BAB 3

Other Completed 3151

“Duit!! Sebab ini kata sahabat tercipta. Ingatlah dungu, mana ada orang nak kawan dengan orang macam kau. Semuanya kerana duit. Memang padanlah bapak kau muflis, aku pun tak tahan nak mengemis duit kau.”

Kejinya padaku, pedih. Aku memandang dengan pandangan yang sakit hati, mahu saja aku hiris siat-siat badannya tika itu. Benci bercampur marah, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ya, aku tahu aku bodoh tapi aku tak busuk hati. Aku masih tahu menghormati. Zainol yang ku pegang sebagai sahabat sejati, hancur menikam bagai nak mati.

Zati, ternyata kau kini telah berpaling kearah teman aku sendiri. Memang sudahku duga kecudang jua akhirnya.

“Pergilah Yusuf, cinta kita sudah berakhir!” ujar Zati kepadaku lagi.

“Sebab syarikat ayah saya jatuh muflis, awak bercinta dengan saya sebab harta? Aku menduga.

“Ya, awak puas sekarang? Tak ada cinta antara kita.”

Kenapa!! Kenapa manusia sangat kejam. Bahagia sangatkah harta itu? Aku mula sebak, namun air mata jantan aku tak mungkin terlepas tika ini. Aku punya maruah. Manusia dengan harta tak dapat dipisahkan. Kenapa semua ini harus ditunjukkan, kenapa kebencian itu harus diluahkan. Tergamak kau Zati.

Ku tinggalkan semalam yang indah

Sememangnya itu tak kuduga

Lamanya berkasih indahnya berjanji

Sanggup sehidup semati

Ucapan semalam kini berlainan

Kau yang dulu kukenali menjadi duri

Tergamaknya hatimu sayang

Menciptakan luka pada aku yang setia

Dahulu kau bisik kalimah

Walau apa terjadi kasih tak berubah

Ya, terserlah lah keyakinanku padamu ketika itu aku punya harta. Sekian lama bersamamu aku turut segala. Walau ada yang kau inginkan tak pernah aku membantah, walau aku sedar hari-hari mendatang akan berubah jua. Hah, aku pun tahu yang ia akan berubah. Tapi kenapa? Kenapa aku turutkannya jua. Kerana dia cantik, putih, hidung mancung, comel macam muka Korea plus Arab. Semuanya bagai bidadari tapi sayang hatinya penuh dengan ulat durjana. Busuk bagai sampah terbiar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience