BAB 1

Other Completed 3151

“Bergembiralah kau hari ini kerana esok siapa tahu kau pasti berduka dan tidur berlengankan air mata.’’ Itulah kata-kata yang tentang Zati padanya. Nampak ikhlas terpancar diwajahnya.

Dia nasihatkan aku, untuk tinggalkan Zati, katanya Zati itu pisau cukur, dia kenal sangat. Aku tak percaya semua itu. Aku abaikan kata-katanya, aku benci dengar perkataan berduka. Aku mahu gembira. Hidup di dunia tanpa kata selamat tinggal selamanya.

Tapi kenapa kata duka, harus terjadi untuk umat manusia, tak bolehkah hidup sentiasa gembira bersama kekasih tercinta? Aku masih dibayangi mimpi-mimpi kebahagian. Jauh di sudut hati untuk merasa pedih terluka. Apatah lagi, tersungkur mengenangkan nasib yang tak kunjung tiba. Aku penuntut di sebuah universiti tempatan. Pointer hanya cukup-cukup makan, macam nyawa-nyawa ikan.

Kalau tersilap langkah hampir-hampir terkandas. Mahu dibuang universiti aku dibuatnya.

Seusai sahaja kelas pada pagi itu, aku mencari-cari seseorang. Niatku satu, mahu bertemu kekasih hati. Namun, hatiku pada ketika itu hancur dia yang ku kenal bersama seorang yang sangat aku kenal. Di café mereka bermadu asmara.

Siap main suap-suap makanan bagai. Ya itu sahabatku zainol. Tapi kenapa zainol, tidak adakah orang lain. Jiwaku kacau, hatiku sakit. Aku terus menerjah.

“Patutlah selama ini awak minta putus, rupanya awak ada affair dengan kawan baik saya?”

Zainol bingkas bangun. Sabar Yusuf, ni semua salah faham kami discuss….”

Bish! Belum sempat Zainol menghabiskan kata-kata. Satu tumbukan padu melekat pada wajahnya. Terjelepuk dia ke meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience