Aisy nak mulakan misi membuat puding..
tidak lupa untuk membuat pankek..
apron juga tidak lupa dipakai..
kang kotor baju dia..
dah lah baju warna putih..
dia uruskan bahan2 membuat puding..
nanti minta tolong Ris gaulkan..
dah dia cakap sanggup nak tolong Aisy tadi..
kedua-dua bahan dah siap..
kedua-dua api dapur dibuka..
periuk dan kuali dah ada di atas dapur..
"Ris..I need your helps.."
Ris mendekat dengan Aisy..
"tolong gaulkan..jangan gaulkan dengan kasar pulak.."
"hrmm.."
moody ke sorang ni??
takkan dia terbabit sekali..
hiraukan je lah..
yang penting sekarang..
dia nak masak pankek..
Aisy tengah mengeluarkan cairan puding ke bekasnya..
Ria tolong tengok kan pankek..
"aku nak tanya lah Ris.."
"amende??"
"kau pernah kiss kak Aisy??"
ya Tuhan..
Zis..pertanyaan apa kau ni??
soalan tu juga kau tanya..
bila Aisy dengar je soalan Zis tu..
serta merta dia tunjuk senduk kuah yang dia pegang pada Ris..
dengan pandangan tajam..
"kiss mana maksud kau ni??"
Ris..kau ni kan..
"bibir"
"p..aduh.."
hah..kan dah mendapat..
pukulan senduk daripada Aisy..
sedap.. kena pulak dekat kepala..
geram tau tak..
"tak payah lah aku jawab..kak Aisy kau ni..ish.."
Aisy tiup senduk yang dia pegang..
seakan dia baru menembak tepat pada sasaran nya..
berimaginasi..
.....
berkat pertolongan Ris..
siap juga puding Aisy..
puding tu dah masuk fridge..
hehe..
pankek pula terhasil dalam 30 lebih keping..
kalau tak habis..
takpe,,perut Aisy ada..
wkwkwk..
"Aisy kamu.."
"eh daddy.. bila balik??..tak dengar pun bunyi kereta.."
"dah lama dah..ni kamu berkumpul dekat dapur ni kenapa??..ada mesyuarat tingkap ke??"
"takde nya..diorang saja tengok2 dapur.."
"kamu buat apa Aisy??"
"nanti daddy tahu lah..tadi daddy cari Aisy ke??"
"ha'ah..pelik je,,senyap je rumah ni.."
"mummy gosip ngan mama Ris..dekat beranda bawah.."
"tadi kamu dekat beranda atas ke..daddy nampak ada komputer riba kamu.."
"ha'ah.."
"kamu sambung lah ye..daddy pergi dulu.."
"ok daddy.."
tiberr Ris mendekat dengan dia.
berbisik pulak tu..
"bila dengar cara kau cakap dengan daddy kau..apa kata kita guna Ris-Aisy.."
"tak nak aku..aku takkan macam tu dengan kau.."
"yer lah.."
"hah..bisik apa tu??"
lah Zis..
janganlah menyibuk please..
"kau ni..sibuk je hal orang.. apa kata kau bawak Ryn tu borak..dari tadi dia diam je..ke kau buli dia ni"
"kau jangan macam2 ae..aku tak pernah buli perempuan.. "
"dah tu kenapa dia diam je??"
"mana aku tahu.."
nak mula balik ke dua beradik ni..
"Ryn..kau ok??"
"ok ok.."
Aisy tanya..
Ryn kata ok..
ye ke..
"apesal kau senyap??"
"takde yang nak dibualkan.."
"tak yang nak dibualkan ke,malu??"
"aku ok je.."
"parents kau ada cakap bila perlu balik??"
''sebelum jam 11 kena balik.."
"lama lagi.."
sempat dia tengok jam..
baru nak jam 6..
"aku dah siap ni..korang tolong aku angkat ae..aku tak larat nak bawa semua"
"ok"
.....
"pankek..siapa masak ni?"
mama tanya..
Aisy diamkan je..
"kak Aisy masak.."
"jarang dapat makan masakan Aisy ni..mesti sedap kan.. "
kembang semangkuk dah Aisy..
tapi dia cover dengan memberi senyuman..
"kawan Aisy ni siapa??..macam pernah nampak sebelum ni.."
papa menanya..mungkin sebab dia kenal Datuk Khairif.. sebab tu macam pernah nampak..
"ni Kairyn.. anak Datuk Khairif.."
"anak Datuk Khairif rupanya.. patutlah macam pernah nampak.."
"ha'ah"
kekok sangat Ryn ni..
dia diam je..
senyum nipis..
selepas selesai makan pankek tu..
diorang makan puding..
Aisy ubahsuai suhu fridge,tu yang puding cepat sejuk..
selesai je makan..
Aisy dengan Ris pergi beranda atas..
nak sambung movie diorang..
Ryn dengan Zis dengar perbualan parents..
"aarrgghh''
" Aisy..mana dah??"
"dalam baju aku.."
"buka baju kau.."
"aku tak gila nak buka baju depan kau.."
"apehal pulak anak aku teriak ni..siap nak buka baju.."
apa lagi..
diorang berenam pergi beranda atas..
"dah dekat mana??"
"woi Aisy, apesal kau lempar dekat aku.."
"mana aku nampak..hah,,kau buka baju kau.."
"lah..kau ni.."
"aku ambik binatang tu.."
cepat je Ris buka baju..
dia geli bila binatang tu dalam baju dia..
"hah aku dapat.."
serta merta binatang tu dipukul guna kayu badminton..
mengah..
terkejut diorang berdua nampak keenam-enam orang tu..
terkejut beruk diorang bila ada cicak melompat..
apatah lagi masuk dalam baju Aisy..
"kamu ni buat orang terkejut kan..cicak pun nak risau sangat.."
"daddy.. geli tau cicak tu masuk dalam baju.."
"dah lah..kamu buat apa dekat sini??"
"tengok komputer.."
"takpe..jom kita biarkan budak 2 orang ni..suka betul buat orang panik.."
budak lagi..
tak nampak ke Aisy dah berumur 21 tahun..
bukan 12 tahun..
diorang dah turun..
"kau ni Ris..memandai je suruh aku buka baju kan.."
"aku panik tau tak..kalau aku tahu tadi tu cicak,takde nya aku suruh buka baju.."
"kau pakai baju kau tu.."
"dia yang suruh buka.."
"suka hati kau lah nak pakai ke tak..aku nak sambung tengok movie.."
"hrmm.."
.....
"dah 10 30 ni..Ryn kau nak balik dah??"
"ha'ah lah..kang kena marah pulak.."
"jom aku hantar.."
"Aisy..apa kata kamu bawa Ris..risau ni kamu drive sorang2 balik nanti.."
"takpe aunty.. Aisy ok je..bukan jauh pun.."
"tapi keselamatan kamu tu penting..dah lah dua2 perempuan.."
"takpe Aisy..Ris teman kan.."
Ris dah offer diri dia..
"baiklah..kalau macam tu,gerak dulu ye.."
senyum je..
.....
"terima kasih Aisy,Ris untuk hari ni.."
"sama2 Ryn.."
"jumpa esok Aisy..dan Ris.."
"ye.."
Ris memandu balik ke rumah Aisy..
"kau kenapa kau offer diri kau tadi. aku ok je nak hantar Ryn sorang2.."
"aku kenal mama aku..kalau aku tak teman kau ni,,confirm balik rumah nanti..mama aku membebel..entah2 sampai ke pagi.."
"Ha.Ha.Ha..tak sangka mama kau macam tu.."
"Aisy..tolong lah jangan ketawa Ha.Ha.Ha. kau tu..aku rimas,dan rasa kau ketawa tu tak ikhlas.."
"pfft..aku dah biasa..nak buat macam mana.."
"kau ubah lah.."
"aku just boleh ketawa macam ni.."
'hahaha..'
ketawa yang ayu..
sebelah tangan menutup mulut..
sebelah tangan lagi dekat pinggang..
"ketawa je lah macam tu..ayu je aku nampak.."
"tengok lah macam mana.."
Share this novel