Rate

Bab 2

Drama Series 1965

"ADUHAI dia tak angkat pula" rungut Wafiy sambil meramas rambutnya dengan kasar. Serabut.

Nafasnya turun naik dengan laju. Nafasnya dirasakan tersekat. Mukanya pucat. Wafiy bermundar mandir di hadapan pintu. Apa langkah yang aku perlu buat? Mak seorang diri pergi ke Thailand… dia tak takut? Berada di negara asing susah bagi orang yang tidak bepengalam macam kami.

Aduhai, mak ampunkan anakanda mu. Mak mesti merajuk. Aku tak ada pilihan aku kena kejar ibu!

Wafiy nekad dengan azam dan misi yang membakar dalam jiwanya. Misi kali ini mencari Mak Hindon! Bermula.

“Aduh terlepas pula!” keluh Wafiy apabila mendapat tahu pesawat itu telah berlepas. Maklumlah datang ke sini dengan motor capuknya itu. Perlahan .Wafiy terduduk di atas backpack miliknya. Putus asa? Bukan, duduk sebab penat.

Wafiy jangan sesekali mengalah. Kau kena kejar mak kau. Satu-satunya manusia yang bergelar mak yang kau ada. Tidakkah kau bimbang mak terjadi apa-apa. Bangkit wahai anak muda. Satu bisikan hati penguat semangat membuatkan dia bingkas bangun. Benar kata hati.

“Aku kena beli tiket sekarang!” bisik hati Wafiy kemudian berlari ke kaunter membeli tiket.

“SAWADEEKHA H? ch?n hn?ng hxng.(Berikan saya satu bilik)” Kata Mak Hindon menggunakan skrip yang dia hafal seminggu sebelum bergerak ke Thailand. Segaris senyuman melakar di bibir Mak Hindon. Bangga kerana mampu bercakap bahasa asing.

Setelah mendapatkan kunci, Mak Hindon bergerak ke bilik lalu membukanya. Hmm, bilik hostel ni boleh tahan juga.

Dia menuju ke balkoni. Rahangnya jatuh. Bibirnya terucap lafaz-lafaz pujian kepada Maha Pencipta.

“Alhamdulillah, selamat juga aku sampai ke Thailand.” Mak Hindon mengangkat tangannya lalu diletakkan pada pipi. Matanya meliar melihat beberapa tut-tut melintas jalan raya besar. Dia mengidam untuk naik kenderaan beroda tiga tu.

Hindon! Sampai bila kau nak tengok saja. Baik kau pergi merasa sekarang. Bisik hati Mak Hindon sambil tersenyum. Dia mahu naik tut-tut itu setelah membersihkan diri. Badan sudah pun berpeluh. Masam.

Mak Hindon mencapai tuala mandi kemudian bergerak ke bilik air.

TIKET telah pun ditempah. Penerbangannya ke Thailand bermula pada hari esok pada pukul 8 pagi. Wafiy mengeluh, mesti dia tidak sempat bertemu ibunya di lapangan terbang.

Jam di Malaysia menunjukkan pukul 1:30 petang. Kalau di Thailand perbezaan waktunya awal sejam.
Thailand Mu Tunggu Aku Datang! Mak jangan merajuk lama-lama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience