Rate

Bab 3

Drama Series 1965

Hari keesokan telah tiba, Wafiy menggantikan pakaiannya kepada baju t berwarna hitam bersama jaket berwarna merah. Dia juga mengenakan seluar slack yang sama warna dengan bajunya.

“Bismillah, kau permudahkan urusan aku bertemu ibuku,” doa Wafiy apabila dia telah memasuki ke dalam pesawat. Dalam beberapa minit. Pesawat kapal terbang berlepas ke langit yang tidak bertiang.

Setengah jam berlalu,

Ploy berjalan dengan lemah lembut menuju ke terminal lapangan terbang Trang. Dia baru sahaja pulang dari Bangkok dan datang ke Trang untuk bercuti sempena cuti semesta .Wajahnya ditutup dengan topeng muka. Dia bimbang orang awam akan menyangka dia…

“Lisa!”

Ploy kaget kemudian menoleh ke arah seorang budak perempuan kecil. Comel dengan gaya rambut yang diikat toncang dua. Budak perempuan itu tersenyum dengan teruja.

Mampus! Oi aku bukan Lalisa Manoban okey! Rupa memang sama tapi aku bukan dia! Ish, susah betul ada rupa macam selebriti terkenal. Langsung saja dikenali. Haih, sebelum orang lain perasan lebih baik aku angkat kaki.

Ploy dengan cemas melarikan diri, akibatnya dia terlanggar dengan seorang lelaki. Kepala mereka berdua berlaga.

“Auch!” gadis Thailand itu mengeluh. Sakit pinggangnya yang baru sahaja menghentam ke bumi. Silap-silap boleh patah !

Mamat ni buta atau apa? Tak nampak ke aku tengah lari dari perhatian orang ramai. Dia langgar aku, aku pula yang jatuh. Kenapa kau tak jatuh sekali? Janganlah biar aku jatuh seorang diri. Keluh Ploy sambil mencemik muka.

“Are you ok miss?” Wafiy bertanya sambil menghulurkan tangan kanannya. Ploy mengangkat muka. Mata mereka berdua bertaut seketika. Lama dia merenung wajah lelaki itu, pipinya yang cerah bertukar merah.

Kacaknya lelaki ni! Untung aku langgar kau. Eh, apa yang kau mengarut ni Ploy! Jangan berangan! Diulangi jangan berangan!

Ploy mengetuk kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya.

Wafiy yang memandang wajah gadis yang di langgar tadi meneguk air liur yang terasa tersekat di kerongkong. Nafasnya berombak-ombak. Tidak mungkin gadis itu Lalisa Manoban! Memang sukar untuk dia percaya.

Bum!

Tiba-tiba, kepalanya menjadi pusing. Dunianya menjadi kelam buat sementara.

Oh, jatuh betul-betul pula lelaki ni. Ploy, doa awak termakbul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience