Rate

BAB 3

Romance Completed 2086

Malah mahu menyediakan semua masakan kesukaan kami sekeluarga, berulang kali mama menegah, jangan membazir tetapi tidak di endah oleh kak ain, dia tetap juga mahu mamasak.

“hari ini hari yang istimewa, mama dan adik duduk sahaja di ruang tamu, biar kakak yang masak.” Muka kak ain bertambah ceria, seceria sang suria di waktu pagi. Mama hanya menggelengkan kepala. Apa yang terjadi pada kak ain?.

Papa amat marah pada kak ain apabila melihat begitu banyak lauk yang dihidangkan di atas meja, semuanya nampak sedap.

Kami sekeluarga terkejut dengan sikap kak ain pada malam ini.

“siapa yang nak habiskan semua lauk ini,”. Mama hanya mampu mengelengkan kepala, jarang sekali kami dapat melihat kak ain ke dapur dengan rela hati.s

Elalunya apabila sudah dileter barulah dia datang menolong, tetapi tidak pada hari ini, mama sudah menyuruh kak ain untuk jangan membazir tetapi kak ain tidak mengendahkan kata-kata mama.

Seperti biasa kak ain hanya tersenyum manis memandang papa dan mama.

Sedang papa dan mama mahu mengambil tempat di meja makan untuk makan malam, tiba-tiba pintu rumah mereka di ketuk daripada luar.

Suara itu amat di kenali oleh kami, kak ain berlari anak untuk membuka pintu, nampaknya orang yang ditunggu kak ain sudah tiba.

Kini fahamlah kami yang kak ain ada mengajak abang fattah sekeluarga datang kerumah pada malam itu yang jelas semua persiapan sudahpun di siapkan oleh kak ain, jadi mama tidak perlu menyiapkan apa-apa lagi.

“langkah kanan nampaknya,” encik pyan bersuara, memecah sunyi dan semua pun ketawa serentak.

Kak ain tidak putus tersenyum melihat kedua keluarga ini bertemu semula selepas majlis pertunangan berlangsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience