Series
2821
Perjalanan malam dari kampung ke ibu kota yang mengambil masa hampir tiga jam itu berlalu dalam keheningan yang menyesakkan.
Sepanjang perjalanan, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Tengku Zulfan.
Melainkan deruman enjin kereta mewah dan sesekali, hingar-bingar gelak tawa Rania dan Mastura di tempat duduk belakang. Mereka masih mempermainkan asal-usul Kirana.
Kirana hanya mampu membisu sambil menatap lesu setiap tumpahan sang gerimis di cermin tingkap.
Jemarinya mencengkem kain skirtnya cuba mengumpul sisa kekuatan untuk menghadapi apa jua yang menanti di hadapan.
Kereta sedan mewah itu akhirnya membelok masuk ke dalam gerbang besi gergasi yang terbuka secara automatik. Sebuah mahligai tersergam indah.
Moden dipadu sentuhan klasik berdiri megah di hadapan mata. Lampu-lampu candelier membiaskan kemewahan yang belum pernah Kirana saksikan seumur hidupnya.
Memang menawan dan sofistikated mahligai Tengku FaizulSyah yang merupakan seorang ahli perniagaan berpengaruh dan ayahanda kepada Tengku Zulfan.
Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Che Puan Khalidah, Rania dan juga Mastura melangkah keluar tanpa mempedulikan Kirana.
Tengku Zulfan menanggalkan tali pinggang keledar dengan kasar lalu menoleh ke arah Kirana dengan pandangan tajam bak belati.
"Turunlah nak tunggu apa lagi. Beg ambil sendiri, ya! Jangan berharap ada khadam yang nak tolong bawakan barang kotor, tu," gertak Tengku Zulfan dengan suara yang kedengaran annoying. Kirana mengangguk perlahan.
"Baik, Tengku."
"Oh yeah, got one more thing..."
Suara Tengku Zulfan menahan langkah Kirana yang mahu memulas pemegang pintu.
"Kat dalam nanti, Papa ada. Jaga kelakuan you. Kalau you cuba nak terhegeh or tagih simpati Papa dengan buka cerita pasal akad nikah siang tadi... I will make sure! Hidup keluarga you dekat kampung lebih merana daripada sekarang. Understand?"
Kirana menelan liur yang terasa pahit. Ugutan itu terus mengunci rapat peti suaranya. Dia sekadar mengangguk pasrah sebelum keluar mengambil beg pakaian lusuhnya di dalam but.
Kaki Kirana yang hanya berselipar getah biasa, terasa begitu janggal sebaik sahaja memijak lantai marmar berkilat di ruang tamu utama.
Haruman mewah diffuser dan hiasan dalaman bernilai jutaan ringgit langsung tidak mampu meredakan kedinginan atmosfera di dalam mahligai indah nian itu.
Di atas sofa kulit berwarna pastel di tengah ruang, kelihatan seorang lelaki separuh usia beraut wajah tenang namun berkarisma sedang duduk memegang naskhah akhbar. Tengku FaizulSyah.
Melihat kepulangan mereka, Tengku FaizulSyah melipat akhbarnya dan bingkas bangun. Pandangannya terus tertumpu kepada gadis bertudung polos yang berdiri serba salah di belakang Tengku Zulfan.
"Zulfan... Khalidah... dah sampai pun," tegur Tengku FaizulSyah dengan suara yang tenang tetapi bernada tegas.
" Hujan lebat tu ysng lambat sikit," jawab Che Puan Khalidah. Wajahnya yang tadi tegang di dalam kereta, sekelip mata bertukar lembut.
Tengku FaizulSyah menghampiri Kirana. Matanya menatap lembut ke arah menantunya yang menunduk. Kirana tidak berani bertentang mata dengan lelaki kenamaan itu.
"Eh, tak perlu tanggalkan selipar tu. Masuk saja," tegur Tengku FaizulSyah ketika dia melihat betapa canggungnya si kembang desa itu.
Rania dengan Mastura tertawa lucu dari atas beranda mahligai luas terbentang itu. Che Puan Khalidah dan Tengku Zulfan juga tersenyum-senyum.
'Hai...macamanalah aku nak hidup dengan perempuan ni? Dahla kampung. Miskin. Kolot pula tu. Mekap pun tak pandai. Lawa lagi mekap Mastura atau Sharifah Edreena.'
"Ini Kirana?" soal Tengku FaizulSyah.
"Ya, Nda. Perempuan nilah yang Nda bersungguh-sungguh nak Zulfan kahwini tu," jawab Tengku Zulfan dengan nada sinis yang sukar disembunyikan lagi.
"Cantikkan bonda orangnya?" sinis Tengku Zulfan seraya menoleh ke ibundanya, Che Puan Khalidah yang juga sebenarnya tiada darah bangsawan.
Che Puan Khalidah ingin mengangguk tapi merasa jijik. Demi lakonan ibu mertua baik depan suami, dia pasrah dan angguk.
Tengku FaizulSyah menjeling tajam ke arah anak lelakinya. Seakan memberi amaran halus agar menjaga tutur kata, sebelum kembali memandang sang menantu. Memang manis di matanya.
"Selamat datang ke istana kami, Kirana. Uncle... eh, Nda ( Ayahanda) nak minta maaf sebab tak dapat hadir ke majlis akad nikah kamu berdua. Ada urusan mendesak dekat luar negara. Sukar nak dielakkan." Tengku FaizulSyah berbicara mesra.
Kata-kata itu ibarat pelebur rasa canggung Kirana Sekurang-kurangnya, masih ada insan berhati budi di dalam mahligai kayangan ini.
Kirana mengangkat wajahnya perlahan-lahan.
"Tak apa, ayahanda... Kirana faham. Terima kasih sebab sudi terima Kirana di sini."
"Panggil Nda saja, nak..." sahut Tengku FaizulSyah. Ramah tak seperti yang lain.
Che Puan Khalidah yang berdiri di tepi mengutuk dalam hati.
'Pandai betul berlakon budak kampung ni nak pikat hati suami aku,' desis hatinya penuh dengki.
"You, budak ni pun dah penat rasanya. Lagipun Zulfan pun nak kena rehat, esok ada meeting penting. Biarlah dia orang naik ke bilik," potong Che Puan Khalidah pantas, tidak mahu Tengku FaizulSyah terus melayan Kirana.
"Betul juga tu. Zulfan, bawa isteri kamu naik ke bilik. Jaga Kirana ni baik-baik," pesan Tengku FaizulSyah secara mendalam seraya menatap tepat, ke dalam anak mata Tengku Zulfan.
Tengku Zulfan hanya mendengus kecil tanpa menjawab. Dia terus berpaling dan melangkah laju menuju ke tangga utama tanpa menunggu Kirana. Kirana yang terpinga-pinga terpaksa menjinjing beg pakaian kusamnya dan mengejar langkah lebar lelaki itu dari belakang.
Tengku Zulfan menolak pintu sebuah bilik tidur yang tersangat luas di tingkat dua. Hiasan bilik itu bertemakan warna kelabu dan hitam. Deko itu mencerminkan peribadi pemiliknya yang dingin dan misteri.
Sebaik sahaja Kirana melangkah masuk, Tengku Zulfan terus menghempas pintu rapat dan menguncinya dari dalam. Bunyi dentuman pintu membuatkan Kirana tersentak.
Tengku Zulfan merapatkan jarak. Dia membongkokkan sedikit badannya dan terus menujah renungan setajam helangnya itu ke dalam anak mata Kirana.
"You dengar sini baik-baik, my lovely wife..." sinis Tengku Zulfan pada wanita yang selangkah terkebelakang itu.
"Depan Nda, you boleh berlagak suci. You boleh berpura-pura jadi menantu pilihan. Tapi di balik pintu bilik ni... you bukan sesiapa,ya! Bagi I, you tu cuma hamba yang terikat dengan hutang keluarga!."
Kirana memberanikan diri menatap lelaki yang kini sah bergelar suaminya itu.
"Saya tahu diri saya, Tengku. Saya tak pernah minta untuk berada di sini. Tapi saya dah sah jadi isteri Tengku..."
"Isteri?" sahut Tengku Zulfan ditemani tawa. Mengejek.
Dia mencengkam lembut dagu Kirana, memaksa gadis itu mendongak.
"So, now you already demanding, huh? What did you say before? You are my wife? Are you really sure and dare to be my queen?" tukas Tengku Zulfan menarik lengan Kirana.
Kirana mengaduh sakit dan dia tak peduli.
"Hey, ugly if you think this ring you can use as demand. In your dreams! Jangan sesekali you berfikir sedemikian!!!"
Tengku Zulfan menyentap keluar cincin mahal itu dari jari manis, Kirana lantas dicampaknya.
"Jari kotor you ni sememangnya tak pernah layak untuk disarung cincin semewah ini!!!"
"You see that!" arah Tengku Zulfan menuding ke arah sebuah sofa rekaan panjang di sudut bilik. Perlahan-lahan mata bertakung air Kirana berpaling.
"Sofa itu paling layak untuk perempuan kolot seperti you. I tak selesalah nak sekatil. By the way, beware ya. Jangan sesekali berani sentuh katil atau simbahkan bau kampung you tu...pada barang-barang I. Dan ingat... esok pagi, sebelum subuh you kena bangun. Tugas you kat rumah ni bukannya jadi mem tapi buat semua kerja rumah yang Mak Cik Jah selalu buat."
Rengkuhan pada dagu si bujur sireh itu dilepaskan dengan kasar sehingga kepala gadis itu terdorong ke tepi.
Kirana memegang dagunya yang berbekas merah. Air mata yang bertakung dicuba tahan sehabis baik. Dia mengangguk perlahan, menerima takdir yang baru sahaja bermula.
"Baik, Tengku... saya faham."
Tengku Zulfan melangkah ke bilik air tanpa mempedulikan Kirana lagi. Pintu bilik air dihempas kuat.
Di dalam keheningan bilik mewah yang terasa seperti penjara itu, Kirana berjalan perlahan menuju ke sofa kelabu di sudut ruang. Dia meletakkan beg pakaiannya di atas lantai lalu melabuhkan punggungnya di situ.
Malam pertama bergelar seorang isteri. Tiada kucupan mesra mahupun ungkapan kasih. Yang ada hanyalah tangisan tanpa suara di sebalik selendang putih polosnya, bertemankan kedinginan malam dan janji sebuah penderitaan yang baru bermula.
Ini adalah cerita pain. Boleh letak komen pe saja ..
Share this novel