BAB 7

Other Completed 3151

Malam itu, Amir bersungguh-sungguh memberi kata pemangkin padaku. Semangat juangnya seperti Amirul Mukminin Khalifah Ar-Rasyidin tika itu, walau tidak diterjemah dengan perbuatan tapi aku yakin bicaranya demi Illahi.

“Terima kasih Amir, mendalam maksud kau.” Kataku kepadanya. Dia senyum hingga menampakkan gigi putih yang tersusun rapi.

“Apa yang aku ucapkan ini semuanya datang dari Allah, terima kasih padaNya temukan kita keranaNya. Aku tidur dulu, esok jangan lupa ada kelas. Jangan tak datang pulak” ujarnya kepadaku. Dia mula mengangkat kaki. Terus berlalu meninggalkan aku di kamar sendiri.

“Esok… macam mana aku nak hadapi dengan semua orang, pasti ada senyuman mengejek. Kata nista, cacian melampau.” Bisikku dalam hati.

Tombol pintu di buka semula. Amir kembali,

“Kalau kau tak ada sapa-sapa. Aku kan ada. Aku kan sahabat kau juga, dari kita kecil sampai sekarang. Kita adalah sahabat sejati, sahabat sampai mati.”

Pintu terus ditutup. Aku tersenyum sekali lagi. Kali ini senyum aku dengan air mata, air mata yang kian sebak. Dia masih mahu bersama aku, walau selama ini aku jauh dengannya.

Maafkan aku kerana abaikan kau selama ini, aku tak pedulikan kau tika aku bersama kawan-kawan yang hipokrik. Kau masih dekat, walau aku tak punya apa-apa. Malam itu juga aku menangis sepuasnya. Biar aku puas sekarang , biar air mata duka ini berakhir pada malam ini juga, berharap ia tidak akan kembali. Biar air mata taubat adalah amalanku, berusaha mencipta pengakhiran yang baik seperti Tok Guru Nik Aziz, tokoh tersohor era ini. Lagenda sepanjang zaman.

Dan menanti hari-hari mendatang membawa aku pulang ke tempat yang bakal disinggahi tidak lama lagi. Dengan cahaya ilmu cinta pada Illahi. Ini peluang terakhir, sebuah akhir kalam untukku. Aku akan meneruskan kehidupan berpandukan pada ajaranNya. Restuilah dan berkatilah langkahku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience