BAB 3

Drama Series 2821

Ting..! Ting..!
Jam dinding antik bergema. Menandakan sudah pukul enam pagi. Di situ, Kirana langsung tak mendengar laungan azan. Benar-benar jauh berbeza.
"Hiss..." Setelah bangun. Kirana mendesis. Lenguh-lenguh badan akibat meringkuk terlalu lama atas sofa empuk tanpa ada yang menghiraukan dirinya.
Setelah beberapa membuat senaman leher. Kirana yang masih bertudung itu bangun. Ketika dia mahu bangun, dia agak terkejut melihat kainnya terselak agak tinggi.
"Aik!" Sentaknya seraya memandang sekeliling. Tingkap tinggi melangit ditabiri langsir baldu dan tak terbuka. Dia pandang pula ke arah letaknya aircond.
"Jauh. Tak mungkin," omelnya yang terasa pelik. Dia pandang pula ke katil berdekorasi mewah dan bersaiz king itu. Lama.
"Hmmm...lagilah tak mungkin," tepisnya kelam-kabut bangun. Malas mahu melayan intuisi itu. Sebelum dia meneruskan langkah ke arah bilik jakuzi berdinding cermin.
"Dia memang suami aku yang sah. Imam aku. Wajib aku gerak sebagai makmumnya," getus Kirana lalu melencong arah kaki dan menuju ke katil.
"Ab...abang...Tengku...bangun dah subuh ni," panggil Kirana was-was mahu menyentuh. Takut dimarahi lagi.
"Abang Tengku, bangun. Kita solat subuh sama-sama," gerak wanita bertudung dan lengkap berbaju kurung lusuh itu lagi.
"Shut up!!!" tukas Tengku Zulfan mengambil bantal peluk lalu dibalingkan ke arah belakang tubuhnya dan dia mengerekot lagi.
"Aduh!!!" Kirana terpekik. Terduduk dengan bantal guling bersarung baldu warna emas itu dalam pelukannya.
"Ya Allah, apa dosa yang telah aku lakukan?" Kirana bukanlah mahu merungut pada perjalanan takdirnya itu tetapi hatinya tersayat pilu. Bukan kemahuannya.
"Sabar Kirana. Ingat pesanan ustazah..." Kirana mengesat tumpahan air bening dipipinya dan terkial-kial bangun bersama bantal peluk.
Sayu pandangan Kirana ke tubuh membagi belakang suaminya yang baru lima jam dia nikahi itu sambil meletakkan kembali bantal guling atas katil dunlop itu.
"Seronok tau Rana kalau bersuamikan orang ada-ada ni." Terngiang diruang pendengaran perbualan sang rakannya itu ketika mereka rancak berbual depan sawah padi mengenai jodoh masing-masing.
"Huh!" Dengusan itu saja yang termampu Kirana luahkan. Linangan air mata sekali diseka. Kirana bergerak ke arah ruangan mandi berjakuzi. Mewah terlalu mewah dan tidak sama dengan bilik air beratap rumbia rumah kampungnya itu.
Begitu juga dengan wardrobe closet Tengku Zulfan yang dah macam studio persalinan tidak seperti gerobok usang sebelah pintunya itu.
"Mana pilinya?" Kirana tercangak-cangak. Nak bertanya, siapa saja yang adanya. Tengku Zulfan? Mahu kena baling lagi dengan bantal.
Kirana gamble saja. Dipulas semua yang ada. Yang mana terkeluar air maka itulah dianya tempat untuk dia mengambil
wuduk.
Terteguk juga air liur Tengku Zulfan kala betis itu terselak makin tinggi saat isteri kontraknya itu sedang mengambil air sembahyang.
Kirana masih tidak perasan kerana muka masih menunduk dan tidak memandang ke arah dinding berkaca itu.
Tengku Zulfan berlari ke katil semula lalu menghempaskan tubuhnya semula. Usai menutup pili dan berdoa. Kirana bergerak keluar.
Berjalan ke sofa di mana beg sandangnya juga masih di situ. Dia ingin mengeluarkan tikar sembahyang dan telekung.
Usai bertelekung dan sebelum berniat Kirana tetap mengharapkan agar suaminya itu bangun. Setelah beberapa minit dia menanti dengan sabar, tubuh itu tetap tak bergerak langsung. Lena.
'Ya Allah. Kau ampunilah dosa suami ku...' Lalu membaca niat. Perlahan-lahan Tengku Zulfan memusingkan tubuhnya. Dan julung kalinya dia ternampak pakaian itu selain orang gajinya.
Lama dia memerhati. Saat yang sama, nafsunya terdongkat seperti kebiasaannya namun dek kerana ego masih menjulang tnggi.

.
.
.


​Di ruang dapur yang seluas padang, kelihatan seorang wanita lingkungan 50-an sedang tekun memotong bahan masakan. Itulah Mak Jah, pembantu rumah veteran yang sudah bertahun-tahun berkhidmat di mahligai tersebut.
"Assalamu’alaikum, makcik..." tegur Kirana dengan sopan.
​Mak Jah berpaling. Seketika matanya membulat kerana terkejut melihat menantu muda rumah itu sudah berada di dapur seawal ini.
"Wa’alaikumussalam... eh, Puan Muda. Buat apa turun pagi-pagi begini? Kenapa tak istirahat saja di atas?"
​"Panggil Kirana saja," balas Kirana seraya tersenyum mesra sambil mencapai pisau.
"Mak Jah..." jawab Mak Jah pula. Tukang masak merangkap pembantu mahligai agam selain drebar Seman dan bodyguard-bodyguard.
"Saya memang dah terbiasa bangun awal dekat kampung. Tengku... eh, Che Puan kata saya kena bantu Mak Jah uruskan rumah ni."
​Mak Jah mengeluh halus.
"Eh, apa pulak? Puan kan isteri kepada Tengku Zulfan..."
Kata-kata itu hanya dijawab dengan senyuman manis Kirana yang bertudung instan itu.
"Tapi tak apa lah, Kirana. Biar Mak Jah ajarkan apa yang patut."
​Menjelang jam delapan pagi, meja makan panjang bertukar meriah dengan hidangan sarapan mewah. Tengku FaizulSyah pula membaca surat khabar tabletnya. Che Puan Khalidah, Rania dan Mastura pula anggun bersiap dengan gaya masing-masing.
​Tengku Zulfan melangkah turun dengan suit kerja kemeja biru cair yang digosok licin. Wajahnya tampan namun dingin bak aisberg.
​"Rana, tolong tuangkan kopi untuk Zulfan," arah Tengku FaizulSyah mesra sebaik melihat Kirana melangkah keluar dari dapur membawakan teko.
​Kirana akur. Dengan jemari yang sedikit terketar, dia mendekati Tengku Zulfan dan menuangkan air kopi ke dalam cangkir porcelin lelaki itu.
"I tak minum coffee lah!"
"Maaf bang. Rana tak tahu air apa abang minum sebelah pagi," sahut Kirana serba-salah. Malu juga disergah.
"Tak apa. Tak apa, Rana tuangkan saja fresh orange tu untuk Zulfan. Eh, Rana mana cincin?"
"Hah?"
Bukan Kirana saja yang tergemap malah Tengku Zulfan juga. Tiga lagi insan yang ada di meja itu memasang telinga. Nak-nak lagi Mastura lah. Merengkam perutnya melihat aksi gadis polos konon si Kirana.
Tengku Zulfan hanya menjeling tajam dan Kirana faham makna kepada isyarat tersebut.
"Tadi, masa solat Rana tanggalkan sekejap. Ada atas meja solek, Pak Engku..." Kirana terpaksa beralasan bersama senyuman.
"Apa Pak Engku? Nda, Rana. Jangan tanggal kerap sangat..." Pesanan seorang bapa mertua tetapi mendapat cebikan Che Puan Khalidah. Mastura apatah lagi cuma Tengku Rania aka Rania saja yang sebenarnya berbelah bahagi.
Side kanan dia seperti jatuh suka dengan kesopanan yang isteri abangnya itu bawakan. Side kiri bila terkena hasutan kqkak sepupunya, Puteri Mastura.
"Baik Nda..." jawab Kirana. Ketika dia mahu menuang pula gelas Che Puan Khalidah, Rania serta Mastura. Mastura dengan sengaja memijak kakinya dan Che Puan Khalidah pula ketika mahu mengambil cangkir dekorasi mewah yang Kirana hulurkan.
Dia dengan sengaja menekan kuku panjangnya ke salah-satu jari Kirana. Bak terkena renjatan elektrik, Kirana terangkat jemarinya. Nasiblah tak tumpah. Jikalau tak tadi...
Che Puan Khalidah memang dengar desis itu. Sengaja berpura-pura menyuruh 'menantu kesayangan' itu duduk di sisi suami. Lain pula pada Mastura, dia sebolehnya nak duduk di tepi abang sepupu kesayangannya itu.
'Kenapa abang nikah juga dengan perempuan kampung tu kalau mengadu pada I tak suka? Selama ni, I yang duduk kat kerusi tu abang. Why now all change?' Hati Mastura bergumam tak puas hati.
"Duduklah Rana kenapa tercegat lagi tu. Jangan malu pada kami. Kita dah jadi keluarga. Zulfan tu kan suami Rana. Nak malu apa. Duduk. Kita sarapan bersama," tegur Tengku FaizulSyah.
'Ada hubby I you selamatlah, perempuan. Huh, kalau kak Tengku pun I boleh ghaibkan dalam sekelip mata. Inikan pula you!' gerutu Che Puan Khalidah penuh rencana.
Kalau bukan kerana kepandaian dia menggoda Tengku FaizulSyah sehingga sanggup mengambilnya madu dan terus merampas segalanya dari arwah Tengku Haslina, sudah pastilah pagi ini dia tak bersama ahli keluarga korporat dan bangsawan ini.
"Fuh..." Perlahan saja dengusan penuh kelegaan yang Tengku Zulfan suarakan.
'Pandai juga minah kampung ni menipu. Taklah baik sangat. Huh!' Sempat lagi mengata di dalam hati. Terpaksa bangun dan berpura-pura menarik kerusi untuk sang ratu hati kononnya itu. Depan ayahanda kan? Haruslah!
​Setelah dirinya dan Kirana duduk. Skrin telefon pintar milik Tengku Zulfan di sebelah cangkir menyala. Satu notifikasi mesej WhatsApp masuk.
​Sharifah Edreena ...
"Good morning my prince... I baru bangun. I layover kat London ni. Rindu nak peluk you. Mesti you tensen kan mengadap muka budak kampung tu pagi ni? Be strong babe, I love you!"
​Serta-merta, garisan tegang di bibir Tengku Zulfan terhurai. Senyuman manis yang tidak pernah dilihat oleh Kirana seharian, kini jelas terukir di bibirnya. Jemari Zulfan pantas menaip balasan dengan penuh rasa kasih...
"Morning bidadari I... I rindu you sangat-sangat. Tak sabar tunggu you balik lusa. Kat rumah ni, memang memualkan tapi I tahan demi Nda. Take care kat sana ya, sayang. I love you more."
​Kirana tidak sengaja melirik ke arah skrin yang terang itu. Walaupun tidak sempat membaca keseluruhan teks, nama Sharifah Edreena bersama lambang hati merah itu jelas terpampang di mata Kirana.
​Pedih. Rasa tidak dihargai menusuk tangkai hati namun Kirana hanya menundukkan kepala rapat-rapat. Dia sedar di mana tempatnya di dalam hati lelaki itu.
​"Ehem!" Che Puan Khalidah berdehem keras, sengaja mematikan suasana mesra di meja makan.
​"Abang... kejap lagi I nak bawa Kirana keluar beli baju-baju baru. Hadiah perkahwinan," ujar Che Puan Khalidah dengan nada konon-konon bahagia menerima menantu walhal di cepu kepalanya pelbagai plan menyingkir telah tercipta.
'Mahu I tak risau. Di buatnya yang depan I ni kojol. Ada pula harta nak diserahkan pada menantu. Mana boleh. Sepatutnya semua ini untuk I dan keturunan I saja. I mesti buat si pramugari bimbo tu jadi wife Zulfan. Tak kira madu ke tak. Dia je umpan I paling bagus!'
​Tengku FaizulSyah mengangguk bersetuju.
"Baguslah tu, Khalidah. Bawa Kirana pilih apa saja yang dia suka. Guna kad abang."
​Namun di sebalik senyuman Che Puan Khalidah, ada duri yang sedang menanti. Sebaik sahaja Tengku FaizulSyah dan Tengku Zulfan melangkah keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk ke pejabat, raut wajah Che Puan Khalidah bertukar kelat dan penuh benci.​Dia mendekati Kirana yang sedang memegang dulang kosong.
​"Jangan seronok sangat, ya. Nda kesayangan you tu tak selalu di rumah, ya. Ingat sikit siapa you tu. I dah bantu keluarga papa kedana you pun dah cukup baik, tau. So, jangan nak berlebih pula," bisik Che Puan Khalidah keras di cuping telinga Kirana.
"Kejap lagi kat mall, you jangan memandai nak pilih baju mahal-mahal. You tu cuma sampah yang ditumpangkan kat sini. Jangan nak berlagak macam tuan rumah!" tokok Che Puan Khalidah lagi.
Hujung jari telunjuk yang tolak-tolak dada itu dikesat guna tisu depan-depan, Kirana. Lambang betapa jijiknya dia dalam mahligai itu.
Mastura tersengih. Hanya Rania menjeruk rasa. Mungkin semalam ketika dikampung, dia juga ada rasa jijik namun tatkala tak sengaja mencuri dengar perbualan Kirana dengan rakannya, hatinya tersentuh.
"Kesian pula..." Rania tanpa sengaja terluah.
"What did you say?" Mastura yang mendengar terus bersuara.
"Apa? I tak bercakap apa-apa pun," dalih Rania. Mastura pula berkerut dahi.
Berbalik semula pada kembang desa itu. ​Kirana sedaya-upaya menahan tangisnya itu dari berlagu.
"Baik, Che Puan..."
​"Ingat Kirana... di rumah ni, you cuma hamba!" herdik Che Puan Khalidah sebelum berlalu pergi bersama gelak tawa Mastura yang puas hati melihat penderitaan gadis desa itu.

.
.
.
i

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience