Tukar Sekolah

Mystery & Detective Series 739

Aku menekan nombor telefon penolong kanan, panggilan bersahut, " Hello..!," kedengaran suara beliau.

Aku segera menyahut, "Assalamualaikum puan!."

"Walaikumussalam.., owh ustaz.. ada apa?" Dia menjawab panggilan.

"Saya nak tanya ni, saya baru dapat surat bertukar ke sekolah puan ni, esok saya kena daftar diri pukul berapa?" Aku bertanya

" Oh.., ustaz datang pagi lah esok, saya ada waktu pagi, pengetua pun ada boleh jumpa pengetua dulu, lepas tu masuk masuk bilik saya ye," tegas beliau.

Aku tak pernah bersua dengan pentadbir ini walaupun berada di bidang yang sama mengajar di sekolah. Beliau merupakan seorang ustazah yang baru dinaikkan pangkat sebagai pentadbir di sekolah itu, senior aku yang mencadangkan aku berhubung dengan beliau memandangkan dia pentadbir sealiran di sekolah itu, di samping mendapat kepercayaan tinggi dari pengetua.

Aku bangun awal keesokan harinya, dengan tekad dan azam baru, sekolah baru ni, melancarkan segala perancangan dan tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga menjaga anak-anak yang baru menapak alam persekolahan di samping menikmati ketenangan bekerja dalam jarak rumah ke tempat kerja tidak sampai 10 km. Rakan-rakan sekolah lama aku sudah merasai keadaan ini selama ini. Aku merasakan selepas 16 tahun berkhidmat, giliran aku dapat merasai situasi yang stabil.

Memandangkan isteriku sangat sibuk bekerja dengan outsation, aku mencari ruang yang lebih tenang bagi menumpukan tanggungjawab terhadap anak-anak aku. Aku juga nekad dengan segala kemudahan ini, aku ingin menabur bakti menaikkan nama sekolah baru dengan kepakaran yang ada seperti yang aku lakukan di sekolah lain sebelum ini. Aku bersemangat ke sekolah pagi itu.

Dalam pukul sembilan, aku tiba di pejabat sekolah. Aku menemui pengetua bagi melaporkan diri.

" Kenapa pilih sekolah ini? Awak ada masalah dengan sekolah lama ke? Tanya pengetua yang cuba menguji aku, Pengetua lama awak ni, sedangkan berkursuskan? Sekolah ni muridnya ramai, dan cikgu-cikgu banyak yang sakit, nama ada, tapi body nya tiada dalam sekolah! " Pengetua itu bertegas dengan nada yang aku rasa tidaklah tegas sangat. Aku terpaku dengan kata-kata beliau, namun disudut yang lain aku dapat merasakan beliau lebih memiliki naluri keibuan melalui cara penampilan dan tutur katanya.

Aku berasa cuak, lalu menjawab dengan tenang,

"Saya datang ke sekolah ini untuk menabur bakti dalam bidang saya di samping menjaga anak-anak saya, " jawabku dengan telus.

Iya lah aku tidak ada alasan untuk membohongi sesiapa kerana aku tiada kepentingan lain. Aku tidak dapat menduga apa situasi dan budaya sekolah ini.

Selepas bersua dengan pengetua, dan lapor diri direkodkan aku masuk bilik Pn. Ramlah, pentadbir agama yang aku hubungi sebelumnya seperti yang dijanjikan. Tak berapa lama aku duduk, datang seorang Cikgu Zakri yang pernah aku kenali, nak ajak aku berjumpa di bawah.

"Err..., nanti dulu ye, saya banyak lagi urusan dengan ustaz ni.." kata Puan Ramlah pada Cikgu Zakri. Cikgu Zakri pun mengundurkan diri.

"Ustaz dah lapor diri kat pengetua ke?" tanya beliau dengan senyuman meraikan kehadiran aku. Aku merasa agak selesa namun dari segi riak aku merasakan beliau seorang yang tegas dan proaktif.

"Sudah puan, "jawab aku.

Ustaz duduk kejap ye, saya nak uruskan cikgu Fadlina ni dulu. Cikgu Fadlina melaporkan diri hari yang sama dengan aku, beliau memperkenalkan dirinya guru hampir sebaya dengan aku, mengajar bahasa Inggeris. Aku rasa lega, kerana bukan lah aku keseorangan masuk ke sini dalam bulan Mac ini. Ada geng, kata hatiku.

Setelah bersembang beberapa urusan peribadi, Puan Ramlah menceritakan budaya di sekolah ini.

" Ustaz di sini kena jaga sikit mulut, di sini budayanya lain, cikgu-cikgu di sini suka cakap belakang suka mengadu domba dan merepot, " kata Pn Ramlah mula bertegas.

Aku terkebil-kebil, bagi aku biasa saja cikgu-cikgu perempuan memang suka cerita belakang-belakang. Aku cuba menduga maksud ayat-ayat beliau.

" Saya nak bagi ustaz jawatan ketua disiplin sesi petang! " Lanjut Puan Ramlah.

Hah! parah ni, dah bulan Mac ni, kenapa jawatan berat ni aku kena pikul? tanya aku dalam hati. Dia pun menceritakan pergolakan besar dalam sekolah ini antara guru sesi pagi dan petang. Macam perang besar, tak bertegur sapa, tuduh-menuduh malah sampai tahap memanggil 'babi' kepada rakan sejawat.

" Mereka ni kerja-kerja di padang dan unit disiplin tip-top ustaz. Tetapi daru segi etika banyak masalah.Buku rekod tak hantar, keluar dari kawasan sekolah sesuka hati, ada pulak tu yang berperang dengan pentadbir kerana masalah peribadi. Pergaduhan besar antara geng pagi dan petang, sampai ada yang menggelar babi pun ada", sambung Puan Ramlah.

Ustaz, jaga-jaga dengan perangai cikgu-cikgu ni, jangan terikut dengan mereka, saya harap ustaz bawa perubahan dalam sekolah ni.", Katanya dengan senyuman.

Aku mula menjangkakan berat situasi yang sedang berlaku.

" Jangan terpengaruh dan dekat dengan Cikgu Zakri tu, dia banyak masalah, berhati-hatilah dengan dia, "kata Pn. Ramlah.

Aku mula telan air liur dan mengangguk faham. Cikgu-cikgu lelaki ni ada yang dah merajuk dan letak jawatan guru disiplin katanya.

" Ustaz kena hati-hati, di sekolah ni banyak cerita² mistik, pengetua pertama dulu katanya menurut telahan sebahagian guru yang rapat denganya, katanya mati kerana sakit akibat kena sihir. Cikgu-cikgu di sini pun ramai yang sakit macam ni, " katanya.

Aku tambah terkebil-kebil, agaknya cikgu-cikgu perempuan ada yang main ilmu hitam duga aku, sebab tu perangai mereka suka cerita di belakang dan aku masih ingat di sekolah lama tempat aku belajar dulu, ada senior cerita bahawa ada ustazah bela orang minyak masuk asrama perempuan kerana nak test ilmu yang dipakai. Aku rasa aku ni bukan jenis cari masalah dengan cikgu lelaki dan tak pernah bawak masalah pada kawan-kawan semasa di sekolah lama.

Tambahan pula ada beberapa kenalan aku di sini termasuklah Husein, Nanti aku kenalkan siapa dia. Aku difahamkan ada cikgu lain turut mendaftarkan diri, seorang bersama aku. Seorang guru perempuan, dan seorang lagi lelaki yang diletakkan pada sesi lagi.

" Saya harapkan ustaz boleh bina disiplin dan sahsiah pelajar kita di sekolah ini dengan baik, dan menerapkan unsur-unsur agama pada jiwa mereka, " kata Pn. Ramlah.

" Saya terima dengan hati terbuka walaupun jawatan ini berat, dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab saya dengan sebaiknya," kata ku, dengan perasaan separuh hati sambil menelan air liur, aku terpana kerana stress bakal menimpa. Sekolah ini muridnya hampir empat ribu orang. Boleh buat satu sekolah yang lain.

Aku tak sangka misi lain yang aku cuba bawa ke sini bakal ditenggelamkan dengan tanggungjawab berat, beban tugas yang paling tidak disukai oleh semua guru. Dari perbualan dengan Pn Ramlah, aku dapat info bahawa sekolah ini muridnya hampir empat ribu orang. Sekolah ini menjadi seolah-olah dua buah sekolah dalam satu bangunan. Ada kalangan guru tidak mengenali rakan guru yang lain kerana jumlah mereka hampir 200 orang. Tambahan pula, guru yang bermasalah berkonflik dengan pentadbir.

Aku tahu, menjadi ketua disiplin, hanya kita saja memikul tugas berat itu dari A to Z dan guru-guru lain di bawah kita tidak akan mengambil risiko seperti yang kita tanggung, kerana bidang ini amat sensitif dan tidak ada elaun. Betul-betul mengharapkan keikhlasan dan pengorbanan. Banyak masa kita terbuang dengan menabur pahala mendidik anak orang secara percuma, lebih dari menjaga anak sendiri.

Aku melangkah keluar dari pejabat, dengan langkah yang berat, kepala mula rasa pening dan merasa stress. Bayangan kerja-kerja lama sebagai setiausaha disiplin di sekolah sebelum ni muncul satu persatu dalam fikiran. Aku nak buat macam mana ni? getusku dalam hati.

Ah, aku kena kuat semangat dan boleh lakukan, kata aku dalam hati, menguatkan semangat yang sedikit rasa terjejas.

Aku turun ke bawah masuk bilik menemui Husein dan Cikgu Zakri. Bak kata orang masuk rumah orang jumpa senior dulu, jangan gedebe sangat! Aku di sambut dengan senyuman dan riang oleh Husein dan Zakri, aku tak tahu adakah gembira kerana kenalan atau ada maksud lain di sebaliknya. Apa pun aku berusaha mencari ruang yang selesa.

Selepas itu, untuk mengenali budaya dan meninjau pergerakan murid. Di samping itu, aku cuba bersembang dengan guru-guru senior, kaunseling dan guru perempuan yang bukan disiplin untuk mengetahui situasi sekolah.

Pada malam sebelum aku melaporkan diri, aku telah 'diculik' masuk ke dalam group wassap bekas guru lelaki sekolah yang berkonflik dengan Husein dan Cikgu Zakri. Selepas Husein menangkap gambar aku duduk di atas sofa dalam bilik itu, aku dihentam secukupnya dalam group itu, dengan label aku orang Husein dan Zakri. Sofa itu merupakan punca tersingkirnya geng-geng petang dari bilik disiplin guru lelaki yang kini dikawal sepenuhnya oleh Zakri dan Husein.

Jelaslah, aku mengagak bahawa sekolah ini berada dalam kawalan pengaruh senior, dan mereka bijak mengawal situasi, guru-guru bahkan peringkat pentadbir. Hatiku sedikit resah memandangkan aku adalah pendatang baru yang sama bidang dengan Husein umpama menumpang di bilik senior yang sebenarnya merupakan bilik khusus bagi kes-kes murid lelaki. Aku tidak menjangkakan apa-apa yang buruk kerana Husein adalah sama bidang dengan aku, bakal memberi kesefahaman dan kerjasama yang erat.

Sebahagian yang menghentam aku itu adalah guru sesi petang yang masih berkhidmat di sekolah itu, dan sedang berusaha untuk keluar dari sekolah itu, kerana tidak puas hati dengan Zakri dan Husein. Salah seorang admin group itu menendang aku keluar dari group, kemudian kembali memasukkan aku semula ke dalam group dan memohon maaf kerana sikap terburu-buru.

Aku memilih untuk bertenang dan memaafkan beliau, dan menyatakan aku datang untuk bersahabat dengan semua orang, bukannya ingin mencari musuh. Mereka akur dan cuba menjarakkan diri dari berjumpa dengan aku di sekolah, memandangkan aku adalah rakan sebilik Zakri dan Husein. Aku cuba mendekati mereka di samping menunjukkan sikap neutral.

Semasa aku mengatur langkah menuju ke dewan besar untuk meninjau perjalanan perhimpunan murid di dewan sekolah, lalu satu motor yang dipandu oleh seorang lelaki agak gempal dan besar yang riuh mulutnya sambil gelak ketawa besar dan berdegar-degar.

" Hai ustaz, hahaha, rajin ustaz kawal budak, hahaha, " sambung gelaknya atas motor sambil menongkat dengan kaki.

" Saya Cikgu Suji yang daftar sama hari dengan ustaz, saya sekarang sesi pagi tapi akan bersama ustaz turun sesi petang, sebab saya ada masalah nak hantar anak OKU ke pusat jagaan, kalau saya datang pagi susah lah, " katanya.

" Ooo, jomlah ke sesi petang" jawab aku dengan teruja. Nampak riaknya macam seorang yang ramah, periang, lelaki pula tu, sama-sama masuk. Boleh jadi geng ni, kata aku dalam hati. Dia pun berlalu, aku tak merasa keseorangan di sekolah ini. Ada kawan yang nampak baik dan peramah. Hati merasa gembira kerana ada kawan lelaki yang akan duduk bersama dalam bilik menemani Zakri dan Husein dan membantu tugas aku sebagai ketua disiplin. Lega..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience