"daddy.. kenapa nak Aisy kahwin awal ni??..dah lah Aisy masih belajar..kenapa dah nak kahwin??"
"daddy cuma tak nak kamu kahwin dengan lelaki yang entah dari mana..Ris tu dari keluarga yang baik.. "
"ke sebab papa dia tu kaya..supaya ada sokongan daripada parents dia.."
"Aisy..jangan biadap dengan daddy.."
"my..mummy pun setuju ke dengan perkahwinan ni??"
"ye..mummy setuju.."
"tapi kenapa??..Aisy ni masih nak hidup bebas..kalau nak jodohkan Aisy,,boleh tak kalau bukan Ris..''
" keputusan daddy muktamad..daddy cuma nak bagi tahu kamu hal ni,,bukan nak pendapat kamu..nanti,,kamu akan tunang dengan Ris dan kahwin tak lama lepas tu.."
hati Aisy membengkak..
kenapa mesti parents dia aturkan jodoh buat dia..
dah lah kahwin dengan mamat tu..
special sangat ke lelaki tu..
"daddy nak sangat tengok Aisy kahwin dengan dia kan..fine!!..Aisy kahwin.. tapi hujung tahun ni,,kalau nak kahwin masa terdekat,,Aisy pastikan daddy dengan mummy tak jumpa Aisy lagi..''
tu dikira tahap baik dia terima perkahwinan tu..
kalau dia dah tak hormat dekat parents dia.. sekarang juga dia lari..
dia menaiki tingkat pertama rumah tu..
dan masuk ke bilik dengan hempasan pintu yang sangat 'merdu'
nak sangat daddy dengan mummy dia tahu yang,,dia tengah bengang..
huh..
~~~~~
keesokannya..
dia hanya memakai pakaian simple ke Universiti..
skinny jeans, t-shirt yang sesuai dengan badan dia..
rambut diikat rendah..dan pakai topi diterbalikkan..
beg hanya disangkut sebelah bahu..
sampai je U..
dia terus pergi tempat plot lepak Ris..
yang boleh dikatakan,,bakal tunang dia..
geli pulak dia fikir pasal tu..
" Ris.."
terkejut Ris kena panggil ngan Aisy Natasya..
"kau nak apa??"
'huh..'
mengeluh sebentar Aisy..
takkan dia nak cakap depan kawan2 Ris..
"kau ikut aku kejap.."
kepelikan Ris..
apehal perempuan ni nak jumpa dia..
bila dah jauh sikit dengan kawan2 Ris..
diorang berhenti..
"kau dah tahu pasal kita??"
"amende pulak pasal kita ni??"
"kau tak tahu lagi ke??..whatever lah..nanti bila kau dah tahu,,kau nak bincang ke..jumpa aku..tu je..''
ok..
macam tu je dia blah
dah macam tunggul Ris dekat situ..
" kau bincang apa dengan Ris??..sekejap nya"
ni kawan Aisy..
Kairyn..dan hanya dipanggil Ryn
"hal peribadi..dah jom masuk kelas..kang lambat pulak..''
" ye lah.."
.....
"hai Sya.."
"kau nak apa ni??"
takde mood dia nak layan orang hari ni..
lagi2 bila fikir pasal nak kahwin..
dia muda lagi lah..
bukan anak dara tua pun yang perlu dipaksa kahwin..
kalau dia ni andartu pun,,sanggup je dia tak kahwin sampai bila2..
"kenapa kau jumpa Sya tadi??"
"aku ada hal nak bincang.. jangan risau,, aku tak rebut bf kau tu.."
dia tak rebut..
cuma dia terpaksa untuk ambil Ris masuk dalam hidup dia..
kadang2.. Ris tu dipanggil Sya..
sebab nama dia Ris Hafsya..
nama dia sendiri ada Sya..
tu yang kadang2,, orang akan confuse..
diorang cakap pasal Aisy Natasya or Ris Hafsya..
huhu
"tapi kan..kau nampak serius masa nak cakap tu.."
nama gf Ris ni,,Kirana..kadang2 panggilan nama dia Ira,,kadang tu Rana..
"of course lah..sebab melibatkan masa depan..kalau kau tau punca semua ni..mesti kau sedih..apapun..aku tak nak fikir dah,,aku nak fokus belajar..dan jangan kacau aku.."
"ok lah..aku pergi dulu.."
"ok.."
~~~~~
"Sya..sini dulu.."
"kenapa ma??"
"mama nak bincang pasal kamu.."
"kenapa dengan Sya??"
ni buat Ris pelik..
pasal apa pulak??
ke mama dah tahu pasal Rana..
oh my god..
did is true??
"mama dah tetapkan tarikh pertunangan Sya..''
" pertunangan??.. dengan siapa pulak ni??''
"anak kawan mama"
"kawan mama mana satu??"
"Datin Asya..''
" ma..are you kidding me??"
"Sya..mama takkan bergurau hal macam ni.."
"ma..anak perempuan aunty Asya..Aisy je kan.."
"ha'ah..tu lah..hubungan Sya kan memang baik dengan dia..senang lah sikit korang nak bersama..''
" tapi ma..Sya tak nak..lagipun Sya dah ada pilihan hati Sya sendiri.."
"cara kamu cakap tu,,macam kamu mampu nak tanggung perempuan tu tanpa papa.."
"mama..mama ugut Sya ke ni??"
"mama tak ugut..lagipun ni salah Sya juga..kenapa tak kenalkan mama dengan perempuan pilihan hati kamu??..mama dah cakap banyak kali,,kalau kamu ada gf tu..kamu kenalkan pada mama papa..tapi kamu yang berdegil tak nak jumpakan dia dengan mama papa.."
"dah tu..mama nak Sya putus kan hubungan kami..semata-mata mama nak Sya kahwin dengan Aisy..no ma,,Sya akan usaha nak hidup dengan dia..''
" kamu boleh ke tanggung dia kalau papa tak support kamu lagi dalam pembelajaran kamu ni..kamu rasa kamu boleh berjaya tanpa papa.."
"ma..dah lah..Sya takkan setuju pertunangan dengan perkahwinan ni.."
"baiklah..mama nak tengok kemampuan kamu tanpa papa..mama akan tengok.."
langkah cepat diatur..
kenapa perlu atur hidup dia..
kenapa nak paksa dia kahwin..
hati dia dah tertaut pada Rana..
untuk beri hati dia pada Aisy..no..
dia takkan bagi..
kalau lah parents diorang tahu pasal hubungan sebenar diorang. memang mengamuk lah nanti..
selama ni,,diorang tak pernah sekepala..
parents diorang je yang kawan..diorang tu tak..
tapi bila depan parents.. hubungan diorang macam adik-beradik..
demi menjaga hati parents diorang..
dia terfikir pasal Aisy jumpa dia dekat U tadi..
ni rupanya yang Aisy nak bincang..
esok kena jumpa dia..
~~~~~
"Aisy..aku nak bincang pasal apa yang kau nak cakap kelmarin.."
"wow..dah tahu..bagus.."
diorang berjauhan daripada pelajar lain..
kang ada yang terdengar pasal perbincangan diorang..
diorang jadi 'famous' pulak
"apa keputusan kau pasal hal tu??"
Ris straight to the point
"aku setuju je.."
"kau dah kenapa setuju pasal tu??..kau ada hati dekat aku ke??"
"hello..sedar sikit,,rapat pun tak..takkan tiberr aku nak jatuh hati dengan kau,,agak2 lah..lagipun kau fikir aku nak sangat ke kahwin dengan kau..kalau bukan sebab daddy aku cakap tu keputusan muktamad diorang..dah lamalah aku batalkan rancangan diorang"
"dah tu kau terima macam tu je??..tak nak batalkan??"
"kau rasa aku boleh lawan daddy aku ke..kalau kau nak pertahankan cinta hati kau..boleh,,aku tak larang..cuma aku tak nak masuk campur dalam hal kau dan Rana.."
"maknanya kau betul2 pasrah pasal hal ni??''
" ya secara terpaksa..''
"kau tak nak ubah??"
"kau rasa aku ada masa nak main2 ke sekarang ni??"
"kau sanggup ke nak bersama aku??"
"kalau kau nak bincang pasal sanggup tak sanggup..aku takde masa..bye..''
" ok sekejap.."
"what now??!!"
''kau tak nak bantu aku batalkan perkara ni ke??"
"tak..aku tak nak kena smackdown dengan daddy aku!!"
"kau takkan menyesal??"
"aku sedang menyesal sekarang ni..aku menyesal,,kenapa aku tak tunjuk je perangai kasar aku dekat parents kau..dan aku menyesal,, sebab kita pura2 baik depan parents.. aku sangat2 menyesal.."
dia meninggalkan Ris..
tak nak dia berlama dengan Ris..
sejak dulu mereka tak boleh nak berbaik..
hanya sebab mereka bersaing untuk dapat nombor 1 dalam kelas..
sejak kecil juga,,diorang ni satu sekolah dan kelas..
tapi bila masuk U,,kelas tak sama sebab minat bidang berlainan..
"weh..apehal kau dengan kembar nama kau tu??"
"Ryn..jangan nak cakap dia tu kembar nama aku boleh tak.."
"wow..jangan lah marah2..mesti mustahak kan apa yang korang bincang.. sampai kau dingin"
"kau dah tahu kan..so,,jangan tanya lagi..''
" ok.."
~~~~~
"Aisy..bersedia..mama Sya dah sampai tu.."
"ye mummy.."
"kamu jangan nak bagi muka meluat kamu dengan aunty Raisya tu..kang kecil hati pulak..''
" ye mummy.. Aisy tahu lah nak buat apa..''
"kamu ni kan.."
.....
"hai Aisy.."
"hello aunty"
"Aisy rela kan jadi tunang Sya..kalau tak,,aunty tak paksa.."
"takpe aunty..Aisy ikut kemahuan mummy daddy Aisy je.."
"betul ke ni??"
"ye aunty.. tapi,, Sya nak ke jadi tunang Aisy??"
"dia setuju je..lagipun dia takkan bantah apa kami cakap.."
"kalau macam tu..bagus lah.."
bagus lah sangat..
dia juga yang kena hadap perangai lelaki tu nanti..
"tangan Aisy..aunty nak sarungkan cincin..''
" ok aunty "
sekarang dia dah jadi tunangan orang..
kena jaga tingkah laku..
entah apalah reaksi aunty uncle kalau dapat tahu si Aisy ni sebenarnya kasar..huhu..
Share this novel