BAB 1

Drama Series 2821

Titis-titis gerimis menjadi muzik pengiring lagu duka di dalam rumah papan yang serba daif itu.
Haruman bunga rampai langsung tidak mampu memadamkan suasana tegang yang mencekik dada sang pengantin.
​Kirana duduk bersimpuh. Wajahnya mendung namun tetap ayu berkurung putih polos tanpa sebarang sulaman mewah.
Jemari tanpa inainya yang menggigil cuba disorokkan di sebalik selendang putih jernih namun gelora di dadanya terlalu kuat untuk disembunyikan.
​Di hadapannya, si pengantin lelaki telah pun duduk secara bersila di atas bantal bertikar mengkuang.
Segak dengan persalinan suit melayu putih bersamping songket biarpun raut wajahnya tak ubah bak patung ais. Beku dan dingin.
Tiada berseri. Tatapannya lurus ke dinding. Terlalu jelas menayang riak jijik dan bencinya.
​Che Puan Khalidah sang 'ratu hati' pada tiga figura itu pula, duduk di kerusi. Bersilang panggung tanpa memikirkan apa pandangan para jemputan. Mereka semua duduk di lantai, dia sahaja gah di bangku.
Dalam dia tersenyum simpul kala ada yang merenung. Che Puan Khalidah mengintari sekeliling dengan pelbagai riak wajah seolah tempat itu dipenuhi najis.
​"Rania, jangan touch apa-apa. Berhabuk. Nanti gatal pulak kulit kau tu," bisik Mastura perlahan sambil mengibas-ngibas lehernya dengan kipas tangan mewah.
​"Ugh, I tau. Tisu mana? Panas nak mati tempat ni... bau hanyirlah you... kampung apa ni? Euw..." balas Rania dengan nada kuat. Dia memang sengaja mahu yang ada di situ, mendengar.
​Che Puan Khalidah hanya tersenyum sinis. Dia tak menegur kerana dia juga menikmati setiap penghinaan halus itu.
​"Tengku Zulfan bin Tengku FaizulSyah.." Suara garau tok kadi akhirnya memecah keheningan.
​Tengku Zulfan membetulkan duduknya dengan malas. Jemarinya disambut oleh tok kadi. Tiada setitik pun citra keterujaan pada kanvas wajahnya.
Yang terlukis hanya warna-warna keangkuhan seorang lelaki berdarah raja yang terpaksa 'merendahkan diri' berada di bawah bumbung rumah miskin demi satu percaturan.
​"Aku nikahkan akan dikau dengan Kirana binti Ahmad, bersama mas kawinnya tiga ratus ringgit tunai..."
​Kirana memejamkan mata rapat-rapat. Bulir-bulir bening akhirnya menitis dan membasahi pipinya. Betapa murahnya harga sebuah pengorbanan.
​"Aku terima nikahnya Kirana binti Ahmad dengan mas kawinnya tiga ratus ringgit tunai," lafaz Tengku Zulfan.
​Satu lafaz sarat dengan kedinginan. ​"Sah?" soal tok kadi.
​"Sah. Alhamdulillah..." sahut saksi-saksi serentak. ​Doa dibacakan. ​Selesai doa, Tengku Zulfan bangkit dengan hati yang berat.
Tanpa sebarang senyuman, dia menghampiri Kirana untuk upacara membatalkan wudhu.
Sebaik sahaja anak mata mereka bertemu, Kirana tersentak.
Pandangan anak raja itu bukan saja sedingin salju tetapi sarat dengan lahar dendam dan rasa meluat yang amat sangat.
Ketika Tengku Zulfan menghulurkan jaluran jemarinya dengan riak wajah ketat. Kirana menyambut huluran lalu, mengucup kekuranya. Kulit lelaki itu sejuk bagai mayat.
Seusai Tengku Zulfan meletakkan tapak tangannya ke ubun-ubun. Secara terang-terangan dia mengeluarkan sehelai sapu tangan sutera dari poket baju melayu.
'Disgust...' gumamnya bersama smirk. Semakin kuat Kirana menggigit pinggir bibir. Semakin tak terdaya menahan empangan airmata yang mahu pecah itu.
​Tengku ​Zulfan kemudian mendekatkan bibirnya tepat di cuping telinga Kirana.
​"Huh, so now you legally become Mrs Tengku! Zulfan," bisikan itu setajam sembilu. Pedih mengilukan.
"Again ya I remind you. Jangan pernah berangan nak merasa syurga when your feet touch my 'home'..."
​Sebelum sempat Kirana bernafas mencerna kesakitan itu. Tengku Zulfan sudah pun melangkah keluar dari rumah papan itu tanpa sedikit pun berpaling.
Setibanya di bawah laman. Dia mendekati kenderaan mewahnya dan terus membolosi ke dalamnya.
​Di tepi pintu, Che Puan Khalidah melangkah menghampiri Kirana yang masih terngadah. Wanita berstatus dan anggun itu langsung mengukirkan senyuman yang cukup beracun buat Kirana.
​"Syabas, Kirana. Tugas pertama dah selesai..." tutur Che Puan Khalidah cukup murni untuk didengari oleh jiran-jiran kampung.
"Cepat kemaskan barang-barang sekarang. Bawa apa yang patut saja. Baju-baju lusuh tu tak payahlah bawa, I think. Menyemak! Malam ni juga kena ikut we all balik. Tahukan tempat wife di sisi husbandnya?" Pedih.
​Kirana menunduk sambil menahan gelora sebak yang hampir pecah di dadanya.
"Baik, Che Puan... saya kemas barang saya dulu."
​"Eh, panggil Che Puan pulak? Panggillah bonda..." tegur Che Puan Khalidah dengan nada bersahaja, sebelum membongkok sedikit dan berbisik keras tepat di muka Kirana.
"Tapi ingat... panggilan itu cuma 'berkuatkuasa' bila ada orang luar saja not in 'our' house. Dah tu, cepat sikit. Zulfan tak suka bau kampung melekat lama-lama pada kereta dia."
Di ruang tamu yang mula lengang itu, Kirana kaku bersendirian. Dinding-dinding menjadi saksi bisu kepada maruah seorang gadis yang baru sahaja dilumatkan tanpa kasihan.
​Dengan langkah yang longlai dan jemari yang masih terketar-ketar, Kirana bangkit lalu berjalan ke bilik tidurnya yang kecil. Hanya dipisahkan oleh langsir kain lusuh yang kusam.
Di dalam bilik itu, ibu dan ayahnya sedang duduk menanti dengan derita yang terlukis jelas di raut wajah masing-masing.
​"Rana..." Suara Pak Ahmad, bergetar hebat. Lelaki tua yang dimakan usia dan penyakit itu memandang anak gadisnya dengan mata yang bertakung air.
​"Maafkan ayah, nak... maafkan ayah sebab terpaksa gadaikan hidup Rana," luah Pak Ahmad penuh penyesalan.
​Kirana melutut di hadapan ayah lalu mengucup rapat jemari tua itu. Air mata yang ditahannya sejak tadi akhirnya meleleh jua...
​"Tak apa, ayah. Rana reda. Rana buat semua ni demi ayah dan ibu," suaranya serak ditelan sebak.
"Hutang ayah dah langsai, kan? Itu dah cukup buat Rana..."
Mak Salmah memeluk tubuh anaknya itu dari tepi. Pelukan hangat seorang ibu yang penuh dengan rasa bersalah.
"Ibu tahu, hati Rana terluka. Ibu nampak cara mereka layan Rana tadi. Ibu minta maaf sebab tak mampu lindungi anak ibu..."
​"Ibu... jangan cakap macam tu," balas Kirana seraya menyapu air mata ibunya. Dia cuba mengukir senyuman biarpun hatinya bagai dilapah-lapah.
"Rana janji, Rana akan jaga diri baik-baik di sana nanti. Ibu dengan ayah tolong doakan keselamatan Rana, ya?"
​"Cepat sikit! Ingat kami ni tak ada kerja lain nak buat selain tunggu you?!" ​Satu pekikan lantang dari ruang tamu memecah suasana sayu itu.
Suara Mastura yang penuh dengan ketidaksabaran menggegar dinding papan yang uzur itu.
​Kirana menarik nafas panjang, menyedut sisa ketabahan yang masih ada dalam dirinya. Dia mengemas beg pakaian kecil berisi beberapa helai baju yang paling elok yang dia ada. Tiada pakaian mewah mahupun barang kemas cuma kain baju biasa dan sepasang sejadah buruk.
​Selesai bersalaman dan mencium dahi kedua orang tuanya buat kali terakhir. Kirana melangkah keluar ke laman rumah. Gerimis masih turun membasahi bumi.
​Di luar, kereta sedan mewah jenama Jerman milik keluarga Tengku Zulfan menjalar megah di atas tanah merah yang lecah.
Che Puan Khalidah, Rania dan Mastura sudah selamat berada di dalam perut kenderaan yang sejuk berhawa dingin itu.
​Kirana memegang pemegang pintu belakang kereta namun sebelum sempat dia memulasnya, cermin tingkap diturunkan sedikit.
​"Eh, wait! Wait! You nak duduk mana tu?" tegur Rania dari dalam, menayang muka meluat.
"Baju pun basah nanti kotorlah kerusi kulit ni. Your seat there. Go and duduk kat depan, sebelah pemandu!"
​Tingkap kembali dinaikkan rapat. Kirana menggetip bibir. Dia menelan air liurnya yang terasa pahit sebelum melangkah ke bahagian pintu hadapan. Apabila pintu dibuka, pandangan mata Tengku Zulfan yang sedang berada di kerusi pemandu terus menancap tepat ke mukanya.
​"Faster put your ugly bag inside back boot!" Tengku Zulfan, memerintah.
"Hey, listen here. Don't you even dare to drop even a piece of your disgusting tear inside our luxurious car! Jika tak mahu we all campak you kat jalan raya. Faham?"
​"Faham, Tengku..." balas Kirana perlahan.
​"Tengku?" desis Tengku Zulfan spontan dia menyengetkan bibirnya, mengukir senyuman yang cukup sinis dan menyakitkan.
"Let me remind you again! You jangan sesekali berangan nak dipanggil Tengku Puan nor Che Puan. You tu cuma hamba yang dibeli. Masuk cepat, jangan semakkan mata I!"
​Kirana menutup pintu dengan perlahan setelah masuk dan duduk di kerusi penumpang hadapan. Bau wangi kereta mewah itu begitu kuat namun ia terasa seperti racun yang mencekik nafasnya.
Kereta itu mula bergerak perlahan meninggalkan kawasan kampung, menyusuri kegelapan malam menuju ke Kuala Lumpur.
​Di dalam cermin sisi, Kirana sempat melirik bayangan rumah papannya yang kian jauh dan menghilang.
Rumah tempat dia membesar dengan kasih sayang kini, ditinggalkan untuk menuju ke sebuah takdir baharu yang sudah diisytiharkan sebagai 'neraka'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience