BAB 6

Romance Completed 6482

“Auntie ada anak?” Azrul soal lagi.

“Ada, seorang saja. Baru 2 tahun. Nama dia Emier”

“Boleh Azrul jumpa Emier. Azrul nak berkawan dengan Emier”

“Boleh jer, nanti Auntie bawa Azrul bawa jumpa Emier”

“Terima kasih Auntie. Nanti Azrul nak bagitau abah pasal Emier”

Kecerian berbunga pada riak wajah Azrul sebaik Hani setuju membawa Azrul berjumpa permatanya. Akhirnya hati sikecil berjaya ditawan. Tiba-tiba dia teringat Emier dikampung. Rindu.

“Kalau Azrul panggil Auntie Hani dengan panggilan Mama Hani. Boleh tak?”

Hani tergaman. Bukan dia tidak setuju dengan permintaan sikecil. Besar betul penghargaan Azrul terhadap dirinya.

“Boleh sayang.” Jawab Hani sambil mengusap kepala Azrul.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Thank Mama Hani, sebab bagi Azrul jumpa dengan Emier.”

Azrul duduk bersebelahan dengan Hani, dibawah pokok yang rendang.

“Azrul suka dengan adik Emier ker?”

“Mesti ler, Azrul mana ada adik.”

“Emier pun tak da abang macam Azrul”

Hani sekadar menduga Azrul yang sedang menikmati makanan.

“Azrul dan Emier, sama saja, yang beza Azrul ada abah dan Emier ada Mama Hani. Kan bagus kalau Emier jadi adik Azrul.”

“Azrul masih boleh anggap Emier macam adik sendiri. Itu kalau Azrul mahu.” Hani sekadar memberi cadangan.

Azrul memandang wajah Hani, apakah benar yang diucapkan oleh Hani akan menjadi kenyataan. Hani tahu, Azrul amat menyayangi Emier. Sinar mata Azrul, terbit kasih sayang yang tulus dan benar-beanr ikhlas terhadap Emier.

“Azrul, jom kita main sama-sama. Tak kan nak biar abah main dengan Emier jer” Teriak Syazmi yang seronok bermain dengan Emier.

“Azrul nak makan dulu, kejap lagi Azrul datang”

“Cepat, nanti adik Emier merajuk. Nanti dia tak mahu kawan dengan Azrul.” Syazmi cuba mengumpan Azrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience