BAB 4

Other Completed 3151

SELEPAS sahaja kejadian itu, aku berkurung dalam bilik. Rumah sepupu aku.

Selepas semua barang-barang, banglo, perabot-perabot, kereta mewah disita oleh bank. Family aku tak punya apa, di rumah paksu kami berteduh bersama adik dan ibu. Ayah aku mengalami kerugian dalam perniagaan dan didapati bersalah di atas tuduhan pecah amanah, tak mampu nak bayar. Dia diisytihar muflis.. Gambar Zati, masih aku tenung dalam-dalam. Masih sebak mengenangkan.

Walau semua ini terjadi dengan sekelip mata, kasih aku masih tak berubah. Aku dah gila bayang, gila pada perempuan cantik tapi punya hati yang busuk.

Arghhhh!! Aku bertempik. Teriak, lantaran menangis. Kini air mata jantanku kalah dengan insan bernama perempuan. Kenapa Tuhan duga aku begini, ya aku tahu. Aku jarang solat, puasa, ikut suruhan ibadahnya. Tapi aku tak pernah buat jahat, kacau hidup orang, mencuri. Malah aku selalu buat amal kebajikan. Tolong kawan-kawan yang susah, tapi kenapa sekarang kawan-kawan yang aku tolong inilah yang menjahanamkan aku.

Tuk!! Tuk!! Amir, sepupu aku mengetuk bilik. Aku mengesat air mata. Malu jika dilihatnya. Tombol bilik dibuka. Dia datang kepadaku, dihurkan lolipop kepadaku. Aku memandang penuh sebak. Aku masih ingat, dulu sewaktu kami kecil. Aku selalu bermain dengannya. Ketika itu kalau aku kena rotan kerana tak hadir mengaji Al-Quran, selepas waktu pengajian dia selalu datang sambil hulurkan lolipop. Aku menangis, dia sabarkan. Indah ketika itu, aku tak dapat lupakan kenangan lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience