Rate

Bab 1

Drama Series 1965

Terima kasih Najiha kerana sudi berkongsi idea untuk novel ni. Saya berterima kasih sangat-sangat. Semoga awak dimurahkan rezeki selalu.

To all my followers and readers , terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang tidak seberapa ini.

“Wafiy!” Pandangan panorama pokok hijau di dalam pasu termati akibat laungan Mak Hindon yang menggegarkan bilik tidur. Wafiy mengerdipkan matanya seolah-olah baru sedar dari tidur.

“Tak payah nak berangan kat tepi tingkap tu la hoi! Macam anak dara je! Cepat siap.” Arah Mak Hindon dengan suara memetir gegendang telinga. Serentak itu juga dia mengalihkan padangan ke tingkap kepada baju t yang tersangkut di kepala katil.

Baju berwarna biru yang tertulis “I am Malaysian” disarungkan pada tubuhnya yang kurus dan berkulit gelap.

Wafiy memandang cermin yang tergantung sambil tersengih-sengih. “Kacak juga aku ni ya… hehehe. Inilah muka Lelaki Melayu sejati! Remy Ishak pun boleh kalah!” Uhuk. Sempat lagi masuk bakul angkat sendiri! Uhuk ada hati nak lawan Hero Malaya?

“Morning!” Wafiy dengan selamba keluar dari biliknya sambil tersenyum. Kemudian mengambil tempat di meja makan. Mak Hindon mengeleng kepala sahaja melihat si anak tunggalnya itu. Banyak karenah!

“Kamu ni! Kalau terlepas kapal terbang macam mana? Cepat siap-siap. Lepas tu kita gerak.” Mak Hindon malas mahu memanjangkan bebel turut duduk di hadapan anaknya.

Percutian ke Trang, Thailand telah dirancang oleh Wafiy sendiri. Sebaik sahaja mendapat gaji akhir tahun dia kumpul untuk membawa mak ke negeri asing. Bolehlah meluangkan masa bersama.

Bukannya tidak mahu melancong di dalam negeri, cumanya semua tempat mereka jelajah. Kemana lagi mereka nak pergi lagi?

Kenapa Trang menjadi pilihan? Bukannya Bangkok ataupun Phuket yang sentiasa menjadi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia. Senang kata, tempat itu terlalu jauh. Hahaha.

Usai makan, Mak Hindon menarik bagasinya kemudian keluar dari rumah teres miliknya. Apabila dia mahu masuk semula untuk mengambil kunci rumah, ternganga besar dibuatnya.

“Anak hoi! Cari apa lagi!” gerutu Mak Hindon dengan mata terbeliak. Boleh pula cari barang waktu-waktu ni? "Bagaimana kalau terlepas kapal terbang nanti? Jangan sesekali salahkan mak!"

“Cari payung mak. Mana tahu hujan.” Wafiy membalas tanpa memandang wajah maknya yang tengah merah. Fokusnya hanya untuk mencari payung yang terletak di dalam stor yang tersembunyi disebalik almari buku.

Mak Hindon mengeleng kepala sehingga letih leher dibuatnya. Dia masih lagi menunggu anaknya yang masih terbongkok-bongkok mencari payung.

Geramnya! Seolah-olah dirinya didenda berdiri. Pada masa yang sama, dia dapat melihat harga meter teksi meningkat ketika dia menuju ke teksi. Dia beristighfar panjang.

“Mak malaslah nak tunggu kamu ni. Mak keluar dulu.” Mak Hindon menyerah kalah lalu masuk ke dalam perut teksi yang ternganga.

“Mak sabarlah…sigh. Mana payung?” Wafiy mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya melilau ke seluruh tempat dan ruang. Masih lagi tak jumpa.

Payung oh payung ke mana engkau menyorok~
Macam mana aku tak sorok engkau simpan aku~

Rangkap lagu itu seolah-olah mengembalikan ingatannya. Dengan pantas kaki melangkah menuju ke dapur dan mencapai payung lipat berwarna kuning di atas peti sejuk. Di sini rupanya. Siapalah yang simpan payung kat sini? Eh bukan aku ke?

Wafiy menggaru kepala sambil menyeringai. Sempat lagi berseloroh pada waktu begini. Sudahlah mereka sedang memburu masa untuk mengejar kapal terbang.

Wafiy menyusun langkah menuju keluar bersama backpack digalas pada bahu dan payung lipat pada tangan kirinya.

“Eh?”

Wafiy terbungkam apabila melihat teksi dan Mak Hindon tiada di luar. Pada masa yang sama, otaknya mentafsir sesuatu…Mak!

MAK HINDON memandang ke luar tingkap sambil membuat muka.

Nasib kamu lah kena tinggal, Wafiy. Mak nak merajuk. Kamu langsung tak berubah! Selalu sangat bersiap lambat mengalahkan anak dara!

Telefon pintar pemberian Wafiy sempena hari lahirnya berdering di dalam beg tangan milik Mak Hindon. Segera dia menekan butang "off" . Dia masih kecil hati.

Sesekali dia tersenyum, sengaja mahu menguji kesabaran si anak. Bolehkah dia mampu memujuk hati aku yang setebal tembok besar China? Hahaha hanya arwah suami aku yang mampu pujuk.

Pemandu teksi yang berusia 20-an sesekali melihat wajah Mak Hindon yang muram. Kata nak pergi melancong tetapi mengapa wajah muram sahaja.

Dia mahu bertanya tetapi dia biarkan sahaja. Tidak mahulah menjadi wartawan tak berbayar. Lebih baik dia fokus memandu.

Share this novel

Najiha
2020-06-28 16:59:22 

lovee


NovelPlus Premium

The best ads free experience