Rate

Prolog

Romance Series 1607

Selamat membaca..

........................................................................................................................................................................

Kedengaran bunyi seretan dari basikal yang di naiki Nur Dhiya terjatuh di atas jalan. Bukan setakat basikal malah tuan punya badan juga turut terjatuh ke tanah. Dhiya duduk setelah menyembah jalan tar itu. Dia melihat kedua tapak tangan dan lutut sudah mengalirkan cecair merah yang sangat pekat.

"Dhiya.. Kau okey tak.?" Pantas sahaja Najmi Ezaryl berlari mendapatkan Dhiya yang masih merenung darah pekat pada tapak tangan dan lututnya.

"Tak." Hanya sepatah Dhiya balas.

Wajah Comel Dhiya sudah berubah menjadi pucat. Matanya mula bertakung dengan air mata. Dia pandang Najmi. Bibirnya sudah mengeletar. Bila-bila sahaja tangisan Dhiya akan meletus.

Tanpa berfikir panjang. Najmi terus membuka baju t'shirt putihnya. Baju itu dia lap pada tapak tangan Dhiya yang berdarah.

"Tahan sikit ya." Kata Najmi.

Bila Najmi lap darah yang berada di lutut Dhiya. Terus meletus tangisan Dhiya. Tangan yang terluka di gengam kuat cuba menahan rasa pedih di lutut.

"Arhaaa ahuhhu. Sakit. Mak.. Abah. Sakit.. Dhiya sakit.." Terpekit Dhiya memanggil mak dan abahnya. Air matanya tidak berhenti dari mengalir.

"Dhiya. Jom balik. Luka kau teruk ni." Kata najmi. Dhiya hanya mengangguk. Najmi cuba membantu Dhiya bangkit. Dia letak tangan Dhiya atas bahunya. Mereka melangkah pergi.

"Basikal aku." Sempat lagi Dhiya memikirkan basikalnya.

"Biar je dia kat situ. Kita balik dulu. Cepat naik basikal aku." Najmi lepas tangan Dhiya. Dhiya masih boleh berdiri sebab itu dia lepaskan sekejap. Basikal Najmi yang terbaring di atas jalan di angkatnya. Punya terkejut dia bila tengok Dhiya terjatuh tadi sampai lupa nak tongkat basikal dulu.

Dhiya duduk di tempat duduk belakang. Apabila Basikal mula di kayuh oleh Najmi terus dia memeluk pinggang Najmi. Nasib dia tidak terletang ke belakang. Kalau tidak memang malang sungguh nasib dia hari ini.

Najmi mengayuh laju menuju ke rumah Dhiya. Mujur rumah mereka tidak jauh dari tempat Dhiya kemalangan basikal tadi. Sampai sahaja, dia membantu Dhiya berjalan.

"Assalamualaikum. Encik Qalik. Puan Dina. Assalamualaikum...." Najmi memberi salam di depan pintu rumah Dhiya. Tangisannya masih belum berhenti.

"Waalaikumusalam.. Ya?" Suara Puan Dina kedengaran tapi tubuh pemilik itu masih belum kelihatan. Buka sahaja pintu rumah tersebut.

"Ya Allah. Anak aku. Dah kenapa darah sana sini." Tubuh kecil Najmi di tolak jauh oleh Puan Dina. Tubuh Dhiya di perhati satu persatu.

"Mak..Ahahuhuhuu..." Semakin deras tangisannya apabila Puan Dina muncul.

"Kau bawak anak aku pergi mana haa? Kau tolak dia ke apa ni. Ya Allah." Suara Puan Dina naik seoktaf. Pandangan geram diberikan kepada Najmi. Najmi terkejut dengan suara latang Puan Dina.

"Mak.. Najmi tak salah pun.." Dhiya cuba selamatkan Najmi dari salah faham Puan Dina.

"Saya tak bawa pergi mana pun. Dhiya sendiri jatuh dari basikal tadi." Terang Najmi cuba melindungi dirinya dari di tuduh bukan-bukan.

"Abang. Abang. Mana abang ni. Ya Allah. Tengoklah anak kita ni. Berdarah sana sini. Ya Allah..." Kata-kata Najmi dan Dhiya tidak di pedulinya. Encik Qalik keluar dari rumah mereka.

"Astagfiruallah.. Ni kenapa ni?." Makin laju langkah Encik Qalik bila melihat anak tunggalnya ini.

"Ini.. Budak ni punya kerja. Tanya dia apa dia buat kat Dhiya sampai macam ni."Kata Puan Dina masih tidak berpuas hati pada Najmi. Najmi kaget. Encik Qalik sudah merenungnya.

"Aryl.. Kamu balik dan pergi mandi. Baju kamu penuh darah itu. Pasal Dhiya biar Uncle uruskan." Kata Encik Qalik tenang. Dia kendong tubuh kecil milik Dhiya.

"Encik Qalik nak bawak Dhiya pergi mana.?" Soal Najmi bimbang.

"Ehh. Orang suruh balikkan. Jangan menyibuk. Lepas ni Auntie tak nak kamu main dengan Dhiya dah.." Tengking Puan Dina.

"Sayang..! Budak tu kan.." Encik Qalik merenung isterinya. Entah kenapa emo sangat isterinya hari ini. Tidak pernah pula dia melihat isterinya melayan Najmi seteruk ini.

"Aryl balik dan bersihkan diri dulu. Uncle nak bawa Dhiya pergi klinik. Nanty dah selesai. Uncle panggil kamu balik. Ok ya??" Kata Encik Qalik sambil memberi senyuman kepada Najmi. Najmi hanya mengangguk.

"Bye Dhiya.." Najmi melambai tangan pada Dhiya.

"Bye. Nanty aku datang rumah kau." Kata Dhiya. Tangisannya mula reda.

"Saya pergi dulu. Encik Qalik. Puan Dina." Dia memandang satu persatu wajah orang tua Dhiya. Puan Dina langsung tidak memandang ke arahnya. Adakah Puan Dina dah mula bencikan dia. Najmi tertunduk. Dia mengabil basikalnya lalu melangkah pergi.

????????

"Assalamualaikum.." Najmi memasuki rumahnya. Sampai di kawasan dapur dia terdengar bunyi kelentang-kelentung. Mungkin ibunya sedang masak di dapur. Kalau ibunya nampak ni abis di kerjakannya.

Perlahan-lahan Najmi melangkah. Dia berjingkit - jingkit melintasi dapur tersebut. Dari balik dinding itu dia cuba mengintai. Adakah ibunya masih berada di dapur.

"N.a.j.m.i E.z.a.r.y.l." Satu persatu suara wanita menyebut namanya. Terkedu dia apabila melihat tubuh itu sudah mengcekak pinggang.

"Ibu..?" Perlahan Najmi menyebut.

"Ya Allah. Ni kenapa tanggal baju ni." Ibu Najmi atau Puan Nayla melutut menghadapnya. Baju yang di gengam Najmi Puam Nayla ambik. Tiba-tiba dahi Puan Nayla berkerut melihat baju Najmi.

"Aryl.. Darah siapa ni.??" Tubuh Najmi di pusingkannya. Dia memerhati setiap sudut di tubuh anaknya.

"Najmi Ezaryl.. Darah siapa ni ibu tanya.??" Tinggi suara Puan Nayla.

"Dhiya..!"

"Astagfirullah.. Aryl ibu dah pesankan. Kamu anak lelaki jangan ajar Dhiya bukan-bukan. Jangan main ganas-ganas dengan perempuan. Kamu buat apa kat dia sampai darah-darah ni?" Tegas suara Puan Nayla.

"Aryl dengan Dhiya kayuh basikal je tadi. Dhiya jatuh masa bawa basikal. Ibu.. Percayalah Aryl. Aryl ingat pesan ibu. Jaga Dhiya baik-baik. Arhhahahaaa.." Terang Najmi. Budak itu sudah mula mengalirkan air mata.

Puan Nayla mula rasa bersalah dengan anaknya. Dia mengeluh kecil. Tubuh kecil milik Najmi di peluk erat.

"Okey. Okey. Ibu minta maaf. Ibu percaya anak ibu. Ibu percaya Aryl jaga Dhiya baik." Digosok belakang tubuh Najmi perlahan. Tangisan anaknya masih belum reda mungkin dia juga terkejut dengan apa yang baru terjadi pada Dhiya.

"Dhiya okeykan?" Tanya Puan Nayla.

"Dekat klinik dengan Encik Qalik dan Puan Dani." Jelas Najmi.

"Okeylah tu. Dia ada dengan keluarga dia. Dah. Jangan nangis. Malu anak jantan." Pujuk Puan Nayla.

"Assalamualaikum.." Suara garau seorang lelaki memasuki rumah tersebut.

"Waalaikumusalam.." Puan Nayla menjawap salam Suaminya itu. Setelah nampak kelibat lelakinya. Dia bangkit dari melutut. Sempat dia membantu anaknya itu mengesat air mata yang mengalir. Baju yang berdarah itu di sorok ke belakang tubuh.

"Ayah.." Najmi bersalaman dengan ayahnya.

"Ni kenapa ni?" Dahi Encik Fahizuan berkerut apabila melihat mata Najmi kemerahan.

"Dia jatuh tadi." Balas Puan Nayla.

"Aduhai..Anak Ayah ni.." Encik Fahizuan tersenyum pada Najmi. Rambut Najmi di sapu lembut.

Encik Fahizuan memandang Puan Nayla. Tepat matanya memandang ke anak mata Puan Nayla. Entah bagaimana dia mahu bercerita mengenai perkara ini.

"Kenapa awak pandang saya macam itu." Puan Nayla malu sendiri.

"Saya ada benda nak di bincangkan." Kata Encik Fahizuan. Dia tersenyum kelat.

"Apadia?" Balas Puan Nayla bersedia.

Encik Fahizuan melihat Najmi yang sedang mendongak memandangnya. Rambut itu di sapu kembali. Dengan senyuman dia pandang kembali isterinya.

"Saya di naikkan pangkat.." Kata Encik Fahizuan. Puan Nayla menutup mulutnya mengunakan tanggan. Dia terkejut dengan berita yang baru dia dengar.

"Alhamdulillah. Saya tumpang gembira buat abang. Alhamdulillah.." Kata Puan Nayla. Najmi hanya tersenyum.

"Tapi ila. Saya di naikkan pangkat dan saya juga di pindahkan tempat tugas. Kita semua kena berpindah.." Suara Encik Fahizuan senada.

"Di mana?" Soalnya. Senyuman Nayla mati.

"Kuala Lumpur."

???????????

"Arhuhuhaaa. Ka.Kau kata ki.kita akan bersama. Arhuhukhaa.."

Tersedu-sedan Dhiya berkata-kata. Dia memeluk teddy bear hadiah dari pemberian Najmi. Dia melihat Najmi yang berada di depannya. Najmi juga turut bersedih.

"Aku kena ikut ibu dengan ayah aku.." Balas Najmi.

"Sampai hati kau nak tinggal aku. Kau kata nak jaga aku. Kau kata nak bagi aku gembira. Kau kata bintang akan setia dengan cahaya. Apa jadi dengan perjanjian kita..." panjang lebar Dhiya berkata-kata. Air matanya di kesat dengan baju.

"Aku minta maaf" Balas Najmi.

"Tak nakk..." Tempik Dhiya.

"Dhiya kenapa ni?" Puan Dina menyentuh bahu Dhiya.

"Dhiya. Aku janji aku akan jaga kau. Aku akan sentiasa dengan kau. Ibu.. Aryl nak tinggal dengan Dhiya. Bolehlah Ibu. Bolehlah" Pinta Najmi. Dia menarik-narik tangan Puan Nayla. Puan Nayla memandang Suaminya. Lelakinya itu hanya mengangguk.

"Mana boleh Aryl. Dekat kampung dah tiada siapa. Aryl nak duduk mana nanti." Puan Nayla cuba memujuk anak bertuahnya ini.

"Aryl duduk dengan Encik Qalik dengan Puan Dina. Bolehkan Encik Qalik. Aryl duduk dengan Encik Qalik.." Kini nama Encik Qalik pula di petiknya. Encik Qalik hanya tersenyum.

"Aryl. Kamu ada keluarga. Tak kesian ke dengan Ibu dan Ayah Aryl. Diorang dah jaga Aryl dari kecil lagi. Tak akan sebab Dhiya, Aryl sanggup tinggalkan ibu dan ayah yang Aryl sayang. Aryl ikut ibu dan ayah Aryl ya. Bila-bila nanti baliklah kampung. Aryl bolehkan?" Pujuk Encik Qalik. Dia sentuh pipi putih milik Najmi. Dia tatap tepat pada anak mata Najmi. Perlahan-lahan Najmi mengangguk.

"Dhiya. Sampai besar perjanjian kita berdua tak akan pernah abis. Aku janji aku akan berjumpa dengan kau balik. Ingat tau Dhiya." jari kelingking di angkat ke hadapan Dhiya. Dhiya merenung lama jari Najmi yang setia menunggu tidak balasnya.

"Sahabat selamanya..." Sebut Dhiya lalu mencapai jari kelingking milik Najmi.

"Kami pergi dulu ya Dina. Minta maaf kalau ada salah dan silap ya.." Puan Nayla bersalaman dengan Puan Dina.

"Aku maafkan kau. Tak ada salahnya kau kat aku. Aku pun nak minta maaf kalau ada buat salah dekat kau. Hati-hati sewaktu perjalanan." Balas Puan Dina.

Najmi menghampiri Puan Dina teragak-agak. Dia masih terkejut dengan Puan Dina yang pernah memarahinya seminggu lalu. Perlahan-perlahan dia bersalaman dengan Puan Dina.

"Aryl minta maaf." Kata Najmi perlahan.

"Aryl tak salah apa pun. Auntie yang salah. Marah Aryl melulu. Maafkan Auntie ya. Auntie tak marah kat Aryl dah. Auntie minta maaf sangat-sangat." Terang Puan Dina. Pantas tubuh Najmi dipeluk erat. Rasa bersalahnya pada Najmi membuatkan dia ingin memeluk Najmi buat kali terakhir.

Mereka bertiga memasuki ke dalam kereta. Najmi yang duduk di belakang tidak lengkang memandang Dhiya yang sedang memeluk Puan Dina. Najmi hanya mampu tersenyum hambar.

"Bye Najmi. Semoga jumpa lagi!" Dhiya angkat jari kelingkingnya. Gadis berusia 9 tahun itu memberi senyuman gembira pada Najmi.

"Bye. Jaga diri baik-baik. Jangan bagi aku risau." Di dalam kereta Najmi melambai tangan ke arah Dhiya.

"Yaa....!" Jerit Dhiya.

Akhirnya kereta yang di naiki mereka meluncur laju meninggalkan kawasan kampung tersebut. Hati Najmi mula terasa berat apabila melihat kampungnya semakin jauh. Di situlah tempat dia membesar. Kini terpaksa dia tinggalkan.

"Selamat tinggal Dhiya, sahabatku.."

....................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience