BAB4 "AHMAD HANAN"

Romance Series 6752

Aku kini sudah faham dengan kisah menyedihkan yang dilalui oleh keluarga ini sewaktu mula-mula perkahwinan ayah dan mak, mereka tidak dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak setelah 3 tahun berkahwin jadi akhirnya mereka buat keputusan untuk mengambil anak angkat dan selepas berapa tahun mempunyai anak angkat maka Allah bukakan pintu rezeki untuk mempunyai anak kandung sendiri iaitu Azeem Hafi dan Adra Adiratna.

Pada mulanya aku agak terkejut sewaktu ayah memberitahu bahawa Fareeq Hamka anak sulung kepada keluarga itu bukan lah anak kandung mereka kerana cara mereka melayan nya sememangnya sama saja seperti mereka melayan dua lagi anak kandung mereka, Azeem dan Adra.

Bagiku perkara begini berkaitan dengan perihal hati dan rasa syukur memandang kan Fareeq adalah anak pertama mereka walaupun dia bukan lah anak kandung tapi dia telah membawa sinar kedalam keluarga ini dan membuka pintu rezeki mak dan ayah untuk mempunyai anak kandung sendiri, sebab itulah kata orang; Anak-anak yatim membawa rezeki.

"Hanan!" Aku terus menoleh sewaktu telingaku terasa sangat bingit akibat namaku yang dilaung sebegitu kuat sekali, kelihatan wajah manis Adra yang tersengih-sengih menampakkan giginya yang cantik tersusun bersama seorang gadis lagi disisi nya.

"Awak ni kuat mengelamun kan ? Ingat tunang eh?" Adra seperti biasa mula mengusik ku dengan topik 'bekas tunang' ku yang sudah lama meninggalkan ku akibat aku hilang ingatan selepas koma, aku tertawa.

"Buat apa nak ingat pada orang yang langsung tak ingat pada saya, baik ingat pada Allah, dapat pahala kan?" Adra mengangguk setuju sambil menepuk-nepuk bahuku lantas gadis dibelakang nya ditarik lalu didudukkan berhadapan dengan ku.

"Awak kenalkan ecah, sepupu saya." Aku membalas senyuman gadis dihadapan ku ini dan terus mengalihkan pandangan sewaktu mata kami terpaut, Adra yang sudah berdehem-dehem untuk mengusik ku seperti kebiasaan nya membuatkan aku jadi semakin tidak selesa.

"Saya ada bawakan sikit makanan sebagai tanda perkenalan kita, jemput makan." Aku melihat kedalam bekas Tupperware yang dibuka ecah buatku, terdapat pelbagai kuih-muih yang semua nya aku idamkan sewaktu pertama kali memijak kan kaki di kampung ini dan akhirnya dapat juga aku merasa.

"Terima kasih, saya makan ya.." Ecah laju mengangguk bersama senyuman manis nya lalu menyuruh aku untuk mencuba kuih-kuih yang katanya dia buat sendiri, dengan bacaan bismillah aku menyuap kan kuih tart nenas kedalaman mulutku, belum sempat aku mengunyah belakang ku ditepuk kuat membuatkan tart nenas tadi tersembur keluar tepat pada wajah Adra.

"Ya Allah Adra, maafkan saya.." Tisu aku hulurkan pada Adra yang terkelip-kelip akibat semburan tart nenas dariku, Azeem dibelakang ku sudah ketawa terbahak-bahak melihatkan wajah Adra kini.

"Angah!!!!!!!!" Jeritan nyaring Adra membuatkan aku dan ecah memejamkan mata kami rapat sebelum Adra berlari mengejar angah lalu melompat keatas belakang Azeem seperti biasa nya jika mereka berdua bergaduh, Azeem pula tidak mahu mengalah dengan adik perempuan nya.

"Mereka memang macam tu, awak okay tak ?" Soal ecah lembut saja kedengaran tidak seperti Adra yang agak ganas, patutlah semua orang selalu membanding kan ecah dengan Adra kerana perangai mereka jauh beza walaupun sama-sama anggun.

"Saya okay lagipun saya dah biasa dengan mereka, gaduh-gaduh manja saja tu." Aku melihat kearah Adra dan juga Azeem yang masih tidak berhenti bergaduh, yang abang masih tidak mahu mengalah dan yang adik masih tidak puas memukul abangnya sehingga abangnya itu meminta maaf.

"Best tak duduk dekat sini ?" Aku terus mengangguk dengan senyuman sewaktu soalan itu ecah ajukan padaku. Walaupun baru seminggu aku disini entah kenapa aku merasakan bahawa kampung ini adalah rumahku, keluarga ini adalah keluarga ku kerana mereka sangat mengambil berat tentang ku berbanding keluarga kandung ku.

"Apa yang best disini bagi awak ?"

"Semuanya. Penduduk kampung yang baik, permandangan indah, hubungan kekeluargaan yang saya impikan selama ini dan kasih sayang yang diberikan pada saya disini. Semuanya saya suka kerana kehidupan di sini jauh berbeza dengan kehidupan di bandar bersama keluarga kandung saya." Ecah tersenyum mendengarkan luahan hatiku sebelum kepulangan ayah dan mak mematikan perbualan kami.

"Adik, angah, sudah-sudahlah tu bergaduh nya mari sini mak dan ayah nak cakap sikit." Adra dan Azeem sudah berhenti berbalas sebelum Azeem menggendong adiknya dibelakang badan dan dibawa sehingga dipondok kayu dihadapan sisi rumah.

"Ada apa mak, ayah ?" Soal Adra yang mengambil tempat disisi sepupunya ecah, mak dan ayah memandang sesama mereka sebelum ayah berdehem beberapa kali menandakan perbualan ini adalah mengenai topik yang serius.

"Kami berdua sudah membuat keputusan untuk menikahkan Adik dengan menantu pilihan ayah dan mak pada bulan depan." Adra yang baru saja ingin menyuapkan kuih kedalam mulutnya yang ternganga luas jadi tidak berkelip, ecah terus memeluk Adra erat.

"Wah tahniah sepupu kesayangan ku, nak kahwin dah kau!" Kini ecah saja yang teruja suka memandangkan angah sibuk bermain dengan telefon pintar nya sebaik saja menangkap gambar Adra yang ternganga luas akibat terkejut lalu dihantar pada group whatsapp.

"Adik kawin bulan depan ?!" Soal Adra dengan mata terbuntang nya, mak dan ayah mengangguk dan Azeem terus merakam perbualan kami.

"Dengan ustaz tu ?" Soal Adra lagi, mak dan ayah berkerut.

"Ustaz mana pula ni ?" Soal mak semula Adra menunjuk pada Azeem.

"Angah kata lelaki tu ustaz 30juzuk Al-Quran." Mak dan ayah hanya menggelengkan saja kepala mereka dengan perangai Azeem yang gemar mengenakan Adra, tangan Adra ditarik ecah.

"Alaaa tak kisahlah kalau dia bukan ustaz 30juzuk Al-Quran sekali pun asalkan dia boleh bimbing kau masuk syurga.." Pujuk ecah dianggukan oleh ayah dan mak, aku hanya diam membiarkan keluarga ini berbincang sesama mereka sambil mulutku sibuk mengunyah kuih.

"Jadi mana bakal suami Adra ? Tak akan tak boleh tengok dulu sebelum berkahwin, sudahlah pasangan sehidup semati jadi perlulah kenal dulu hati budi masing-masing." Omel Adra tidak puas hati, sekali lagi mak dan ayah memandang sesama sendiri sebelum mereka berdua tersenyum.

"Adik terima ke ?" Soal ayah, Adra menggeleng.

"Tak, adik nak kenal dia dulu baru adik terima."

"Adik dah lama kenal dia sekarang tinggal bina rumah tangga bersama saja." Tambah mak pula, Adra berkerut.

"Siapa lelaki tu sebenarnya maklong, paklong ?" Soal ecah disisi, mak dan ayah tersenyum lagi dan terus menunjukkan pada aku yang sedang sibuk mengunyah.

Pft.

"Ahmad Hanan ?!" Soal Adra, ecah dan Azeem serentak, aku juga terkejut.

"Saya ?" Soalku, ayah menepuk bahu ku sambil mengangguk mengiakan soalan ku tadi, begitu juga dengan mak.

"Kami memang dah lama nak menantu kan kamu Hanan, dari lepas kemalangan lagi. Keluarga kamu pun bersetuju untuk menyatukan kamu dan Adra sebab tu papa kamu hantar kamu ke mari supaya dapat berkenalan dengan Adra dan sambil itu dapat menenangkan fikiran disini." Aku menoleh memandang Adra yang turut memandang ku, ecah menyalami mak dan ayah lalu terus minta pamit untuk pulang kerumah katanya.

"Ecah, ecah!" Laung Adra pada ecah yang berlalu tanpa menghiraukan sepupunya, tadi dia turut teruja tapi kini dia seolah-olah tidak gembira setelah mengetahui akulah lelaki yang menjadi pilihan paklong dan maklong nya.

"Kamu suka pada Adra kan Hanan ?" Aku hanya diam membisu tidak tahu mahu menjawab apa bila mak menanyakan soalan begini, suka semestinya kerana Adra adalah seorang gadis yang baik walaupun luaran nya nampak kasar.

"Tak sangka kau akan jadi adik ipar aku, tahniah bro semoga kau bertahan dengan Adra yang lasak ni.." Sempat pula Azeem mengusik Adra sebelum pamit berlalu mahu ke padang memandangkan dia ada janji bersama team bola sepaknya petang ini, aku dan Adra bertaut pandangan buat seketika.

"Assalamu'alaikum.." Kami semua mengalihkan pandangan melihat Fareeq yang telah pulang setelah seminggu balik semula ke Kuala Lumpur atas urusan kerja nya saja memandangkan dia dan isterinya telah bercerai setahun yang lalu, Adra terus memeluk nya.

"Ada tak barang tu ?" Soal Adra yang sudah melepaskan pelukan, Fareeq mengangguk lalu menunjukkan pada kereta nya dan Adra terus berlari kearah kereta Fareeq.

"Ada apa-apa ke mak sampai Adra bukan main gembira lagi tu ?" Soal Fareeq pada mak dan ayah yang tersenyum suka lalu bahuku ditepuk ayah.

"Kami nak nikahkan Adra dengan Hanan bulan depan, gembira lah dia bila lelaki yang dia suka akan berkahwin dengan dia." Aku tersenyum sewaktu ayah dan mak bergurau mengenai Adra satu tahun kemudian sebagai isteri ku. lain pula dengan reaksi Azeem tadi, Fareeq meminta pamit dengan wajah bengis nya dan terus berlalu masuk kedalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience