BAB 4

Romance Completed 6482

“Fairuz rela jumpa dengan emak dan ayah Hani untuk memohon maaf.” Rayu Fairuz.

“Hani tak akan kembali, walaupun emak dan ayah relakan permintaan Fairuz.” Hani degil dengan keputusannya. Keputusan itu membuat dia menangis seketika. Hidup perlu diteruskan.

“Kesian pada Emier” Fairuz cuba menjadikan Emier sebagai umpan.

Hani tidak mahu Emier dijadikan umpan untuk mencairkan hatinya yang kini telah beku.

“Hani ada urusan yang perlu disiapkan. Hani tidak dapat cakap lama”

Hani sengaja memberi alasan. Dia tidak sanggup untuk bersoal jawab dengan bekas suaminya. Dia tidak mahu mengingati segala kenangan antara dirinya dengan bekas suaminya.

“Ok, Fairuz minta maaf” Terdengar nada kesedihan pada suara Fairuz.

“Assalammualaikum..”

Hani memutuskan talian tanpa menunggu Fairuz menjawab salam. Dia bukan untuk menjadi kurang ajar terhadap bekas suaminya, tapi dia benar-benar tertekan dengan apa yang dia alami. Baginya, itu yang terbaik bagi dirinya pada waktu ini. Biar Fairuz rasai apa yang selama ini dia rasai. Tidak mungkin di berpaling ke Fairuz, setelah banyak peluang yang diberikan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Hani, sorry lambat sampai.” Syazmi mohon maaf, sebaik Hani memasuki kereta.

“Tak pe”

Hani melabuhkan diri sebelah Syazmi. Ditempat duduk belakang kelihatan seorang kanak-kanak comel, yang menjadi perhatiannya. Hani cuba melemparkan senyuman ke arah kanak-kanak tersebut, tetapi wajah sikecil itu muram.

“Azrul, my son” Syaz memperkenal Azrul.

“Kenapa dia macam bad mood.”

“Mood dia tak berapa baik” jawab Syazmi yang sedang memandu.

“Kenapa dengan dia?” Hani cuba bertanya.

“Entah ler, biarkan saja. Nanti dia ok ler tu”

“Kita nak kemana?” Hani sengaja mengubah topik perbualan.

“Sunway Pyramid. Jumpa bisnes partner”

“Ok, kalau macam tu, Syaz jumpa bisnes partner dan Hani bawa Azrul jalan-jalan.” Hani memberi cadangan. Lagipun dia cukup malas berhadapan dengan tentang bisnes yang bukan menjadi minatnya.

“Thank Hani.”

“Small matter. Kita kena tolong each other.”

Wajah Azrul mencuka. Dia hanya membatu, perbualan Hani dengan Syazmi tidak menarik perhatiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience