BAB 3

Romance Completed 6482

Ting..pintu lif terbuka. Hani dan Syazmi melangkah masuk ke dalam perut lif. Syazmi lihat riak wajah muka Hani, masam mencuka. Hani rela berdiam diri dari bersuara. Dia tidak mahu dirinya menjadi bahan usikkan Syazmi.

Berita gembira yang ingin dikhabarkan pada Syazmi terpaksa dikuburkan didalam hati. Kini timbul rasa kasihan dihati Syazmi kerna mengusik Hani.

“Hani marah Syaz ker?” Syazmi bersuara sebaik mereka tiba di parking kereta.

Sepi, tiada sebarang jawapan dari Hani. Syazmi buntu, lalu dia memilih untuk berdiam diri. Hanya suara DJ yang berkumandang dari radio mengiringi angan-angan mereka. Syazmi memilih untuk meneruskan pemanduannya tanpa menganggu Hani yang masih berdiam diri seperti awal mereka memasuki kereta. Dia perlu hantar Hani pulang ke rumah dengan selamat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Suara yang cukup dikenali sebaik Hani menjawab panggilan ke telefon bimbitnya. Berat hatinya untuk menjawab panggilan tersebut. Sudah beribu panggilan dan juga mesej yang dia terima. Satu pun tidak dibalas. Kali ini Hani terpaksa menjawab, agar Fairuz dapat menerima kenyataan.

“Hani, Fairuz minta maaf. Kita rujuk”. Pujuk Fairuz dihujung talian.

“Sorry, tak mungkin Fairuz. Dah banyak peluang yang Hani berikan. Semuanya sia-sia saja”

“Tapi bagi Fairuz peluang kedua”

Fairuz merayu.

“Dah banyak peluang Hani berikan sewaktu kita bersama. Tapi Fairuz gagal laksanakan. Inilah keputusan Hani”

“Fairuz janji akan jadi yang terbaik, sebaik Hani terima Fairuz semula”

“Tak mungkin Fairuz, Hani tidak mahu perkara dulu terjadi lagi. Hani dah tak larat. Biarkan Hani sendirian. Sekarang Hani cukup bahagia”

“Tolong Hani, Fairuz janji. Fairuz tidak akan pukul Hani.Fairuz masih sayangkan Hani dengan Emier.”

“Dah tak da perasaan sayang dalam hati Hani terhadap Fairuz. Maaf” Itu yang mampu dilontarkan. Kasih sayang Hani lenyap semenjak Fairuz sikap, ketika dia baru lepas bersalin Emier.

“Jangan macam itu Hani, kita masih ada peluang untuk memperbaiki hubugan kita”

“Maaf. Hani tak kan berpatah balik dengan keputusan yang Hani buat.”

“Hani tidak kesian pada Fairuz ker?”

“Seharusnya Fairuz yang kesiankan diri Hani dan juga Emier”

“Sebab tu Fairuz nak kita rujuk semula”

“Tak mungkin Fairuz, Hani benar-benar bahagia sekarang. Hani tidak mahu sakiti hati emak dan ayah lagi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience