BAB5 "ADRA ADIRATNA"

Romance Series 6752

Aku ketawa suka sewaktu teringatkan wajah Hanan yang bertukar merah sewaktu mak menanyakan sama ada dia menyukai aku atau tidak, kalaulah aku diberikan keberanian sudah lama aku meminta perkahwinan kami dipercepat kan lagi kerana bulan depan terasa sangat lama bagiku walaupun hanya tinggal lagi dua minggu saja untuk berganjak ke bulan depan, excited nya!

Tapi macam mana pula dengan ecah, sudahlah aku mengetahui bahawa dia menyukai Hanan sangat-sangat tapi aku pula yang akan bernikah dengan Hanan sedangkan itu impian ecah, hm terasa seperti diri ku ni sangat kejam kerana sanggup menikam belakang sepupu ku sendiri tapi apa yang boleh aku lakukan, aku juga menyukai Hanan!

Aku mengangkat kepala sewaktu mendengarkan pintu bilik ku dibuka, wajah along menghiasi pandangan ku. Aku terus tersenyum lalu menunjukkan pada kotak hadiah besar yang aku letakkan dibawah meja belajar ku, aku tersangat-sangatlah gembira sewaktu along memberitahu ku bahawa hadiah untuk ku sudah dibelikan nya.

"Thank you along, adik suka sangat---"

Aku terkejut sewaktu along mengucup bibir ku secara tiba-tiba, sudah lah tiada apa-apa amaran terus dia bertindak begini, aku cuba menahan along tapi dia semakin meliar pula, habis bajuku diselak nya lalu perutku dikucup dari bawah naik keatas.

"Along.." Suara ku bergetar-getar sewaktu sentuhannya terasa begitu menyamankan sehingga aku memejamkan mataku rapat.

"Abang, bukan along.." bisik along sebelum cuping telinga ku digigit nya, aku terus tersedar lalu menolak along yang jatuh terbaring disisi ku.

"This is wrong, you are my brother." Aku mengusaikan semula bajuku sebelum aku didakap erat dari belakang, leherku dicium seperti selalu sebelum tangan nya menyeluk masuk kedalam bajuku.

"I'm not your brother and you too are not my sister, I'm just adopted child so this is not wrong and for your information i'm gonna married you soon, honey.." Aku sekali lagi menolak along dan bangkit menjauhi nya, aku benar-benar tidak setuju akan hubungan ini memandangkan aku sudah menganggap along seperti abang kandung ku memandangkan kami membesar bersama.

"Jangan buat kerja gila along, adik sayangkan along hanya sebagai abang adik." Aku mengeluh berat bila tangan ku ditarik along yang memulakan hubungan ini dengan ku semenjak lima bulan lepas selepas dia dan bekas kakak ipar ku bercerai kerana perkara remeh.

"Abang cintakan Adra, dalam agama tak ada kata pun salah kalau anak angkat berkahwin dengan anak kandung keluarga yang menjaga nya melainkan kalau abang minum susu mak waktu kecil-kecil dulu tapi abang hanya minum susu botol." Aku menggeleng laju, masalah kami sekarang bukan lah kerana susu mak yang sering along bangkit kan jika aku menolak nya tapi kerana aku tidak mahu padanya.

Gais, dia Along aku !

"Adik tak boleh, ini bukan masalah hubungan darah daging tapi ini masalah hati.." Aku mengambil tempat diatas kerusi yang berpuasa dengan meja belajar ku sambil merenung along yang duduk menghadap ku dengan wajah kecewanya, Along mengeluh berat.

"Semuanya sebab Adra cintakan Hanan bukan ? tapi kenapa dia, abang boleh bagi Adra apa saja yang Adra nak walaupun abang tak kaya macam dia. bagi abang peluang untuk buktikan itu semua pada Adra.." Tangan ku dicapai along lalu dikucupnya lembut, aku menggeleng perlahan dan menarik semula tanganku yang digenggam nya kemas.

"Adra minta maaf tapi Adra hanya sayangkan along sebagai abang Adra sama seperti Adra sayangkan angah.." Along tidak berkata-kata lagi sewaktu ini lalu dia bangkit dari birai katil ku ingin berlalu, aku mencapai beg plastik bergambar teddy bear lalu aku berikan pada along memandangkan aku sudah berjanji padanya.

"Hadiah along." Ujarku dengan senyuman. aku tidak mahu hubungan kekeluargaan kami menjadi hancur kerana aku menolak along yang hanya aku anggap sebagai abang kandung ku dan mana mungkin aku akan mencintai nya lebih daripada cinta seorang adik kepada abang nya.

"Abang cuma nak kan Adra.." Balas Along yang tidak menerima pemberian ku, aku memegang tangan nya lalu beg plastik itu aku berikan padanya.

"Tapi adik hanya nak kan dia.." Perkataan dia aku tekan untuk menyedarkan Along mengenai crush aku semenjak dari zaman sekolah lagi. pada mulanya aku hanya memandang dia sebelah mata tapi selepas sebulan aku dan keluarga menjaga dia yang kemalangan, aku sudah jatuh hati padanya.

"Abang akan pastikan Adra jadi milik abang yang sah!" Bisik Along dan terus berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga sendiri, apa masalah along ni sampai macam tu sekali dia punya semangat untuk dapatkan aku ?

Tak geli ke dia bila teringatkan kenangan masa kecil-kecil kami ? dia lah yang selalu tidurkan aku, selalu teman aku ke tandas, selalu suapkan aku makan dan macam-macam lagi tugas yang patut dibuat oleh seorang abang lebih-lebih lagi abang pertama tapi sekarang dia beria-ia nak bernikah dengan aku yang dia jaga dari kecil sampai kebesaran panjang.

"Adik oh adik!" Laung Ayah dari ruang tamu, aku cepat-cepat berlalu keruang tamu lalu mendekati Ayah dan mak yang tersenyum-senyum melihat ku. Aku yang melihat mereka menjadi pelik sendiri lalu aku mengambil tempat disisi angah yang sudah pulang memandangkan hari sudah hampir senja.

"Esok Hanan akan pulang semula ke Kuala Lumpur." Aku memandang Hanan yang mengangguk dengan senyuman nya, keluhan berat aku lepaskan dengan wajah hampa. Angah menyiku lengan ku dengan senyuman nakal nya.

"Alaaa tak mau lah sedih-sedih adik kesayangan angah.. lagipun tak elok tau kalau bakal pengantin tinggal bersama, sebelum ni adik hanya anggap Hanan sebagai tetamu jadi adik menghormati dia tapi sekarang bila dah tahu Hanan ni bakal suami, tak pasal-pasal kena tangkap basah pula.."

Aku menjeling angah tajam membuatkan dia kelu tidak mampu berkata-kata, Hanan ketawa begitu juga dengan ayah dan mak yang menggelengkan kepala mendengar kata-kata tidak senonoh yang keluar dari mulut angah. aku melihat kearah belakang dinding masuk ke ruang tamu yang kelihatan nya kelibat along yang mencuri dengar perbualan ini, pasti dia sedang tersenyum kemenangan. cis!

"Cerita pasal kawin, bila ayah dan mak nak kawin kan along ?" Soal ku sekuat yang mungkin, Mak dan ayah memandang sesama sendiri lalu angah mendaratkan lengan nya yang berat mengalahkan ibu gajah diatas bahuku.

"Yelah mak, kesian angah tengok along tu. mesti kesunyian tak ada isteri, kan ada ramai yang nak kawin kan Along dengan anak perempuan mereka tapi kenapa mak dan ayah tak terima ?" Aku mengangguk laju menyetujui soalan angah ku, kelihatan Along yang berjalan mendekati kami dengan senyuman yang dibuat-buat di wajahnya.

"Yang angah sibuk tanya pasal along ni kenapa pula ? jangan lupa yang Along ni duda jadi bukan masalah besar kalau nak menduda selama nya tapi angah tu pula teruna, mesti berkahwin sekali seumur hidup. kan mak ayah ?" Mak dan Ayah mengangguk setuju dengan kata-kata along, angah sudah malu-malu kucing bila diusik oleh kedua orang tua kami. Along mengambil tempat disisiku lalu tangan angah ditolak oleh nya sebelum tangan nya dia daratkan diatas bahu, aku mencebik menyampah.

"Sibuk lah Along nak duduk sini, dah lah sempit!" Rungut ku yang benar-benar merasa sangat rimas tika ini, sudah lah sofa ini hanya muat untuk dua orang saja. angah ku pula jenis duduk besar walaupun kurus dan Along menyempitkan lagi aku yang kini tersepit ditengah-tengah mereka.

"Bukan main lagi Adra berusaha untuk pujuk mak dan ayah supaya kawin kan Along ya ?" Bisik along dengan senyuman kemenangan nya, aku menjeling nya lalu bangkit dari sofa sewaktu merasakan tersangat rimas dan panas dengan sikap along yang semakin menyakitkan hati.

"Mak, kenapa bulan depan. kalau boleh cepatkan lagi majlis tu.." Selamba saja aku bercakap dan terus berlalu kebelakang, angah ku sibuk mengusik-usik aku kerana tidak sabar untuk berkahwin katanya tapi aku langsung tidak mempedulikan dia kerana tersenyum kemenangan melihatkan riak along yang sudah berubah.

Tengoklah siapa yang Loser sekarang ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience