Rate

BAB 4

Romance Completed 2086

“ marilah makan dulu, sejuk pula lauk nanti,” pelawa mama kepada keluarga abang fattah.

Pelbagai persoalan bermain difikaran papa dan mama, apakah hajat mereka datang ke rumah ini secara tiba-tiba?, apa yang sedang di rancangkan kak ain.

Sudah setengah jam mereka berbual, kini baru encik pyan memberi tahu kedatangan mereka ke rumah itu.

“begini, encik kaer. Kami datang sekeluarga ini ada hajat besar yang mahu di sampaikan bagi pihak anak kami fattah ini.” Ucapan itu yang sedang di tunggu-tinggu oleh papa dan mama sejak mereka mula-mula menjejakkan kaki kerumah itu tadi,

“kenapa encik pyan, ada masalah ke?” Terketar suara papa kedengaran.

“bukan begitu, kami sudah berbincang untuk mempercepatkan majlis pernikahan mereka ini, maklumlah pelbagai masalah akan timbul jika kita melambatkan majlis ini.” Terang encik pyan panjang lebar.

Kini fahamlah papa dan mama akan kedatangan mereka sekeluarga. Papa dan mama tiada bantahan, melihat daripada riak kak ain yang sejak petang tadi asyik mengukir senyuman cukup memberitahu kepada papa yang anaknya itu, sudah maklum dan setuju dengan cadangan itu.

Papa hanya akur dan bersyukur kepada tuhan akhirnya doa yang tidak putus- putus kepada penciptanya di makbulkan.

Tiada lagi air mata dan keluhan daripada kak ain melainkan kegembiraan yang terpancar melalui senyumannya yang tidak lekang dari bibir munggil itu.

Kereta perdana yang dipandu laju oleh fattah sampai ke destinasi yang di tuju, ain yang duduk di kerusi sebelah hanya melihat sekeliling.

“kita nak ke mana?,” fikirannya penuh dengan soalan.

“awak akan tahu sekejap lagi.” Fattah hanya menganggkat keningnya bangga. Ain hanya menjeling manja kearah fattah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience