Rate

BAB 1

Romance Series 1607

Selamat Membaca..

Aku duduk termangu di atas kerusi yang berada di balkoni bilikku. Sekali sekala jari jemari ku memetik pada tali halus yang terikat kemas pada kayu gitar tersebut. Terdengar irama gitar bermain di telinga aku.

Bibirku juga turut bermain peranan. Menyanyikan lagu serirama dengan petikan gitar aku.

"Aryl..!"

Nyanyianku terhenti apabila terdengar suara ibu memanggil di bawah. Dengan malas aku bangkit melihat ke bawah. Ibu berada di taman mini yang dibuat ayah sendiri.

"Ya bu?" Balasku.

"Mari turun nak. Ibu ada buat ubi goreng. Panas lagi ni. Rugi tak makan." Ajak Puan Nayla ceria sambil dongak memandang aku di atas.

Kakiku melangkah berat menuju ke bawah. Sampai sahaja di taman mini buatan ayah. Ibu tarik kerusi kosong itu berdekatan dengannya.

Aku duduk di sebelah ibu. Air teh di tuang ke dalam cawan. Masih panas kerana terlihat asap putih yang keluar dari muncung jaq tersebut. Aku hanya memerhati setiap gerak geri ibu. Pinggan yang berisi ubi goreng di tolak sedikit dekat pada aku.

"Makanlah. Kenapa tengok ibu." Kata puan Nayla sambil tersenyum. Wanita yang sudah mencecah usia ini mekar dengan senyuman. Aku juga turut tersenyum.

"Sedap." puji aku.

"Belum makan dah kata sedap. Pelik anak ibu ni." Wajah Puan Nayla kelihatan berbunga-bunga apabila mendapat pujian dari anak tunggalnya ini.

"Apa yang ibu masak semuanya sedap. Tak kisahlah ubi goreng ke. Tengok je pun dah sedap apa lagi kalau makan." Selorah aku memuji ibu. Entah dari mana datangnya sifat memuji aku ni.

"jangan nak merepek. Makan sekarang. Nanti sejuk tak sedap pula." Arah Puan Nayla. Aku akur. Air teh yang di tuang ibu aku minum lalu menjamah ubi goreng hasil air tangan dari seorang ibu.

Puan Nayla bangkit dari duduknya. Dia melangkah ke arah pasu bunga yang tersusun rapi mengelilingin kami yang berada di tengah. Aku memerhati ibu lagi.

Taman mini ini merupakan hasil buatan ayah dan ibu. Seorang ibu atau perempuan tentunya suka akan bunga bungaan. Sebab itu ayah hasilkan taman mini untuk ibu supaya ibu dapat bercucuk tanam dan jaga bunga yang bakal berkembang mekar.

Hasilnya, aku juga turut bangga dengan kerajinan ibu. Kami dikeliling dengan bunga yang mekar. Ibu benar-benar menjaga dengan rapi.

"Aryl betul mahu pulang ke kampung lama?" Tanya Puan Nayla.

Soalan Puan Nayla buat aku terdiam. Ubi goreng yang sudah tinggal dua di dalam pinggan itu aku tenung kosong.

"Aryl nak jumpa Dhiya." Tuturku perlahan.

"Aryl yakin ke Dhiya masih duduk dekat kampung. Kalau Dhiya dan keluarganya sudah berpindah macam mana? Sudah hampir tujuh belas tahun kita tak dengar khabar berita dari mereka." Puan Nayla berpusing menghadap aku.

Aku tahu Ibu bukan sengaja menghalang niat aku. Dia cuma tidak mahu aku menaruh harapan tinggi pada orang sudah tiada khabar beritanya. Ya. Sudah hampir tujuh belas tahun kami berpisah. Mustahil untuk aku berjumpa Dhiya kembali.

"Tak salah kalau Aryl pergi. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, Aryl tetap akan cari Dhiya sampai hujung dunia." kataku serius.

"Nak ibu temankan Aryl balik kampung?" Tanya Puan Nayla lagi. Aku tersenyum.

"Tak apa ibu. Aryl boleh pergi sendiri." Balasku tanpa paksaan.

"Aryl pasti?" Pertanyaan Ibu aku angguk.

"Terima kasih ibu. Bersyukur Aryl dapat Ibu dan Ayah yang memahami. Tak halang keputusan Aryl yang tak masuk akal ni. Banyak benda Ibu dan Ayah buat untuk Aryl. Tak terbalas jasa dan pergobanan Ibu dan Ayah untuk Aryl" kataku. Mengingat kembali saat-saat sukar dan duka aku bersama ibu dan ayah.

"Ibubapa mana yang tak mahu anaknya berjaya. Kalau Aryl nak tahu kami berdualah paling bersyukur dapat anak soleh seperti Aryl. Tanggungjawab kami menjaga Aryl dari kecil sampailah ke umur 23 tahun sungguh tak mengsiakan. Kami rasa beruntung sekali.

Aryl dah pun membalas jasa kami. Kami dah laksanakan apa kemahuan kami pada Aryl. Oleh itu, Ayah dan ibu dah berpakat. Jadi, kali ini kami benarkan kemahuan Aryl sendiri." Ucap Puan Nayla meluahkan segala isi hati yang terbuku.

Sedih dan terharu aku mendengar kata-kata ibu. Bergenang air mataku. Mahu aku menangis di hadapan ibu tetapi aku ingat pesan ibu. Anak jantan tak boleh menangis. Aku gagahkan juga hati ini.

"Ibu, kita bersembang ini macam berpisah jauh pula. Padahal tadi sembang perkara lain." Aku tersengih.

Terhinjut-hinjut bahu Puan Nayla. Kelakar mendengar kata-kata dari anak tunggalnya ini. Dia melangkah ke arah anaknya. Bahu Aku di cubit manja.

"Siapa yang mulakan dulu drama air mata ni?" Perli Puan Nayla.

"Sakitlah Ibu." Aku melarikan diri dari di cubit.

"Haha. Dah kemas pinggan mangkuk ni. Ibu nak ke bilik."

"Ibu..." Aku buat muka malas.

"Nak jadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa kan? Haa pergi cepat bawak masuk dalam. Basuh sekali ya" Arah Ibu. Sengaja dia mengunakan ayat-ayat yang membuatkan diri aku tersentap seketika. Aku tersenyum.

"Yela yela." Aku akur. Aku mengangkat dulang yang sudah di isi pinggan mangkuknya. Mahu sahaja aku dan Ibu melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mematikan langkah ibu.

"Ibu, Terima kasih untuk ucapan tadi. Aryl hargai sangat-sangat. Ohh. Dan ubi goreng ni. Sedap." Aku kenyit mata pada Ibu. Ibu hanya tersenyum dan mengangguk. Aku melangkah pergi.

?????

"Ehh nak pergi mana tu?"

Langkah aku terhenti dan aku seolah-seolah tidak faham dengan soalan ibu. Jam tangan yang ingin ku pasang pada pergelangan tangan tergendala.

"Nak pergi mana lawa-lawa ni?" Soal Puan Nayla lagi.

"Aryl keluar kejap. Member ajak lepak. Eh lepak pulak. Ajak makan-makan dekat mamak. Hee" Aku tayang senyum petak. Ibu merenung aku penuh musykil. Dia sudah memeluk tubuh.

"Dah pukul berapa ni? Kejap lagi Ayah balik. Kamu dah kemas ke barang nak pergi esok. Sempat pula keluar makan dengan kawan-kawan." Ibu sudah bertindak seperti ibu.

"Kejap ja. Barang-barang dah kemas sikit. Aryl nak jumpa diorang dulu sebelum pergi. Aryl janji. Aryl balik sebelum Isyak." Tangan aku angkat tanda ikrar. Ibu memandang aku tidak puas hati.

"Yela. Pergilah jumpa diorang. Tapi ingat, Sebelum balik rumah singgah solat maghrib dulu kat mana-mana masjid. Jangan nak mengelat. Ajak kawan-kawan sekali. Ingat pesan ibu ni Aryl." Tegas ibu berkata-kata.

"Baik ibu. Aryl ingat pesan ibu. Aryl pergi dulu ya bu." Aku salam tangan ibu dan cium pipinya.

Dari kecil ibu dan Ayah sudah mendidik aku untuk tidak lupa bersalaman dengan orang tua. Ayah pesan menghormati ibubapa adalah kunci keberkatan hidup. Dalam Islam pun mewajibkan anak-anak menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan saja ketika mereka masih hidup, malah selepas mereka meninggal dunia.

Amalan baik dan penghormatan itu wajib dikekalkan oleh anak-anak. Sebab itu, aku berusaha menjaga tingkah laku semasa bersama mereka dan tidak lupa juga doa untuk mereka.

Sesampai sahaja aku di kedai mamak. Dua sahabat aku sudah melambai tangan ke arah aku. Langkah aku laju menuju ke arah mereka.

"Order air dulu. Lepas tu kita lepak dekat tasek." Ujar Safuan setelah aku sampai.

Sesuai pembelian kami meneruskan perjalanan dengan air teh tarik mamak ikat tepi yang di pesan kami membawa dengan menaiki motor masing-masing. Mujur tasek tersebut tidak jauh.

"Terbaiklah Malaysia 3-0 lawan Australia malam tadi." Kata Ash setelah lama kami duduk menghadap tasek.

"Mm, aku tengok malam tadi." Aku ikut teruja sekali. Air teh tarik mamak sudah lama kami abiskan.

"Sorry aku kerja malam. Tak dapat tengok tv." Safuan menyerah. Mereka sedia maklum dengan pekerjaan Safuan. Aku dan Ash ketawa kecil dengan aksi Safuan seolah-seolah tidak mahu ambik tahu.

"Kau je lelaki pelik tak layan bola." Ash mula mengusik Safuan.

"Yelah. Setiap orang berbeza minat. Macam korang minat bola dan aku minat.." Kata-kata Safuan dihalang aku dan Ash.

"Minat patung barbie." Sakan aku dan Ash ketawakan Safuan.

"Bodoh korang ni. Agak-agaklah patung barbie. Ultraman tu boleh lagi. Ini mainan perempuan korang bagi aku." Angin Safuan.

"Okey-okey. Gurau je Wan. So kau minat apa tadi?" Aku mula memujuk Safuan.

"Dahlah lupakan." Bidas Safuan.

Aku dan Ash saling berpandangan. Kelakar dengan sikap Safuan yang mencuit hati. Safuan ni nampak sahaja muka ganas tapi hati dia lembut. Macam tadi baru usik dah mula koyak.

"Ahh. Lupakan. Kau Najmi esok nak pergi mana?" Safuan menukar topik. Dia bertanya sambil beralih memandang aku.

"Aku nak ke kampung lama aku di melaka." Balasku.

"Memang kau tekadlah ni cari awek tu. Kau pasti dia masih ada kat situ. Mana tahu dia dah pindah." Tanya Ash pula. Aku mengeluh kecil.

"Ahh. Soalan yang sama. Perlu ke aku jawap?" Aku garu kepala. Petang tadi ibu sudah bertanyakan soalan sama seperti mereka. Aku dah mula malas nak buka mulut untuk menjawapnya.

"Mesti ibu kau tanyakan. Aku dah agak." Ash teruja.

"Yela. Kami semua macam ada instinct yang sama. Tak nak kau berharap sangat." Kata Safuan.

"Iya aku faham. Andai kata Allah takdirkan aku berjumpa dengan Dhiya. Dapat jumpa kejap pun jadilah. Aku bersyukur sangat. Lepas tu aku baliklah." Terang aku.

"Ok ok. Aku tak halang kau. Sebab kau ni memang degil. Apa-apa pun semoga kau berjaya. Aku doakan semoga perjalanan dan urusan kau di permudahkan." Akur Safuan.

"Yela. Semoga dipermudahkan segala urusan." Ash juga turut mengalah.

"Ini baru betul kawan." Ujarku dengan sengihan.

Kami bertiga ketawa sendiri. Memandang tasek di hadapan sekali sekala menyenangkan hati. Ash dan Safuan antara sahabat aku yang paling rapat sewaktu di sekolah dahulu. Mereka antara sahabat aku yang banyak membantu aku. Aku bersyukur sangat ada mereka di samping aku.

"Kau dapat cuti seminggu ya?" Soal Ash. Lamunan ku mati apabila Ash bertanya.

"Aah. Biasalah pekerja terbaik tak pernah mintak cuti. Sekali aku minta seminggu. Boss aku cuak gila. Tapi dia bagi juga lepas tengok rekod cuti aku. Jadi, contohi pekerja seperti Najmi Ezaryl." Kataku angkat bakul. Ash dan Safuan memandang aku meluat.

"Perasan gila doh." Kata Safuan.

"Dahlah balik jom. Berjam-jam kita kat sini." Kataku.

"Ha jom jom." Kata Safuan dan Ash.

Kami bertiga bangkit dari duduk di atas rumput. Aku sapu sedikit rumput-rumput di seluar ku yang melekat akibat duduk tadi.

Plastik air teh tarik mamak aku buang masuk ke dalam tong sampah. Sekali Ash dan Safuan punya plastik aku buang. Malas betul mereka untuk melangkah ke tong sampah padahal tidak sampai beberapa meter je pun.

Aku berpusing setelah membuang sampah. Mata aku terkebil-kebil. Dua mahluk Allah di hadapan aku sudah tiada. Aku mencari kelibat mereka.

"Oihh. najmi. Lembab kau ni." Terdengar pekikan suara Ash di tempat parking motor. Aku beralih pandangan. Terlihat dua kujur tubuh sedang melambai tangan dan seronok ketawakan aku.

"Bertuah punya manusia. Diorang tinggalkan aku." Aku berlari ke hujung sana dengan perasaan yang membara.

Kami berangkat pulang. Tidak lupa dengan pesan ibu. Aku mengajak Ash dan Safuan untuk singgah di mana-mana masjid berdekatan untuk kami menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

Ibu pernah kata. Kalau balik dari kerja atau dari mana-mana tempat. Singgah dulu ke masjid untuk menunaikan solat. Ya, memang ibu kata tidak mahu melewatkan sembahyang tapi ada hikmahnya juga iaitu aura.

Ibu kata aura sembahyang di masjid dengan rumah sangat berbeza. Kalau nak tahu bila rasanya, Sewaktu kita selesaikan menunaikan solat. Keluar sahaja dari masjid kita akan merasa tenang dan akan hilang rasa kekusutan di kepala.

Oleh itu, Bila pulang sahaja dari rumah kita tidaklah terasa pusing memikirkan masalah di tempat kerja mahupun perkara lain. Wallahu a'lam.

......................................................................................................Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience