16

Romance Series 3034

"Ris..Kairiel..please.. berhenti.."
Aisy cakap dengan baik..
berdenyut-denyut kepala Aisy..
dua orang ni pun..
apehal sampai nak bertumbuk bagai ni..
ada orang offer duit ke kalau bergaduh..

"abang Riel..berhentilah tu..kita dekat rumah orang ni.."

"Ris..please stop it.."

masih tak berhenti..

"stop it lah!!..korang ni dah kenapa macam budak2 ni hah!!..aku kata berhenti,berhenti lah!!"

hah..kan Aisy dah hangin..

baru nak berhenti..
Aisy tarik Ris masuk dalam..
Aisy tak boleh nak marah dah..dia dah pening sangat..

"Ris..kenapa ni??..dia cakap apa sampai kau nak mengamuk ni??..dahlah dia dengan Ryn baru sampai.."

"aku tak boleh lah dengan perangai lelaki tu..dia senang2 je suruh aku putuskan pertunangan dengan kau..macam mana aku tak panas..dan aku pasti,,dia ada suruh orang siasat pasal kita..sebab dia tahu aku selalu tak sekepala dengan kau..asyik gaduh dengan kau dulu.."

"lah.."

Aisy mengetap gigi dia..

"Aisy,Sya..apa jadi ni??..bising2 mummy dengar..kamu kenapa berlebam-lebam ni Sya??"

"bertumbuk dengan Kairiel,abang Ryn"
ujar Aisy

"kenapa ni,ada masalah apa??"

sikit je lagi Aisy nak rebah..
nasib baik Ris sempat tahan Aisy daripada jatuh..

"kamu kenapa ni Aisy??"

"pening..pening sangat.."

"Ris.. tolong hantar Aisy masuk bilik dia ye.."

"baiklah aunty.."

.....

"Ryn,Kairiel..masuklah..takkan nak duduk dekat luar.."

"ermm..ok aunty.."

mummy dah melangkah masuk..
Ryn mendekati abangnya..

"abang jangan nak cari gaduh lagi ae..kalau abang degil juga,bersiap-sedia.."

"apa maksud Ryn ni??"

"mana boleh bagi tahu..nanti abang halang Ryn..jadi kalau nak buat hal tu,,fikir banyak kali..dah jom masuk.."

"main ugut2 pulak.."

masuk je dalam rumah Ryn tak nampak Aisy..

"aunty... Aisy mana??"

"oh..dia dalam bilik..katanya pening..pergi dalam bilik dia.."

"ok aunty.."

Ryn berbisik dengan Kairiel..
"tengok tu abang..sampai datang pening Aisy..nak buat hal sangat kan.."

rasa bersalah pulak muncul di hati Kairiel..
tak pasal2 Aisy sakit kepala...

.....

"pening sangat ke kau ni??"

"ha'ah.."

"marilah aku urutkan kepala kau.."

"ok.."

Ryn mengetuk pintu..

"Aisy..ni aku.."

Aisy memandang Ris..

"kau kunci pintu ke??"

"tak.."

"Ryn..masuk je,,pintu tak berkunci..'

" ok.."

Ris masih mengurut dahi Aisy..
Ryn membiarkan..

"kau ok tak ni??"

"ok je..tapi pening2.."

"sorry weh..sebab kitorang kau pening.."

"tak..taklah.. aku memang pening sebelum korang sampai..tapi bertambah je.."

"sama lah tu.."

"mana ada sama.."

Kairiel hanya memandang Aisy di tepi pintu..
bukan tak nak masuk..
tapi tak nak cari gaduh..
bukannya dia tahu apa yang Ryn akan buat kalau dia cari gaduh..

~~~~~

demam Aisy dah kebah keesokan hari nya..
dia decided untuk pergi U..
nanti banyak pula yang dia ketinggalan akibat tak pergi U..
lagipun tak lama lagi nak ada ujian..

sekarang ni,,dia dah nak sampai tempat letak kereta..
nak balik rumah..

secara mendadak badan dia terpusing..
'papp'

dasar gila..

"kau ni dah kenapa??"

pedih pipi dia kena tampar..
sialan loh Rana..

"macam mana kau boleh terlepas hah?!..macam mana?!''

" suka hati aku lah macam mana aku lepaskan diri..bukan urusan kau!!"

tiba2 Rana mencengkam leher Aisy...
Aisy tarik tangan Rana..
pedih pulak leher dia..
kuku Rana dah buat calar dekat leher dia..

'hukk..hukk..'

"kau ni dah gila..kau datang jumpa aku sebab nak aku tolong daftar dekat Hospital Tanjung Rambutan ke!!"

"ya..aku memang dah lama gilalah..gila kan Sya..tapi kau dah rebut dia.."

mengetap gigi dah Aisy..
hembus nafas..dan genggaman tangan semakin ketat..
dia masih boleh tahan amarah dia..

Rana nak tampar dia lagi..
tapi takkan Aisy biarkan..
dia tahan tangan Rana untuk menyentuh muka dia lagi..

kolar baju Rana dicengkam..

"kau tak payah nak cakap aku rebut Sya..aku tak paksa pun dia jadi tunang aku..lagipun, bukan salah aku kalau dia jatuh cinta,atau jatuh benci dekat aku..hak dia nak buat pilihan..kau dah buat salah dekat dia kan..dan dia tak nak maafkan kau,so terima hakikat yang dia tak nak kau..kalau Sya cintakan aku sekali pun..takpe,dia tunang aku..kau tak payah nak sibuk..lagi satu, kalau aku jadi lelaki.. aku pasti,aku takkan maafkan perempuan yang curang dengan aku..kau sakit hatikan bila Sya dengan aku,,begitu juga bila Sya nampak kau dengan jantan lain.."

Aisy tolak Rana sampai jatuh terduduk..
dia melangkah pergi..
namun dia teringat something..

dia ambik sesuatu dalam beg..

"Rana..nah hambek.."

gambar2 panas Rana..

"kau!!..kau dapat dari mana??"

"entahlah.. aku tak tahu..tapi kan,kau fikir Sya nak lagi ke dekat kau lepas kau dah.."

menahan geram..
nak je dia cakap Rana ni dah kena lenjan..

"kau faham kan maksud aku.."

"kau!!"

"apa2 je lah..dengar sini,kalau betul kau nak aku dengan Ris putus tunang.. kau jumpa parents kitorang.. kau pujuk rayulah diorang ya..aku nak tengok sampai mana kau tahan kena maki dengan keluarga kitorang.. apatah lagi kalau aku bagi gambar2 kau ni..lagi satu,tak salahkan kalau aku jatuh cinta dengan Ris..lagipun dia tunang aku..lepas ni jangan ganggu hidup aku lagi,,kalau tak..aku sebarkan gambar kau ni..kalau kau rasa aku cuma bermain..sila cabar aku.."

Aisy masuk dalam kereta..
ambik air untuk diminum..
nak redakan panas dalam badan dia..

dia mula memandu..
dia memandu laju..takpe..
dia dah terer dalam memandu laju..
belum pernah dia accident..

Rana!!
kali ni dia akan berkeras..
kalau Rana ganggu dia lagi..
dia akan buat perempuan tu menyesal..
ditambah dengan orang yang cuba rogol dia..
dia takkan lepaskan 4 orang tu..
hanya tunggu masa sesuai..

"hello cik Sya..kami dah jumpa identiti keempat-empat lelaki tu.."

"bagus..aku nak tengok identiti diorang.. hantar hari ni..aku tunggu dekat rumah..''

" baiklah cik..saya tutup panggilan.. "

"ok.."

menyinis muka Aisy..
tak lama lagi..
dendam dia terbalas..
dia akan buat apa yang telah dia tekad nak buat..

tak sabar nak balas..
dan nak tengok reaksi empat lelaki tu..
Aisy seorang yang bahay bila marah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience