BAB 4

Drama Series 2821

Seperti biasa butik-butik sekitar Bukit Bintang dan Pavi menjadi pilihan tiga figura kaya itu. Kirana pula terkial-kial. Tersenget-senget bahu membawa empat, lima enam beg kertas dan plastik atas nama Sephora dan butik jenama dalam Pavilion sendiri.
​Che Puan Khalidah dan Rania masih lagi ralit membelek-belek pakaian pelbagai bentuk, jenis kain dan warna dari jenama lokal ke antarabangsa di ralling berhanger.
Namun tidak bagi Mastura. Gadis yang turut menetap di mahligai Tengku FaizulSyah itu hanya menjeling dan tersenyum sinis ke arah Kirana. Tak sedikit pun dia merasa kasihan melihat beg-beg bersilangan di tangan Kirana apatah lagi, mahu membantu.
​Sejak dari zaman remajanya lagi. Mastura mendambakan Tengku Zulfan namun apabila melihat Kirana.
Si miskin yang boleh pula tiba-tiba, sah bergelar isteri. Rasa insecure selain cemburu, semakin merebakkan virus-virusnya di urat saraf Mastura.
​"Oi, perempuan kampung!" Mastura lantang memanggil tanpa segan bila ada beberapa terarah padanya.
Che Puan Khalidah dan Rania dah bergerak bilik persalinan. Kedua mereka bagaikan mahu pulun setiap baju-baju menarik yang ada dekat situ.
​Kirana berpaling perlahan. Beg-beg kertas yang berat di tangannya hampir melecetkan jemari halus yang tiada berinai itu.
"Ya, Mastura..." balas Kirana cuba juga tersenyum biarpun dia tahu senyumannya itu tidak berbalasan.
"Eh, helo. You panggil I apa tadi?" tegur Mastura menolak bahu itu, kasar.
"Mastura," balas Kirana ringkas.
"Who Mastura? You fikir I ni taraf-taraf you ke? You should respect me..."
"Sori dik..." balas Kirana merendahkan diri walau dia tahu umur sebenar Mastura. Di sebabkan dia berkahwin dengan Tengku Zulfan jadi biarlah dia menganggap dirinya sudah tua.
"Kakak? Euw, eh perempuan. You masih buta ke apa ke, hah? You rasa you tu layak ke jadi wife Tengku? Cerminlah sikit diri tu, boleh?" kecam Mastura mentang-mentanglah dia tengah seorang diri.
Kirana kehilangan diksi. Saat yang sama, enggan memanjangkan bibit-bibit perbalahan. Mastura tersenyum dengan gaya juihkan bibir bergincu ala-ala Sabronzo nya itu.
"Eh, ada I suruh pergi ke? I masih tak habis bercakap!" hambur Mastura. Memang dia mahu hati gadis dari kampung itu, merana dengan kata-katanya itu.
Kirana akur. Dia tetap menunduk. Jemari tergenggam erat pada tali plastik. Sakit bukannya tak sakit. Beg-beg itu semuanya penuh barangan. Tapi kepedihan di hati lebih jauh lagi.
​"Even I tahu Abang Zul I tu never touching you but I still wanna give you my sweet remind. Don't you ever dare to seduce him. Status isteri you itu cuma di kertas kosong je..."
Api cemburu semakin ganas membakar jiwa. Mastura walau jijik dan malu nak dekat dengan Kirana, dia tetap mara mendekati lagi.
Semerta itulah, haruman Chanel yang Mastura sembur separuh botol, menyucuk hidung Kirana yang hanya mampu menyapu roll on berharga rm 5 saja.
Kirana tersentak. Dia tidak menyangka Mastura terlebih berani. Dia juga tidak pernah langsung berharap pada perkara itu walau dia berhak.
"Woi, are you deaf? Or buat-buat pekak? I don't think Abang Zul kesayangan I tu lalu nak touch your dirty smelly skin huh! apatah lagi nak 'ratah' is it right what I'm said!" tekan Mastura lagi.
Dia memang sengaja berbahasa inggeris. Dia bukannya tak tahu pencapaian akademik Kirana seperti apa. Malah jauh lebih hebat dari dirinya tapi dia peduli apa. Dia ada duit dan Mama Ida nya. Minta saja, pasti dapat.
Sedangkan Kirana? Berasal pun dari kampung ceruk tok kun. Susah pula tu. So?
"Tapi jika dari segi agama. Kalau saya disentuh sekalipun. Tak menjadi kesalahan. Pahala pun," jawab Kirana. Dia sendiri pun tidak tahu dapat keberanian itu daripada mana.
"Hei!"
"Aduh, sakit Mas. Sakit!!!" aduh Kirana di kala kaki berseliparnya dipijak sepatu Christian Loubutin itu. Ditekan-tekan pula!
"Siapa beri you kebenaran untuk menjawab, huh? You pekak ya. Let me remind you again. Tengku Zulfan was mine. So, tak ada mana-mana perempuan boleh make sex with him. Only me can touch his 'part'!" ancam Mastura tanpa mahu mengangkat sepatunya itu.
​"I know after that ceremony, you memang dah berangan kan nak jadi mem kan? Sebab Uncle dah bagi you green light as his menantu!"
" And dalam kepala otak you tu, you fikir... you can get him. Heh, please lah. Wake up darling. All of that was in your dreams!" selar Mastura bersuara semakin menyakitkan hati.
Ditunjal-tunjal dahi bertudung Kirana dengan jari telunjuk berkuku panjang palsu. Ikutkan hati, mahu saja dia malukan wanita dari kampung itu dengan mencabut tudungnya. Tunjuk alim konon!
'Sabar itu separuh daripada iman...' Suara Ustazah Farihah seakan meniup angin damai di hati berbahangnya itu.
​" Saya sedar siapa diri saya," balas Kirana sambil menahan sebak.​Mastura tertawa mengejek.
​"Well said. For your information, memang dari dulu lagi. I yang paling layak untuk Tengku Zulfan. I yakin, memang Abang Zulfan takkan pandang you... even naked depan dia sekalipun! You tu cuma kain buruk yang Uncle paksa dia simpan!"
​Kirana tertunduk. Memejamkan matanya agar bulir-bulir bening itu yang sedang bertakung itu tak luruh ke pipi tapi sayangnya ia tetap luruh setitis.
"Dongak. Look at this!" Arah Mastura setelah menatal Iphone Pro nya. Kirana mendongak. Mastura tahu wanita itu menangis kerana perbuatannya. Dia tak ingin ambil peduli.
Yang dia tahu, Tengku Zulfan tak boleh jatuh cinta pada perempuan lain!
Gambar-gambar dia bersama Tengku Zulfan sewaktu bercuti di peranginan mewah. Dengan rasa terpaksa, Kirana merenung gambar mesra suaminya itu dengan Mastura.
​"I nak you tengok puas-puas. Who was Tengku Zulfan!" tengking Mastura sambil menonyoh skrin telefon pintar itu betul-betul ke hadapan mata Kirana.
​"Cik Mastura... tolong simpan gambar tu. Saya tak nak tengok."
​"Euw! Berani kau sebut 'tak nak'?!" Mastura naik angin.​Tanpa sebarang amaran, jari jemarinya yang dihiasi kuku palsu tajam mencengkam dagu Kirana dengan begitu kasar, memutar wajah Kirana secara paksa agar menatap skrin telefonnya semula.
Cengkaman itu begitu kuat sehingga kuku Mastura hampir mencucuk kulit pipi Kirana.
​"You need to watch betina kampung! Tengok!" herdik Mastura dengan mata terbeliak.
​"Huh, ingat status 'isteri' mulia ke? Lihat ni semua! Zulfan dah puas hug and bawa I berjalan-jalan. You kena ingat, honey. You cuma kain buruk untuk lap lantai rumah ni!"
"Saya tak tahu apa masalah antara kita berdua. Tapi, apa-apa pun biar Abang Zulfan yang tentukan," jawab Kirana.
"Kurang ajar! Berani you menjawab!!!" herdik Mastura mengangkat tangannya tinggi, bersedia untuk menampar wajah Kirana bagi melampiaskan baki amarahnya.
Beberapa pengunjung butik dan pekerja yang bertugas, mula berbisik-bisik sambil menjeling ke arah mereka berdua. ​Namun, belum sempat telapak tangan bergincu tipis itu hinggap ke pipi Kirana.
"Mastura! What's goin' on here?" Suara tinggi Che Puan Khalidah sambil berjalan dengan cepat. Bergoyangan pinggul kain skirtnya. Begitu juga dengan lima beg Padini.
Rania dah lama nampak tapi macam biasa dia tak mampu berbuat apa-apa.
​Rengkuhan di dagu Kirana. Mastura lepaskan serta-merta sambil beri isyarat jangan memandai-mandai mahu buka mulut.
Dia berpaling seraya menukar riak wajahnya dalam sekelip mata.
​"Auntie..." rengek Mastura, matanya terus berkaca-kaca setelah mendapatkan Che Puan Khalidah.
"Kenapa ni? You? And you, perempuan? Apa you cuba buat?" tanya wanita anggun itu lagi setelah tiba. Kirana makin bungkam. Rania berasa kasihan. Dia tahu, Kirana tak bersalah.
"Auntie...I...I cuma nak nasihat tapi dia bertindak kasar..."adu Mastura menyendeng kepala ke bahu wanita itu. Dia tersenyum pada Kirana yang nyata terkejut pada pertuduhan tersebut. Rania juga.
"Kirana! You jangan melampau ya!!!" Tengking Che Puan Khalidah merampas beg baju Kirana. Mastura bertepuk dalam diam. Puas hatinya. Rania pula terkedu dengan tindakan bonda tirinya itu.
"Menyesal I bayarlah. Sepatutnya you pakai saja baju-baju murah you tu!" Hamun Che Puan Khalidah merampas beg-beg itu.
"Angkat semua ni. Tapi, jangan berani-berani ambil Padini dan Versace. You memang tak layak pakainya. Lebih baik I jual balik. Sudah, you tunggu apa lagi. Angkatlah. Lepas ini, lagi sekali I dengar you buat kasar pada Mas or Rania malah Zulfan sekalipun. You siap! Tahulah nasib you nanti! Come darling..!"
Usai memarahi sambil memeluk Mastura dan juga Rania. Mereka bertiga meninggalkan Kirana yang terkial-kial kesemua beg itu.
"Mama, you tak takut ke kalau dia tu mengadu pada papa tak pun abang?" bisik Rania setelah berpaling belakang. Mastura kebam bibir. Dia geram mendengarnya.
"You think she dare? Oh...come on," jawab Che Puan Khalidah pada ketika yang sama mengerling butik pakaian lelaki. Di situ, skandalnya sedang enak memerhati.
Kirana baru saja melangkah. Dan dia terpaksa berjalan perlahan. Pandangan berbalam namun dia terpaksa menapak juga biarpun sudut mata berlinangan.
'Sabarlah hati...insya Allah, ini semua takkan lama,' getusnya sekadar menyedap hati yang gundah.

.
.
.

"Allah!" Terbuka saja pintu setelah Kirana membukanya. Tubuh bertelekungnya itu terjatuh dan pinggang terhentak ke kaki katil.
Tengku Zulfan mencabut kesemua butang kemeja tanpa ada rasa segan-silu. Tersedu-sedu dengan bau masam arak naik ke udara.
"Perempuan! You nak I sangatkan! Come, buktikan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience