"Zis.."
"apa Sya??"
"aku nak cakap ni.."
"cakap je lah.."
"kau rasa,Aisy tu terasa ke??"
"terasa kenapa pulak??..apehal kau buat dengan kak Aisy??"
"aku ada bagi tahu yang dia tak tahu macam mana rasanya bila terpaksa tinggalkan orang yang dia sangat cintakan..then aku cakap,walaupun aku dah tak cintakan perempuan tu,perasaan tu masih terasa..lagipun,perempuan tu curang.."
"wait,kau bagi tahu perasaan kau pada Rana dekat kak Aisy..kau biar betul Ris.."
"aku tak sebut nama..tapi dia tahu siapa aku maksudkan.."
"mestilah dia tahu siapa yang kau maksudkan..kan kau ada cakap pasal 'perempuan tu curang' "
"lepas tu dia kata,aku terpaksa tinggalkan Rana sebab aku dah tunang dengan dia..dan dia kata dia faham.."
"ish kau ni Ris..apa pasallah kau ni tak berfikir betul2 bila bercakap..sah2 kak Aisy tu terasa.."
"dah tu nak buat macam mana??"
"kau cakaplah elok2..yang kau tak maksudkan nak sakitkan hati dia.."
"tapikan,dia sakit hati sebagai apa ae??"
"of course tunang..tak pun sebagai kawan.."
"huh..haduh.."
"tulah kau Ris..cari hal tul lah kau ni..dah arr,aku ada hal..kau fikirlah sendiri nak berbaik dengan kak Aisy macam mana..aku tak nak tolong..bye.."
"woi Zis..Zis.."
"tak nak.."
huh..
susahlah macam ni..
Ria takde idea langsung nak minta maaf ni..
lagipun,selama ni mana ada Ris buat Aisy macam ni..
tu yang takde pengalaman tu..
terimalah Ris..
salah kau juga..
~~~~~
"kak.."
"hah Syan..kenapa??"
"kenapa dua,tiga menjak ni..kau macam tak comunicated dengan Ris..ada problem ke??"
"takde apa..kitorang busy je..lagipun kitorangkan memang tak rapat..so,perkara biasalah.."
"tapikan..dia dah jadi fiance kau..tak manis tau orang tengok korang macam tu..masam je kitorang tengok..nasib baik tak pahit dengan masin.."
"aikk..istilah mana pulak kau ambil masin ni??"
"istilah rasa makanan..Huhu.."
"ihh kau..ada-ada je.."
"hah..jangan tukar topik pulak.."
"meh aku luah perasaan dekat kau.."
"perasaan apa??..sedih??..gembira??..sentap??..or what??"
"ermm..aku terasa.."
"terasa kenapa??"
"Ris,dia kata dia terpaksa tinggalkan ex-gf dia sebab tunang ngan aku..walaupun dia dah tak cintakan ex-gf dia..tapi masih terasa sakit tu..so,aku rasa aku ni penghalang cinta diorang pulak..dulu,aku fikir Ris menjauh dengan ex-gf dia sebab dah benci..sebab,ex-gf dia curang..rupanya,tak..sangkaan aku salah.."
"kau nak aku balas??"
"tak jangan..aku nak luah perasaan aku ni je..bukan nak kau balas.."
"hah,sakit pulak hati aku.."
"dan aku pulak,macam nak nangis.."
cepat Syan memaut wajah Aisy..
"jangan menangis..aku tak boleh tengok airmata kau mengalir.."
"ok..lepaskan muka aku..jangan pandang aku..nanti aku meraung kang.."
"ok.."
pautan dilepas..
lantas Aisy memandang ke atas..
tak nak airmata jatuh..
tengok depan semula..dan mengelap kasar airmata..
"dah..aku tak nak nangis dah.."
"sedih aku tengok kau ni.."
Syan membawa pulak Aisy dalam pelukan..
dia ialah adik penyayang yang tak suka airmata kakak dia mengalir..
dia boleh rasa sakit tu..
dia dengan Aisy sangat rapat..dengan abang dia juga..
diorang bertiga menjaga satu sama lain..
susah diorang nak berpisah..
sebab,mummy daddy diorang tak selalu ada untuk diorang masa kecil..
diorang selalu outstation..
sebab mummy daddy diorang perlu majukan syarikat..
bila diorang dah meningkat remaja..
barulah mummy kurangkan penglibatan dalam pekerjaan daddy..
dekat situ mummy lebih mendekati anak-anaknya..
"dahlah Syan..akak dah ok ni.."
"akak nak makan??"
"tak naklah..kenyang lagi ni.."
"ermm..kita makan pizza ke,burger ke..apa-apa je lah..asalkan hati akak aku ni tak sedih-sedih..kita bawa Syaf dengan mummy jalan,ok??"
senyuman manis diberi Aisy kepada Syan..
"kau ni Syan..diorang sibuk tu kan.."
"sibuk apa??"
"lupalah tu kan..mummy sibuk atur perkahwinan aku..abang kita pulak,jumpa kawan dia.."
"apa susah,kita dua je lah..kita jadi couple of siblings.."
"eleh kau..couple of siblings konon,kang aku kena kecam lagi..Anak Tan Sri Nazir,Aisy Natasya keluar lagi dengan lelaki lain.."
"bukan kita dah hantar gambar dekat medsos kau ke,pasal aku dengan abang balik.."
"mana tahu diorang tak percaya ke.."
"takkan punya..nanti mintalah daddy yang bagi tahu,yang aku memang adik kau..ADIK KANDUNG.."
"apa-apa ajelah..hah,jomlah keluar.."
"betul ke ni??"
"betul Syan..dah jom bersiap.."
"yes..jom bersiap.."
.....
"Aisy.."
"kus semangat..mummy, kenapa ni??"
"kamu bersiap-siap ni..nak pergi mana??"
"keluar.. dengan adik Aisy tu..Asyan.."
"pasal perkahwinan kamu ni,kamu tak kisah??"
"buat je lah my..Aisy ikut je..jangan pulak buat majlis kahwin kat longkang,sudah.."
"kamu ni,,dekat longkang pulak.."
"guraulah my..tapi,pastikan ada biru laut ye..kang,Aisy lari masa nak kahwin tu..kita juga yang malu.."
"ada hati pulak kamu nak lari ye,nanti mummy kerjakan mummy.. "
"tu kalau mummy jumpa Aisy lagi,kalau mummy tak jumpa Aisy,macam mana??"
"apa kamu cakap ni Aisy..buat mummy takut tau.."
"chill mummy.. chill..tu Aisy terfikir je.."
"dah,jangan cakap mengarut lagi..pergilah ikut Syan tu..jangan lambat balik,keluarga Ris dinner sini.."
"ok my..Aisy pergi dulu.."
"yelah Aisy.."
semua perbualan mereka didengar mama Ris..
risau juga mama dengan apa Aisy cakap tu..
macam petanda tak baik pulak..
Aisy terberhenti di tengah-tengah pintu utama..
bila mana Ris menahan dia..
"Aisy..aku nak cakap sikit dengan kau boleh??"
Aisy mengetap bibir..
macam mana ni..
dah biar Ris bercakap je ke,tak..
"kak Aisy..lama lagi ke??"
Syan pulak menjerit pada Aisy..
dia dah masuk dalam kereta..
"lain kalilah Ris..Syan dah tunggu aku..sorry.."
Aisy melepaskan pegangan tangan Ris pada lengannya
Ris hanya mampu mengeluh kecil..
hubungan diorang dah dingin..
dia tak berkesempatan nak bercakap dengan Aisy..
Aisy pasti mengelak nak jumpa dia..
risau pula Ris kalau keadaan berterusan macam ni..
"Ris.."
mama dah panggil..
Ris datang rumah Aisy sebab nak bincang hal kahwin..
nampaknya Aisy tak berminat nak bincang hal kahwin ni..
macam Ris sorang pulak nak kahwin..
Ris meneruskan langkah mendekati mamanya dan Puan Sri Asya..
dia akan cari cara nak cari peluang bercakap dengan Aisy..
dia tak nak terbelenggu dalam rasa bersalah macam ni..
ya..
dia mengaku salah dia sebab cakap tak fikirkan perasaan Aisy sebagai tunang dia..
dia tak sengaja..
Share this novel