Rate

BAB 5

Romance Completed 2086

Ain melihat sekeliling sebuah kafe yang tidak pernah di kunjungi sebelum ini, kelihatan dua orang pelayan sedang menunggu kedatangan mereka sejak tadi tersenyum menyambut kedatangan mereka.

”Selamat datang.” Sambil tangan di letakkan di dada tanda hormat.

Ain hanya mengangguk sambil senyum, fattah di sebelahnya hanya memerhati riak ain sebaik sahaja memasuki kafe itu.

Kelihatan perempuan yang menyerangnya tempoh hari sedang asyik melayan seorang lelaki yang tidak dikenali penuh mesra.

Ain kini faham mengapa dia di bawa ke situ, fattah ingin menjernihkan keadaan yang keruh, dia tidak mahu kehilangan ain.

Tangan ain ditarik oleh fattah terus ke meja bersebelahan wanita itu, wanita yang asyik ketawa itu terus terdiam apabila melihat ain dan fattah sedang asyik memandang kelakuannya daripada tadi.

Wanita itu terus beredar dari situ dalam keadaan marah bersama lelaki yang tidak di kenali itu. Ain hanya tertunduk malu. Malu dengan diri sendiri kerana terlalu mengikutkan perasaan marahnya.

Fattah faham akan situasi itu terus mencari akal supaya ain ceria semula, lagu sayang nyayian shae tiba-tiba berkumandang didalam kafe itu fattah terus manarik tangan ain untuk menari, air mata yang ingin mengalir cepat-cepat diseka.

“maafkan ain abang,” sayup suara ain menahan sebak.

“abang maafkan dengan satu syarat, kita kahwin cepat.” Fattah terus dengan rancangannya untuk melamar ain di dalam kafe itu dengan bantuan pekerja kafe di situ.

Sejambak bunga yang besar di serahkan kepada ain dan sebentuk cincin di dalam kotak baldu merah di serahkan kepada ain. Wajah ain berubah tiba-tiba, satu senyuman yang cukup manis di berikan kepada fattah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience