Rate

Bab 6

Drama Series 1965

MAK HINDON menyantap nasi goreng dengan selera sekali. Sesekali matanya dikerlingkan ke seluruh penjuru kedai makan itu. Mujurlah di dalam hostel ini ada kedai makan yang halal. Kalau tidak, silap-silap termakan katak goreng. Ergh, kembang tekak dibuatnya.

Dia menyuapkan nasi bersama Som Tam Pla Ra ke dalam mulut. Rasanya sedap sehingga menjilat jari. Tiba-tiba telefon miliknya bergetar, segera dia melihat nombor telefon tersebut. Keningnya bersambung.

"Ish, ini mesti scammer ni! Seram pula tengok nombor ni!" Mak Hindon mematikan panggilan. Dia mengambil segelas air limau dan menghirupnya untuk menghilangkan rasa pedas pada lidah akibat tergigit cili dalam som tam.

Elok sahaja dia mengunyah nasi, tiba-tiba sahaja seseorang menepuk bahunya dari belakang. Mak Hindon menoleh. Pasangan suami isteri yang lebih kurang seusianya tersenyum ke arah mereka.

"Assalamualaikum puan, boleh saya ambil kerusi ni? Kerusi kat meja saya tak cukup." Sopan santun sahaja bahasanya. Tiba-tiba Mak Hindon tersedak.

"Puan okay tak? Nah air." Suami wanita itu mengambil air limau yang terletak di atas meja lalu diberikan kepada Mak Hindon. Air itu diambil lalu diteguknya.

" Waalaikumussalam, Kamu berdua orang Malaysia ke?" tanya Mak Hindon. Rasa perit di tekak sudah hilang. Tidaklah menghalang dia untuk bercakap.

"Eh bukan, kami dari Singapura. Puan mesti dari Malaysia kan? Nama saya Rosmah. Ini suami saya, Azlan." Rosmah memperkenalkan diri sambil memeluk lengan suaminya.
"Oh, salam perkenalan. Nama saya Hindon. Jangan lah panggil saya puan. Panggil Hindon sahaja. Tak selesa saya. Macam operator telefon pula. Terlalu formal. Duduklah kat sini. Meja ni cukup untuk enam orang. Saya duduk sini pun sebab tak ada meja untuk dua orang. Hehe. Sila duduk."

Rosmah memandang suaminya. Senyuman manis dilemparkan. Kemudian mereka menarik kerusi dan duduk bersama-sama Mak Hindon.

Hati Mak Hindon berbunga mekar. Tidak sangka dapat jumpa orang yang boleh berbahasa Melayu. Huh, tidaklah letih untuk buka "Google Translate" untuk berkata-kata. Maklum lah, bahasa Inggeris pun tidak tahu. Macam mana nak berbual.

"Terima kasih ya Hindon," ucap Azlan dengan rasa tersipu-sipu. Mak Hindon tersenyum mesra.

"Sama-sama, lagi pun saya seorang diri sahaja. Seronok pula, bila dapat kawna baru."

"Hindon dah jelajah ke sekitar Huai Yot ni? Kami baru sahaja sampai," Rosmah bertanya.

"Yup, tapi tak lah satu Huai Yot saya jelajah. Banyak tempat yang menarik. Saya sudi jadi pemandu pelancong untuk Rosmah sekeluarga," jawab Mak Hindon selamba. Mak Hindon memang ramah orangnya. Kalau diajak bersembang menteri, dia akan melayan seperti kawan lama.

"Amboi, baiknya hati. Erk, lepas makan kita gerak pergi jalan-jalan lah." Azlan memberikan cadangan.

"Boleh sahaja."

Cantik betul aturan Allah! Bosan juga jalan-jalan seorang diri. Nasib baik Allah hantarkan mereka sekeluarga untuk menemani aku di Thailand ni.

Tambahan pula ada anak muda pula bersama mereka. Haih, teringat pula Wafiy dulu-dulu. Eh, Wafiy? Mengapa nama itu disebut?

Rasa serba salah pula meninggalkan anak tunggalnya itu. Tapi berat pula hati untuk menghubungi anaknya itu. Argh, biar sahajalah. ini adalah satu cara untuk mematangkan Wafiy! Biar dia tahu masa itu emas! Biarlah dia tidak sesekali lengahkan masa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience