Rate

BAB 1

Romance Completed 2086

Kelihatan kak ain melangkah riang masuk ke dalam rumah setelah berjumpa tunangnya abang fattah, dia jarang seperti itu, selalunya dia akan menangis ataupun akan mengomel sendirian kerana marahkan abang fattah, ada sahaja yang tidak kena.

Semenjak mereka bertunang lima bulan lalu pelbagai rintangan yang mereka hadapi.

Ada sekali kakak menangis dan meminta papa dan mama memutuskan pertunangan mereka kerana fattah dikatakan mempunyai perempuan lain dibelakangnya.

Seorang perempuan yang tidak dikenalinya datang kepadanya dan marah-marah mengatakan fattah adalah haknya dan meminta kak ain melepaskan abang fattah kerana perempuan itu telah mengandung,

Kak ain tanpa berfikir panjang menyerang fattah di pejabatnya dan meminta memutuskan hubungan mereka, berjam-jam abang fattah menunggu di luar rumah untuk berjumpa kakak tetapi kak ain tetap keras hati tidak mahu bersua muka dengan dia.

Puas dipujuk oleh papa dan mama tetapi sikap kak ain tetap sama hatinya sekeras batu, tetapi abang fattah tetap sabar, tetapi kali ini lain, tidak seperti itu.

Hari ini kak ain kelihatan ceria tiada rungutan, hanya siulan lagu shae, sayang yang bermain di bibir kakak sekarang, kenapa?

Apa yang berlaku? Tanya hati kecil aku. Mama dan papa berpandangan sambil berbalas senyuman.

“orang darah manis memang begitu, sekejap baik, sekejap bergaduh,” bisik papa tetapi dapat di dengar dengan jelas.

Mama hanya tersenyum tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya yang sudah dua puluh lima tahun menikahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience