekolah asrama itu.
Clara diam saja dalam kereta, dengan Carol tidak ingin menegurnya. Dia sedar, budak itu mengalami ketakutan paling gelap dan ngeri di dalam hidupnya. Sangat berat buat seorang budak yang belum tahu apa-apa.
Apabila tiba di rumah, Clara memeluk Diana, menjelaskan segalanya. Carol dipelawa memasuki bilik Clara, mendekati Clara yang duduk di katil.
“Apa jadi? Beritahulah saya,”Kata Carol.
“Dia kata, saya tak layak menjadi kawannya kerana saya seorang yang kaya dan dia seorang yang miskin.. selepas itu, dia mengajak saya berlari di aras tiga, tetapi apabila saya sudah naik ke ruangan beranda, dia sudah terjatuh!”kata Clara dengan mata bulatnya. Tidak lama itu, Clara memeluk Carol, dengan erat. Kepercayaan dalam diri Carol bertunas, dan detik itu, Clara berubah sikap degilnya kepada budak yang sangat berhutang budi terhadap Carol dan Christine.
“Okey saya percaya kamu!”kata Carol, memikirkan tragedi hitam itu.
Tidak lama itu, Christine memanggil Carol, menyatakan ada seseorang datang ke rumah. Carol menyuruh Clara berehat, mendapatkan Diana di ruang tamu.
Ada seorang wanita berpakaian kemeja dan seluar hitam, sederhana sifatnya, sedang menangis di hadapan Diana.
“Tenanglah..”kata Diana, memeluk wanita itu.
“Carol. Christine.. ini ibu Minah, Amirah,”kata Diana.
“Hai… kami bersimpati dengan kematian anak puan,”Kata Carol, sayu wajahnya.
………..
Malam itu, Carol menerima panggilan daripada teman sekerjanya, Roland, mendapati Roland perlukan teman menyiasat suatu kes pembunuhan di kediaman Roses.
“Saya ada misi lain,. maaf,”
“Pengasuh kepada keluarga William?”kata Roland.
“Hmm apa-apalah.. tapi Clara boleh saja menjadi target penculik kerana dia adalah pewaris kekayaan tuan William,”kata Carol.
“Tapi kamu tentu terkejut ni,”kata Roland.
“Apa dia?”
“Mangsa, Vanessa dipercayai ditikam sebanyak lima kali meninggalkan surat di tangannya, katanya untuk tuan William,”kata Roland.
“Apa?”
“Biar saya bacakan kamu,”Kata Roland, terdengarlah bunyi kertas dilebarkan.
“William. Malam. 12 September,”Kata Roland, mengejutkan Carol.
“Apa jadi?”kata Carol.
“Ianya seperti perjanjian,”Kata Roland.
“Vanessa tu siapa?”
“Marilah jumpa esok pagi, di kafe kota Blue Bird,”kata Roland, akhirnya mereka mematikan talian.
Carol tidak dapat tidur malam itu. Apa jadi dengan Vanessa? Adakah dia yang menulis catatan peninggalan di kertas itu? kemudian tepat jam 2 pagi, dia membuka laptop, memeriksa kes Roland. Jelas sekali ayat-ayat artikel di kediaman Roses, menyatakan kes seorang wanita ditemui di bangunan teres, ditikam 5 kali, tanpa dompet ditemui, dipercayai kejadian rompakan. Tetapi surat itu, bagaimana ianya terjadi? Fikir Carol.
Tepat jam 8 pagi, Carol menyuruh Christine menjaga Clara di sekolah sementara dia berjumpa dengan Roland di sebuah kota kecil berdekatan kediaman Roses. Dia dahulu sampai di kafe, membeli segelas air Nescafe susu dengan biskut telur. Sudah lebih 15 minit menunggu, akhirnya Carol mendapati ada susuk tubuh lelaki memasuki kafe, membawa beg hitam tebal dan gempal. Dia pun melambai lelaki itu, menyuruh dia datang ke arahnya.
“Dah lama tunggu, Car?”
“Tak.. sejam lalu,”kata Carol ketawa kecil.
“Gurauan tu tak lucu okey,”kata Roland, lalu duduk di kerusi memerhatikan fail diambilnya dari dalam beg hitam gempalnya.
Gambar seorang wanita umuran 20-an, ditemui terlantar di sebuah lantai jubin, berdarah dengan isi badan yang tersembul keluar!
“Err.. boleh tak simpan gambar tu? Saya nak tenangkan fikiran,”kata Carol, mengigit bibirnya.
“Okey, sejak bila kamu tak biasa lihat mayat ni?”
“Semalam?”kata Carol berjenaka lagi. Ketawalah Roland, lalu menceritakan hal Vanessa begini;
“Vanessa dipercayai keluar dari rumah sewa tepat jam 6 petang, menunggu seseorang di bawah lobi rumah teres itu. Jiran mengatakan dia menunggu hampir sejam, lalu tidak melihat kelibat Vanessa tepat jam 7. Tiada sesiapa tahu keberadaannya sehingga mayatnya ditemui di sana!”
“Ohh Tuhan. Tentu ada orang berdendam dengannya, dia tinggal sendiriankah di rumah sewa tu?”kata Carol.
“Tak. Ada dua gadis. Seorang namanya Evy dan seorang lagi, Sally,”Kata Roland.
“Teruskan,”kata Carol, mendengar penuh minat. Kopinya masih panas dan terpaksalah dia membiarkannya buat seketika kerana risau pula lidahnya akan melecur.
“Evy kerja sebagai jururawat di sebuah hospital Queen Elizabeth, manakala Sally ialah seorang guru di sebuah sekolah asrama perempuan Hammilton,”
“Ohh sekolah tu!’kata Carol.
“Itu sekolah budak dijaga kamukan?”
“Yup.”
“Mereka tiada di rumah semasa kejadian itu kerana Vanessa keluar bersendirian. Selama ini, kata Evy dan Sally, dia akan keluar bersama mereka, tidak pernah bersendirian turun.. sebab tu mereka hairan kenapa Vanessa keluar malam tu,”kata Roland.
“Ohh nampaknya sesuatu yang menarik,”Kata Carol, memerhatikan artikel di fail.
“Dia.. bagaimana keluarganya?”
“Dia tiada keluarga kandung.. dijaga oleh keluarga Jorry, sejak dirinya berumur 3 tahun lagi,”
“Ohh begitu, di mana keluarga Jorry tinggal?”
“Kediaman Aurora, negeri Broken Glass,”kata Roland.
“Ohh mereka bagaimana respon selepas kematian Vanessa?”
“Sedih. Sangat sedih. Tiada ayat dapat menjelaskan perasaan hancur dan sedih mereka,”
“Nampaknya dia membesar dalam keluarga angkat penyayang,”kata Carol, berkerut wajahnya.
“Sebab tu saya jumpa kamu.”Kata Roland.
“Maksud?”
“Saya nak tanya encik William mengenai Vanessa,”kata Roland mengejutkan Carol, tekaknya beku, ayat dari mulut menjadi halimunan, tidak dapat dijelaskan aura debarannya.
“Kamu rasa William dimaksudkan Vanessa adalah William bapa Clara tu?”
“Belum cuba belum tahu,”kata Roland, lalu dia mengeluarkan sekeping kad kecil.
“Apa ni?”
“Seminggu sebelum Vanessa meninggal dunia.. dia menghadiri majlis kahwin kawan sekolahnya, Mimie. Di situ, William menghadirinya, kemungkinan mereka berjumpa di sana, itu andaian saya,”kata Roland, membuka pintu hati Carol mengenai penglibatan William terhadap kematian Vanessa.
Tak mungkin!
………
Christine memerhatikan Clara menyusun buku cerita di dalam sebuah perpustakaan berdekatan kelas yang bising. Kemudian, banyaklah teman sekelas Clara duduk di kerusi perpustakaan, menanti buku diberikan kepadanya. Sesekali Christine tersenyum, melihat kerajinan Clara. Sungguhpun dia seorang yang degil tetapi sifat kerajinannya benar-benar layak dipuji memandangkan Clara seorang anak dari keluarga kaya.
“Nak buku?”kata Christine setelah berdiri di ambang pintu. Ada sekumpulan teman sekelas Clara bergosip, ketawa.
“Kamu di luar sajalah!”kata Clara, memerhatikan Christine dengan pandangan tajamnya.
“Okay okay,”Christine mengigit bibir, menunggu Clara di luar lorong sekolah.
Setelah tengahari tiba, tepat jam 12 lebih, sesi persekolahan pun tamat. Clara bersendirian di ambang pintu, mendapati dirinya sedang mengosok perutnya.
“Kenapa ni?”kata Christine.
“Perisik sepatutnya tahu apa berlaku,”kata Clara.
“Lapar?”
“Hmm,”
Christine membawa Clara pergi ke kafe, membelikannya makanan sehingga datang kereta hitam keluarga Clara, menjemput mereka, tetapi entah kenapa Christine mendapati pemandu itu berlainan dengan pemandu tetap keluarga Clara.
“Kamu barukah?”kata Christine.
“Yup. Encik Nick,”kata pemandu itu.
“Mana encik Bernard?”kata Christine lagi.
“Err cuti,”kata Nick, malu-malu bertentangan mata dengan Christine di belakang tempat duduk kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience