Bab 1 : Detektif
“Carol betulkah cara kamu ni?”kata Christine menegur tindakan Carol di ruang tamu rumah banglo itu. Orang menari di tengah ruangan itu, dengan rancak sekali musik mengiringi mereka. Gelas kaca berisi wain anggur, diletakkan di dulang, lalu diberikan kepada Carol. Dia mengambilnya sambil tersenyum kepada wanita yang memegang dulang. Dia melihat Carlos beserta teman wanita lelaki itu, yakni Siti. Masing-masing menawarkan tarian rancak dan begitu seksi di mata Carol.
Dia mesti mendapatkan maklumat mengenai syarikat perusahaan pakaian itu, yang diketuai oleh encik Carlos. Dia menduga lelaki itu seorang yang licik dan bermain kotor dengan menyembunyikan dadah di dalam setiap kiriman baju untuk pelanggan. Carol terkedu dan dia mendekati Carlos di tepi meja-selepas Carlos selesai menari bersama Siti.
“Hei, saya Wiwie Arjuna,”kata Carol menyembunyikan identiti. Dia seorang detektif dan perisik yang memasuki alam duniawi setiap suspek yang menjadi target untuk setiap misi. Dia mempunyai identiti baru terpapar di kad, dipegang tangannya dan dia menyerahkan itu kepada Encik Carlos.
“Kamu boleh datang bersama saya?”kata Carol mengenyitkan mata sebelah untuk mengoda lelaki berumuran 30-an itu. Carlos tunduk dan melihat kaki sehingga hujung rambut Carol. Lelaki itu pun tersenyum dan mengerakkan diri, menarik Carol untuk merapatkan diri.
“Boleh, segalanya boleh untuk wanita cantik seperti kamu,”kata Encik Carlos dengan nafasnya mengenai bibir Carol. Carol melepaskan genggaman Encik Carlos dan memandangnya sehingga sampai ke suatu meja bulat dengan wain di situ belum disentuh. Mereka berdua duduk di sofa berdekatan meja. Dari situ, Encik Carlos memandang Carol dengan penuh pesona.
“Itu teman wanita kamukah?”kata Carol apabila ternampak seorang wanita kurus dengan gaun singkat berwarna hitam dan wanita itu sedang tercari-cari seseorang di tengah parti itu. Dia sememangnya mengetahui wanita itu adalah teman wanita Carlos.
“Ehmm tak,”kata Encik Carlos, lalu Carol tergelak kerana mengetahui kebenarannya.
“Kalau begitu, kita minum!”
…………
Encik Carlos terlantar di katil dan tertidur nyenyak. Hotel Mastura itu dihuni oleh mereka berdua sejam lalu dan Carol berpuas hati dapat mengetahui banyak hal daripada Encik Carlos yang mabuk sejam lalu. Dia tersenyum dan pergi ke bilik air.
Dia mengambil telefon bimbitnya sehingga muncul suatu cip di hujung bawah peranti. Cip itu diletakkannya di lubang tepi badan laptop kecil dan ditekankan skrin, “Play”.
Dalam skrin laptop kecil itu, terpapar rakaman percakapan Encik Carlos mengenai kerja kotor syarikat lelaki itu. Dia tersenyum dan keluar dari sana.
Dia menuju ke kereta dan memandunya sehingga sampai ke ruang besar suatu banglo besar.
“Carol!”kata Christine mendekatinya di hadapan bilik kecil.
“Saya berjaya merakamnya, nahh serahkan kepada polis,”kata Carol dengan nafas tercungap-cungap menaiki tangga.
“Baiklah!”
Christine mempelawa Carol masuk ke dalam ruang bilik dan dia mengambil gajet di atas meja besar, di mana seorang lelaki sedang bekerja keras demi menghasilkan suatu gajet besar berbentuk bola di sana.
“Hei Enendy!”kata Carol dengan semangat membara melihat gajet yang terserlah reka bentuk unik yang dikerjakan lelaki itu.
“Gajet ni akan siap tak lama lagi,”kata Enendy terduduk di suatu lapisan kain di atas lantai. Carol mendapatkan gajet kecil, iaitu pen yang mempunyai ubat penenang dan pisau kemudian, mengambil suatu jam tangan dengan skrin elektronik yang mempunyai butang di sisinya.
“Saya ambil gajet ni,”kata Carol lalu keluar dari bilik itu, menuju ke Christine yang menunggunya di kereta.
“Mari sama-sama ke balai polis,”kata Christine menanti. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan menuju ke balai polis di tengah bandar.
Setelah sampai di balai polis, semua kakitangan polis kebanyakkan mengenali mereka berdua. Carol memberikan cip kecil kepada polis, dijadikan bukti. Lalu polis bersedia untuk menangkap encik Carlos yang sedang tidur lena di hotel. Carol jugalah memberikan maklumat keberadaan Encik Carlos di hotel. Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada Encik Jimmy.
“Helo, kamu sudah menyerahkan dia kepada poliskah?”kata Encik Jimmy di corong telefon.
“Sudah, segalanya sudah beres,”kata Carol dan dia pun keluar dari balai polis dengan Christine terkejar-kejarkan dia.
“Sekarang kamu kena cari tahu mengenai Encik Jumardi,”kata Christine. Carol mengangguk.
“Dia terlibat dengan seludup dadah dengan Encik Carlos, kita tak cukup bukti,”kata Carol dan terbatuklah dia. Christine memberikan Carol akan sehelai tisu dan meneruskan perjalanan ke arah kereta mereka.
“Mari teruskan rancangan A,”kata Carol memberi senyuman manis kepada pembantunya itu. Dia sudah lama terlibat dengan dunia perisikan iaitu sejak 8 tahun lalu, ketika umurnya baru mencecah 18 tahun. Encik Jimmy yang membawanya berlatih setiap hari di gim dan ilmu taekwando, menjadikan dia seorang perisik dan detektif yang menonjol di antara teman sekerjanya.
Carol sampai di hujung bangunan dan memakai rambut palsu di dalam kereta, manakala Christine mengenakan mekap yang tebal di wajah, kemudian, memakai rambut palsu pendek. Kemudian, mereka menukar pakaian. Setelah selesai bersiap melakukan penyamaran, mereka bergerak ke sebuah bangunan bersaiz besar. Masing-masing mereka memakai baju gaun singkat paras lutut.
“Mari ke atas,”kata Carol berbisik dan gajet di tangan, dibukanya menyerupai bentuk bola kecil, dihuni oleh cip di dalamnya. Dia mengeluarkan cip dan memasukkannya di dalam telefon. Kemudian, minuman wain diletakkan di tangan sebelah kanan.
Mereka bergerak ke atas tangga dan sampai di tingkat dua, di mana seorang lelaki sedang duduk di dalam pejabatnya. Kemudian, Carol mengetuk pintu pejabat dan lelaki itu bangun dari kerusi.
“Siapa?”
Tiada sahutan. Carol mendiamkan diri dan Christine sudah lama hilang dari pandangan menuju ke sebuah bilik besar, di mana sebilangan orang sedang khusyuk melihat komputer pejabat.
Carol mengetuk pintu dan lelaki itu membuka pintu dengan mata yang membulat. Dia melihat dari kaki sehingga kepala Carol dan dia mengigit bibir.
“Wow, cari siapa?”kata lelaki itu.
‘”Cari encik Jumardi,”kata Carol lalu mendekati lelaki itu sambil memegang bahu Jumardi.
“Err..gadis seksi, kenapa ingin berjumpa dengan saya?”kata Encik Jumardi menelan air liur. Carol cuba bergerak ke meja dan dia menaikkan encik Jumardi di atas meja, menolaknya dengan daya yang kuat.
“Hei,, kamu,”kata Encik Jumardi lalu cair hatinya melihat tatapan mata Carol.
“Mari minum dengan saya, hei lelaki kacak,”katanya. Carol memberikan wain kepada lelaki itu dan mulai meneguk botol wain itu. Lama-kelamaan, encik Jumardi menjadi pening kerana wain anggur tinggi alkohol dan mulai ingin bergerak ke pintu. Secepatnya Carol mengunci pintu dan menghampiri Jumardi, lalu menarik tangan lelaki itu untuk mendekatinya.
“Kamu ada terlibat dengan kerja kotor encik Carloskah? Jujur!”kata Carol memegang bahu Encik Jumardi.
……..
Semua percakapan Encik Jumardi dirakam oleh cip di dalam telefon. Carol membawa Encik Jumardi ke hotel dan melantarkan dia ke atas katil empuk. Dia menelefon encik Jimmy dan menyatakan hasratnya. Christine mengetuk pintu hotel sehingga Carol membuka pintu itu dengan telefon disandarkan di telinga.
“Saya dah tangkap dia, dia sekarang di hotel, sekarang ingin ke balai polis menyerahkan cip,”kata Carol. Christine masuk dengan beg laptop hitam diangkat oleh tangan kanan.
“Saya sudah godam sistem syarikat mereka, segalanya di tangan saya,”kata Christine.
“Bagus, sekarang menyerahkan tugas kepada pihak polis,”kata Carol.
Petang itu, mereka berangkat ke balai polis dengan bukti pada tangan. FBI datang dengan orang mereka, bergegas menuju hotel untuk menangkap Encik Jumardi.
“Saya dah mabukkan dia,”kata Carol kepada salah seorang wanita tinggi daripadanya digayakan seragam polis yang nampak baru.
“Baiklah terima kasih detektif Carol James,”kata wanita itu, membuatkan Carol memberikannya senyuman bangga.
Mereka berdua kembali ke sebuah rumah banglo, di mana seorang lelaki berpakaian jubah panjang duduk di sofa, sambil memegang kepingan kertas di atas meja bulat, yakni di ruang tamu rumah itu.
Carol mendekatinya dan menyapanya. Dia duduk di atas sofa biru, dengan bantal besar di atas ribanya, sambil dia melihat kertas di atas meja.
“Ini.. pasal kes apa?”kata Carol, lalu Christine bersinar-sinar matanya melihat kertas di atas meja. Ianya muka seorang budak kecil, dalam anggaran umur 10 tahun.
“Ini kes Encik William dengan anaknya, Clara,”kata lelaki itu yang sebenarnya encik Jimmy, bergaya bersama cigaret di tepi mulutnya, sambil dia meliarkan mata melihat mereka berdua.
“Kamu kena ambil kes ni,”katanya lagi mengejutkan mereka berdua.
Share this novel