BAB 5

Romance Completed 6482

Syazmi kelam kabut sebaik sahaja tiba di Sunway Pyramid. Dia terlewat hampir 15 minit, gara-gara memujuk Azrul. Mujur Hani telah menyelamatkan keadaan.

“Azrul nak ikut abah?” Azrul merengek seolah minta simpati.

“Tak boleh, Azrul ikut Auntie Hani yek.” Syaz cuba memujuk.

“Tak mahu, Azrul tak kenal Auntie Hani.” Itulah kali pertama Azrul dan Hani bersua.

“Jangan takut, Auntie kan kawan abah. Auntie belanja Azrul makan Mc Donald.”

Azrul mengangguk tanda setuju dengan tawaran Hani. Syazmi sempat mengenyit mata ke arah Hani sebagai tanda terima kasih. Hani tersenyum tanda dia berjaya menawan hati Azrul.

“Good boy. Nanti bila abah dah settle, abah call Auntie. Lepas tu kita jalan-jalan” Syazmi cuba memujuk Azrul. Azrul sekadar mengangguk.

“Azrul lapar, tadi Auntie Hani cakap nak belanja Mc Donald”

Tangan Hani ditarik oleh Azrul, mereka berjalan beriringan. Kecerian menghiasi wajah Azrul yang baru berusia 7tahun yang kini selamat dibawah penjagaan Syazmi atas gara-gara kesilapan yang dicipta oleh bekas isteri.

“Kenapa ni?. Azrul tak suka keluar dengan Auntie Hani ker?”

Azrul menggelengkan kepala.

“Habis tu kenapa?”

Azrul masih diam. Baru sebentar tadi dia ceria dan kali ini emosi Azrul kembali seperti tadi, seolah wanita yang datang bulan, ada masa ok dan da masa tidak

“Pening betul melayan karenah si Azrul. Mujur Emier dibawah jagaan ibunya dikampung.” Bisik hati Hani.

“Habis tu kenapa tidak makan?” sekadar memancing perasaan Azrul.

“Kenapa Azrul tak da mama?”

Adui, kes berat. Apa perlu di jelaskan pada sikecil yang baru mengenal soal kehidupan.

“Kenapa Auntie diam?” Azrul memandang Hani yang kebingungan.

Hani hanya senyum. Itu yang mampu dilakukan ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience