Rate

BAB 2

Romance Series 1607

Selamat Membaca..

Aku Salam Ayah. "Nanti dah sampai jangan lupa telefon." Pesan Ayah. Mata ku kerling menatapnya.

"Baik Ayah." Balasku. Aku bersalaman dengan ibu pula.

"Hati-hati bawak kereta. Jangan Menonong bawa. Biar lambat asalkan selamat." Kini Ibu pula berpesan.

Aku meniliti setiap inci wajah kedua-dua orang tuaku. Aku tersenyum. Dalam masa seminggu ini aku pasti akan merindui Ibu dan Ayah. Maklumlah anak jantan tak pernah kena tinggal. Sekolah pun di sekolah harian biasa dan bukan duduk asrama. Bekerja pun masih duduk di rumah ayah. Bilalah mahu ada rumah sendiri. Memang anak emas sungguh aku ni.

"Kirim salam dengan keluarga Dhiya. Minta nombor telefon Puan Dina. Bolehlah Ibu ber-face time dengan Puan Dina." Selorah Ibu berkata.

"Insya Allah ibu. Aryl jumpa saja keluarga Dhiya. Aryl terus sampaikan salam ibu." Kataku.

"Ayah sekali. Kirim salam dekat keluarga Dhiya. Nanti bila-bila ajak diorang berjumpa dengan kita." Kata Ayah mesra. Aku mengangguk faham.

Setelah bersembang lama. Aku meminta diri untuk pergi. Sewaktu di dalam kereta aku melembai tangan ke arah ibu dan Ayah. Mereka juga turut melambai tangan. Gear kereta di ubah kepada drive lalu kereta yang di pandu aku berlalu pergi meninggalkan kawasan perumahan.

Aku perlu sampai awal di melaka dan mencari hotel berdekatan dengan kampung lama aku. Menyesal aku kerana tidak booking awal-awal di trivago. Kalau tidak mesti sampai sahaja aku tidak perlu menunggu lama. Ambik kunci dan terus ke bilik sahaja. Bolehlah aku mengambil masa untuk berehat.

Tapi semuanya dah terlambat. Bila Ayah bertanya tadi aku baru teringat. Kenapalah otak aku gagal berfungsi malam tadi. Alamatnya guna saja tempah hotel seperti biasa.

"Huh." Aku mengeluh kecil. Aku menekan pedal minyak separuh abis. Kenderaan yang di pandu aku semakin laju melintasi jalan raya.

Setelah satu jam aku memandu, telefon aku berdering menandakan panggilan masuk.

"Tengah memandu nilah ada orang nak call. Mana pula earphone aku letak ni?" Dalam sibuk aku membebel tangan aku meraba-raba mencari earphone yang sering aku letak di tempat minuman. Setelah jumpa aku sarung ke ke telinga aku.

"Assalamualaikum abang Aryl" Suara perempuan menerjah ke telinga aku.

"Waalaikumusalam, Ainun ke ni?" Soalku.

"Ya ni Ainun. Abang Aryl, Ainun dengar dari maklong yang abang Aryl otw ke melaka. Betul ke?" Soal Ainun teruja. Ainun merupakan sepupu aku dan anak kepada paksu dan maksu aku.

"Abang Aryl ada kat atas jalan ni. Betullah tu kot". Sengaja aku berbalas acuh kepada Ainun. Ainun ni muda dua tahun dari aku. Dia ni antara sepupu paling aktif dalam keluarga. Bila ajak bersembang dialah kecoh sekampung mengalahkan makcik-makcik bawang.

"Ishh. Betul-betullah abang Aryl. Ni Ummi dengan Abi ajak tidur rumah. Tak payah cari hotel trivago bagai. Rumah Ummi Abikan ada." Laju saja Ainun berkata. Aku berfikir sejenak.

"Tak susahkan Paksu dengan maksu ke.?" Soalku.

Seketika aku terdengar suara Maksu di hujung sana. Agak jauh tapi masih dapat di tangkap.

"Nak susah apa. Arylkan anak maksu juga. Bukan sesiapa. Mak kamu kakak maksu juga. Bukan siapa-siapa pun Aryl oii."

Aku tersengih dengan kata-kata Maksu.

"Haa dengar tak abang Aryl?" Ainun bertanya aku.

"Yela. Abang Aryl duduk rumah Paksu dengan Maksu." balasku.

"Ha.. Macam ni baru betul Abang Aryl. Sempoi. Okeylah Ainun tutup panggilan"

"Alhamdulillah, jimat duit aku." Kataku. Aku tersenyum girang. Aku terdengar gelak tawa dari hujung sana. Ainun sedang seronok menikmati gelak sakannya. Budak ini tak matikan panggilan lagi. Mesti dia dengar ayat terakhir aku.

"Ainun!?" Panggilku agak deras.

"Hahah. Apa dia. Jimat duit? Itulah guna ada saudara jauh. Oklah Assalamualaikum bye. Jumpa nanti." Laju Ainun mematikan panggilan.

"Bertuah punya budak. Pandai sekarang ya.." Guman aku. Lama-kelamaan bibir aku terukir senyuman. "Waalaikumusalam." Aku meneruskan pemanduan.

????????

"Najmi Ezaryl. Apa maksud nama kau?" Soal Dhiya. Riak di wajahnya jelas tanda tanya. Najmi seperti terfikir. Dagunya dibelai. Cuba mengingati maksud pada namanya.

"Ayah kata.. Najmi maksud dia bintang tapi Ezaryl aku tak ingat lah. Maksud nama Dhiya apa pula?" Terang Najmi.

"Maksud nama aku? Nur tu Cahaya dan Dhiya tu Cahaya juga atau pun sinar." Balas Dhiya. Aku mengangguk faham.

"Tapi lagi seronok. Maksud nama kau bintang. Aku suka sangat bintang. Sebab dia bercahaya terang dan banyak dekat atas sana tu. Aku nak kutiplah. Geram tengok dia bercahaya." Semangat Dhiya berkata-kata.

"Haha. Dhiya kau tak betul ya? Macam mana kau nak kutip bintang kat atas sana. Terbang?" Perli Najmi.

"Ada satu aku dah tangkap. Heheh." Dhiya tersenyum herot. Kali ini betul-betul membuatkan Najmi hairan dengan senyuman Dhiya yang menakutkan itu.

"Mana?" Soal Najmi dia memandang kiri dan kanannya.

"Ni.." Dhiya terus memeluk Najmi.

"Kenapa aku pula." Soal Najmi Hairan.

"Sebab kau kan bintang. Dari dulu aku dah tangkap kau. Haha." Seronok Dhiya memberi penjelasan. Pelukannya masih erat. Najmi tersenyum. Gembira dia kerana Dhiya memilihnya walaupun ada beribu juta bintang di langit.

"Aryl. Oh Aryl."

Aku tersedar dari lena. Dari baring aku ke posisi duduk. Suara Maksu membangkit aku dari di buai mimpi.

"Ya maksu?" Tanyaku.

"Maksu dah siapkan makanan. Jom turun makan." Ajak Maksu. Aku hanya terangguk-angguk padahal Maksu bukan nampak.

"Ya Maksu. Nanti Aryl turun." Balasku.

Bunyi tapak kaki semakin jauh dari bilik yang di duduki aku. Aku usap wajah aku. Belum pernah aku bermimpi sedemikian rupa. Aku bermimpi perbualan masa kecil aku bersama Dhiya. Adakah mimpi aku ini memberi petunjuk? Petunjuk aku akan berjumpa Dhiya tidak lama lagi. Aku geleng kepala. Tidak. Mimpi adalah mainan syaitan.

Aku melihat jam dinding. Aku tergamam. Jarum pendek tempat menunjuk jam 2.15 petang dan aku belum solat Zohor sewaktu sampai di rumah paksu dan maksu.

"Astagfirullah. Lebih baik aku segerakan solat." Aku melangkah keluar dari bilik.

Seusuai menunaikan solat Zohor, langkah aku menuju ke dapur. Melihat Maksu, paksu dan juga Abang Aiman yang sudah lama menanti aku membuatkan aku serba salah.

"Kenapa Paksu, Maksu, tak makan dulu.?" Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Tak apalah. Kita dah lama tak makan bersama. Duduk Aryl." Balas Paksu sambil mempelawa aku duduk.

Duduk saja, Ainun datang menghampiri meja makan. Di senduk satu persatu nasi di dalam pinggan. Satu pinggan berisi nasi di hulur pada aku.

"Terima kasih." Ucapku kepada Ainun. Ainun hanya tersenyum.

Paksu mengiringin bacaan doa makan.
Paksu dan maksu mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Aidan anak pertama, Ainun anak kedua dan Aiman anak bongsu. Bilik yang aku duduki sekarang merupakan bilik Aidan. Aidan sebaya dengan aku tapi dia masih belum balik dari kerjanya.

Selesai makan, aku kembali ke bilik Aidan. Aku duduk di birai katil sambil melihat keadaan di biliknya. Nama pun lelaki jadi bilik Aidan agak tidak terurus sedikit. Rasa nak baring tapi aku baru saja lepas makan.

Tok! Tok!

Pintu bilik di ketuk seseorang. Aku melangkah ke pintu bilik lalu membuka sedikit. Wajah Ainun terpancul di balik pintu.

"Nak apa?" Soalku.

"Jomlah lepak kat depan sambil tengok tv. Duduk dalam bilik tak ada apa-apa yang menarik." Ajak Ainun ceria.

"Hurm yela." Balasku. Aku buka pintu seluasnya lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Duduk sini Abang Aryl." Ainun tepuk lembut pada sofa yang berada berdekatan dengannya. Duduk saja. Aku sudah bertanyakan di mana perihal Aiman.

"Dia mana nak balik. Busy katanya. Lagi pun SPM dah nak dekat.." Terang Ainun dan aku hanya mengangguk.

Aku dan Ainun menghadap televisyen. Cerita yang ditayangkan di televisyen ini tidak menarik minat aku langsung. Pandangan aku beralih pada telefon di tangan. Mesej kawan-kawan aku dari aplikasi Whatsapp aku pandang kosong.

"Abang Aryl. Ainun nak tanya boleh?" Kata Ainun sepertinya siaran televisyen itu tidak menarik minatnya lagi.

"Nak tanya apa?" Balasku masih memberi tumpuan pada telefon bimbit ku.

"Apa sebab abang Aryl nak balik kampung? Ainun nak sangat tahu. Abang Aryl ceritalah.." Pinta Ainun. Ainun buat muka ingin tahu.

"Ainun nak tahu sangat ke?" Soalku curiga dan Ainun mengangguk laju.

"Hmm. Ainun ingat lagi tak Kak Dhiya. Kawan Abang Aryl masa kecil dulu?" Aku memulakan bicara. Ainun seakan-akan berfikir. Entah dia ingat atau pun tidak.

"Kak Dhiya ya? Ainun rasa macam kenal. Kakak yang suka sedekah coklat kat Ainun tu ke. Bila Umi Abi datang rumah paklong je. Dia mesti teruja jumpa Ainun lepas tu bagi coklat. Itu ke Kak Dhiya." Terang Ainun.

Dahi Ainun berkerut sedikit. Dia belum pasti dengan kata-katanya. Tapi itu saja ingatan yang di ingat untuk waktu ini. Kerana dia rasa istimewa masa itu. Macam ada peminat bagi hadiah dekat dia.

"Ha Betul la tu." Aku mengganguk laju.

"Yeke? Kenapa dengan Kak Dhiya. Ohh..let me guess. Hmm. Abang Aryl nak jumpa Kak Dhiya lepas tu pergi merisik dia. Betul tak?" Merewang sungguh tekaan Ainun.

Aku hanya tersengih. Tak mampu nak ungkap apabila Ainun sentuh soal merisik. Andai ada takdir buat aku. Aku berdoa sangat jodoh aku ialah Dhiya kerana di dalam hati ini masih tiada sesiapa selain Dhiya.

Bila teringat akan persahabatan yang terjalin antara aku dan Dhiya membuatkan aku semakin ingin tahu Dhiya di mana. Aku mahu berjumpa dengannya. Dan ingin meluahkan segala isi hati yang terbuku sekian lama.

"Hello. Hello. Abang Aryl. Dah sampai mana. London?" Ainun melambai-lambai tangan tepat di wajah aku. Lamunan ke terhenti.

"Kat mana tadi?" Soalku lupa.

Ainun kecilkan mata memandang aku. Dia tersengih. Jari telunjuk menujuk ke arah aku.

"Abang Aryl berangan pasal Kak Dhiya ehh?" Usik Ainun.

"Ish. Mana ada. Sudahlah Abang Aryl nak masuk bilik." Aku berdiri dari duduk.

Pantas aku memasuki bilik Aidan. Buka sahaja pintu bilik tersebut aku terkejut bila ada sekujur tubuh lelaki sedang berdiri. Lelaki itu sedang membuka baju. Dia juga turut terkejut sehingga terduduk di buatnya.

"Aduhh.. Sakit bai.." Adu lelaki itu.

"Allah. Aidan bila kau balik.." Kata Aku agak terkejut. Masuk saja pintu itu aku tutup kembali. Aku terus mendapatkan Aidan.

"Baru je. Tadi aku tengok kau bersembang dengan Ainun. Masa bila pula kau ada kat depan pintu bilik aku." Soal Aidan pelik.

"Hahah. Aku pun baru juga datang bilik kau. Baru abis sembang dengan Ainun." Terang Aku.

Aidan bangkit dari duduknya. Kali ini dia membuka bajunya dengan berhati-hati. Baju tadi di campak ke dalam raga baju kotor. Dia mengambil baju jersi yang berada di dalam almari lalu di pakainya. Setelah itu dia duduk di atas katil dan memerhati aku.

"Kau sihat." Tanya Aidan memulakan bicara.

"Alhamdulillah. Sihat. Kau?" Balas aku.

"Alhamdulillah. Macam yang kau tengok sekarang ni." Aidan angkat kedua tangannya dan menunjuk dirinya sihat belaka.

Aku hanya mengangguk. Kerusi di meja balajar menjadi pilihan aku untuk duduk. Gambar Aidan masa kecil bersama dua sahabatnya aku tengok lama. Suasana menjadi sepi.

"Mi, Kalau aku kata keluarga Dhiya dah tak ada. Kau akan balik kuala lumpur?" Tiba-tiba Aidan berkata serius.

"Apa maksud kau? Jangan Aidan. Ini soal hidup dan mati jangan di buat main-main." Soalku pelik.

Aidan tertunduk. Wajahnya berubah sedih. Dia masih tidak mengungkap kata-kata. Mungkin mencari kekuatan untuk bersuara. Tapi aku pula terasa pelik dengan tingkah Aidan yang berubah drastik ini. Sungguh aku tak faham. Adakah Aidan lebih banyak mengetahui soal Dhiya daripada aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience