Rate

BAB 3

Romance Series 1607

Selama Membaca....
. .
.

"Bintang kalau tidak bercahaya gelapkan.?" Dhiya menatap langit gelap yang dipenuhi cahaya bintang tersebut.

"Mestilah.."Balas Najmi, dia juga turut menikmati pemandangan indah sang pencipta.

"Sebab itu aku suka duduk dengan kau. Cahaya akan sentiasa menemani bintang supaya sentiasa bersinar." Kata Dhiya persis orang sudah matang padahal baru berusia 8 tahun.

"Dhiya.. Kau ni kan kita dah berjanji kita akan tetap bersama selamanya. Kita kawan sampai ke syurga. Kita akan sentiasa menemani antara satu sama lain." Kata Najmi serius.

"Betul kau janji akan ada bersama aku selalu?"

"Ya.. Selama-lamanya walaupun kita terpisah jauh. Aku tetap akan cari kau."

"Aku pun sama." Suara budak lelaki yang terlewat akan perbualan mereka termengah-mengah menghampiri Dhiya dan Najmi.

"Lambatlah kau ni." Marah Dhiya.

"Sakit perut tadi.. Hehe." Balas budak lelaki itu sambil tayang dua batang gigi arnabnya.

Janji? Adakah ianya akan dikotakan? Sama ada aku atau dia yang patut bertindak? Ya. Mungkin dia yang patut bertindak kerana aku tiada lagi kekuatan untuk mencarinya. Kerana aku tiada sesiapa untuk dikasihi. Kerana aku hilang semuanya. Kerana aku Dhiya, bukan persis anak kecil yang periang seperti dulu.

"Mak.. Abah.. Dhiya rindukan.." Dhiya duduk termangu di hujung dinding sambil memeluk tubuh. Air matanya mengalir deras di pipi.

????????

"Kenapa call tak angkat ni?" Aku cuba menelefon Ibu tapi masih tidak di angkat. Sudah hampir empat kali aku menghubungi Ibu. Kenapa di saat aku memerlukan Ibu, Ibu tiada pula.

Air mata aku yang bergenang mula mengalir. "Ahh.." Aku cuba menahan tangisan kerana aku sedang memandu laju. Tidak pasal kerana tangisan aku di timpa kemalangan. Ya Allah! Minta di jauhkan.

Tetapi apabila aku mendengar kata-kata yang tidak aku jangka membuatkan hati aku sungguh tidak tenteram. 'Ibu, Aryl perlukan ibu di waktu begini. Kemana Ibu pergi.' Guman hatiku.

"Ahh lupakan dulu. Aku mahu segera ke kampung." Pedal minyak aku tekan abis.

Sesampai sahaja di kampung. Kenderaan yang di pandu aku memasuki satu lorong yang agak kecil. Jantung aku semakin berdebar laju apabila aku semakin sampai di kawasan tersebut.

Apabila tempat itu telah kelihatan. Aku memarking kereta. Aku turun dari kereta. Mata aku tidak lekang memandang kawasan tersebut. Aku tarik nafas dalam-dalam lalu lafaz salam aku sampaikan pada penghuni-penghuni di kawasan tersebut.

Aku melangkah perlahan. Di minda ku tergiang kembali kata-kata Aidan semalam.

"Mi, Kalau aku kata keluarga Dhiya dah tak ada. Kau akan balik kuala lumpur?" Tiba-tiba Aidan berkata serius.

"Apa maksud kau? Jangan Aidan. Ini soal hidup dan mati jangan di buat main-main." Soalku pelik. Aidan tertunduk.

"Arhuhu.."

Terdengar suara isakan? Mata aku yang masih menatap gambar kecil Aidan bersama aku dan Dhiya tiada lagi menjadi tumpuan. Aku menoleh memandang Aidan. Aidan menangis? Tangisannya sangat pilu dan membuatkan aku tidak senang.

"Aku minta maaf Mi.. Aku minta maaf.." Aidan memulakan bicara.

"Aidan kau kenapa ni?" Aku semakin gusar.

"Selama ini aku ambik tahun pasal Dhiya. Aku ambik tahu pasal keluarga Dhiya. Tapi aku tak pernah bagitahu kau. Sehinggalah keluarga Dhiya terlibat dari kemalangan pun aku tak cerita dengan kau.." Kedua tangannya sudah menyentuh dahi menunjukkan Aidan mulai tertekan.

"Aidan kenapa kau buat aku macam ini. Kau tahu selama ini aku cari Dhiya. Kenapa kau rahsiakan semua ni?" Kataku dengan nada separa tinggi.

"Sebab aku mahukan Dhiya. Aku cemburu kau dengan Dhiya. Dhiya asyik nampak kau tapi aku tidak." Tempik Aidan.

Aku terkaku. Luahan Aidan sangat membuatkan hati aku sakit. Aku mengeluh keras. Aku tidak mahu soal hati di bangkitkan dan membuatkan aku dan Aidan bertambah membenci antara satu sama lain.

"Aku minta maaf Aidan. Aku faham perasaan kau. Tapi aku tak nak bergaduh dengan kau. Kita bersaudara Aidan." Tuturku perlahan. Tiada nada marah.

Aidan terkesima. Dia mengeleng kepala lalu tersengih sinis kepada aku.

"Aku tak percaya masih ada lelaki macam kau Najmi. Penyabar dan kerana kita bersaudara kau sanggup minta maaf walaupun itu bukan salah kau. Najmi kau sedar tak apa yang aku buat dekat kau? Aku tak layak jadi sahabat kau. Aku khianati sahabat aku sendiri."

"Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui. Aidan kau sahabat aku paling istimewa sebab apa? Sebab dalam badan kita mengalirnya darah yang sama. Buat apa aku nak besarkan keadaan. Dalam hal ini aku perlu jadi air untuk redakan api yang membara."

Seketika suasana menjadi sepi. Aidan mengelap air matanya. Tangisannya semakin reda. Aku pula terdiam. Tidak memandang Aidan bukan kerana aku marah tapi aku kecewa. Aku tahu Aidan bukan seteruk yang aku sangka tetapi di sebabkan cintanya. Dia sanggup lakukan apa saja. Aku kagum dan malu dengan diri aku sendiri.

Apabila keadaan mula reda. Aidan turun dari katilnya. Dia bangkit lalu menyentuh bahu aku.

"Aku minta maaf untuk segalanya. Kau memang sahabat terbaik."

"Aku maafkan kau.." Tersenyum aku memandang Aidan.

"Terima Kasih. Aku hargai sangat kata maaf kau.. Aku akan cerita pada kau serba sedikit mengenai Dhiya yang aku tahu.." Balas Aidan.

Kini, aku merenung lama nama yang tertera pada batu nisan tersebut. Satu persatu aku baca. Mohamed Qalek bin Jamaluddin dan Nor Dina bte. Saifullah. Aku usap hujung batu nisan milik arwah Encik Qalek. Aku cuba menahan air mata yang sedang bergenang di mataku supaya tidak jatuh.

Aku teringat lagi kata-kata Aidan.

"Kau pernah dengar kemalangan teruk 3 tahun lepas yang pernah berlaku di melaka?" Soal Aidan.

"Aku pernah dengar tapi aku tidak tahulah berpunca di sebabkan apa.." Balas ku tenang.

"Kalau kau nak tahu. Itu antara Kemalangan perit buat orang di sini. Di sebabkan satu kereta yang salah. Hampir ke 10 buah kereta terlibat sama dan salah satu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah milik ibubapa Dhiya."

Aku diam membisu. Aku hilang kosa kata.

Brr! Brr!

Tiba-tiba Telefon aku berdering. Pantas nama yang tertera aku baca. Aku sedikit lega setelah nama Ibu keluar dari paparan telefon. Butang hijau aku tekan.

"Ibu..!"Pantas aku bersuara.

"Astagfirullah, Aryl. Salam tidak apa tidak terus panggil Ibu. Kenapa ni?" Balas Puan Nayla bimbang.

"Assalamualaikum ibu. Kenapa Aryl call ibu tak angkat?" Tanyaku mengenai hal yang membuatkan aku pelik. Ibu tidak pernah lepas telefon dari tangan tapi kali ini sukar pula bagi aku untuk menelefonnya.

"Waalaikumusalam.. Ibu minta maaf Aryl. Ibu tak angkat tadi sebab kawan ibu datang. Memang tak sempat nak tengok telefon. Kenapa Aryl call ni. Dah jumpa dengan Dhiya sekeluarga?" Terang Puan Nayla.

"Ayah ada?" Tanyaku walaupun aku tahu di mana Ayah sekarang. Bukan tadi aku tidak mahu menelefon ayah tapi aku tidak mahu menggangunya. Dia pasti sedang sibuk bekerja. Ibu tidak apa sebab ibu suri rumah sepanjang masa.

"Ayah belum balik kerja lagi. Kan baru pukul 10 pagi. Ayah kat pejabat lagi ni." Balas Puan Nayla pelik.

"Takpe la cuma Aryl nak bagitahu yang Aryl dah jumpa dengan keluarga Dhiya. Encik Qalik dan Puan Dina." Tuturku perlahan.

"Alhamdulillah." Kedengaran ucapan syukur dari ibu. Kalimat syukur Ibu membuatkan hati aku bertambah perik. Kerana Ibu dan Ayah masih belum mengetahui perkara sebenar.

Aku menangis. Batu nisan bernamakan Encik Qalik aku sentuh kuat. Tangisan aku bagaikan hilang kawalan. Banyak kali aku cuba menahan tapi masih gagal.

"Aryl.. Kenapa ni. Kenapa menangis? Ada apa-apa yang berlaku ke? Aryl jawap soalan Ibu ni?" Suara ibu kedengaran bimbang.

"Arhuhu. Ibu.. Aryl tak sempat jumpa Puan Dina dan Encik Qalik sewaktu mereka masih ada. Ibu kenapa semua ini terjadi kepada keluarga Dhiya bu. Kasihan Dhiya.." Aku sudah meratap sayu. Mindaku membayangkan wajah ceria Dhiya berubah sedih.

"Apa maksud kamu ni Aryl. Keluarga Dhiya dah meninggalkan ke?" Tanya Puan Nayla.

"Iya bu. Dah 3 tahun berlalu." Kataku.

"inalilahi wainalilahi rojiun. Allahu Akbar. Ya Allah. Dugaan apakah ni? Bagaimana dengan Dhiya?" Ibu bertanya lagi.

"Aryl tak jumpa lagi. Aryl masih tak tahu Dhiya di mana. Sekarang Aryl berada di kubur Encik Qalik dan Puan Dina. Aryl nak baca yasin buat mereka." Terang aku. Aku lap air mata yang semakin reda.

"Allah.. Ha baiklah. Ibu akan bagitahu Ayah pasal ini. Aryl ibu doakan semoga Aryl tabah mencari Dhiya. Ibu doakan semoga Aryl cepat bertemu Dhiya."

"Baik ibu. Aryl letak telefon dulu.."

Aku mematikan telefon. Aku fikirkan tangisan aku mula reda tapi masih mengalir lagi. Sukar bila kepalaku teringatkan Dhiya.

"Dhiya di mana kau sekarang?" Soalku.

Tanpa membuang masa aku membaca surah Yasin yang telah aku hafal. Aku berdoa semoga arwah Encik Qalik dan Puan Dina sentiasa tenang di sana. Semoga di ampunkan segala dosa dan mendapat tempat di sisi-Nya. Aamiin.

Seusai menghadiahkan bacaan yasin buat arwah Encik Qalik dan Puan Dina. Aku bergegas ke rumah Dhiya.

Sampai sahaja, aku melihat rumah yang pernah diduduki Dhiya masa ketika dulu sudah di penuhi tumbuh-tumbuhan hidup di sekelilingnya. Cukup untuk 3 tahun rumah tersebut boleh jadi seperti ini. Aku mula kebingungan.

Seorang wanita seumuran ibu aku sedang berjalan di sekitar situ aku pandang. Sepertinya aku mengenalinya. Aku terus mendapatkan wanita tersebut.

"Makcik Enom. Betul tak?" Tegurku. Langkah Wanita itu terhenti.

"Ya saya makcik Enom. Anak ni cari siapa ya. Tak pernah pula Makcik Enom tengok muka kamu di kampung ni?" Mata Wanita itu kecil besar memandang aku.

"Saya Najmi Ezaryl, Makcik Enom. Aryl.. Ingat saya tak? Anak Fahizuan dan Nayla." Balasku ceria. Tatkala wanita itu mengerutkan dahinya aku tersenyum gembira.

"Kamu ya Aryl. Suka kayuh basikal dengan Dhiya masa kecil-kecil dulu?" Soal Makcik Enom.

"Ya saya Aryl. Makcik Enom ingat." Balas ku gembira.

"Allah. Budak nakal dalam kampung ini. Siapa yang tak ingat. Dah besar kamu ya Aryl. Dulu bawah pinggang Makcik Enom je. Sekarang dah tinggi galah. Segak pula tu." Selorah Makcik Enom sambil memandang aku atas bawah.

"Tak adalah Makcik Enom. Saya biasa-biasa je."

"Apa hajat kamu kesini?" Soal Makcik Enom. Riak aku terus berubah.

"Saya datang nak cari Dhiya. Saya nak jumpa dia. Makcik Enom tahu Dhiya di mana sekarang." Kataku tanpa menunggu lagi.

"Dhiya? Dah tiga tahun dia tinggalkan kampung ini sejak ibubapa dia meninggal."

"Ouh yeke. Makcik Enom tahu dia di mana sekarang?"

"Makcik Enom pun tak pasti. Lepas ibubapa dia meninggal kalau tak silap Makcik Enom keluarga belah ibunya yang ambik dia. Kasihan Dhiya. Sudahlah anak tunggal. Keluarga belah ibubapanya pun tak berapa berkembang. Entah macam manalah kehidupan Dhiya sekarang." Kata Makcik Enom panjang lebar.

"Erk. Dulu Dhiya sekolah di mana ya." Tanyaku lagi.

"Alaa. Sekolah menengah depan sekolah rendah kamu yang dulu tu je." Pantas Makcik Enom bersuara.

"Ohh. Makcik Enom, Aryl berangkat dulu ya. Terima kasih sebab sudi kongsi cerita pasal Dhiya dekat Aryl." Kataku sambil tersenyum.

"Ehh. Tak nak singgah rumah dulu. Boleh kenal-kenal dengan anak perempuan Makcik Enom." Sempat Makcik Enom mempelawa aku. Aku tersenyum sumbing.

"Takpe la Makcik Enom saya singgap sekejap je ni. Terima kasih ya. Saya beransur dulu. Assalamualaikum."

"Ha yela. Waalaikumusalam."

Aku memohon maaf lagi pada Makcik Enom dan dia hanya mengangguk. Aku terus melangkah laju menuju ke kereta aku.

Brr! Brr!

Telefon aku bergetar lagi menandakan ada panggilan masuk. Nama Aidan membuatkan hati aku berat untuk mengangkat panggilan tersebut. Namun, bila di fikirkan balik. Aku sendiri yang tidak mahu keadaan di besarkan. Aku juga telah memaafkan Aidan. Tak akan aku masih marah lagi kot.

"Assalamualaikum.." Aku buat keputusan untuk membalas panggilannya.

"Waalaikumusalam.. Kau kat mana?" Soalnya.

"Aku kat kampung lama akulah."

"Tunggu aku. Aku datang."

"Haa??" Dahi aku berkerut tidak faham.

"Aku minta cuti kat boss aku. Esok sampai lusa. Aku teman kau cari Dhiya. Bolehkan?"

"Kalau kau sampai minta cuti. Aku tak boleh nak halang kau. Datanglah. Kita jumpa di sekolah rendah aku yang dulu tu. Kau tahukan."

"Ya. Aku tahu."

Kami mematikan panggilan. Aku mengeluh berat. Tidak apalah. Mungkin Aidan rasa bersalah dan dia cuba membantu aku dengan cara ini. Apa-apa pun aku rasa beban aku menjadi kurang.

......................................................................................................Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience