BAB2 "AHMAD HANAN"

Romance Series 6752

Aku turun dari kereta sebaik saja sampai dihadapan rumah batu berwarna putih suci ini yang telah banyak berubah dari saat pertama kali aku kesini, kini tanpa mengetahui sebab kenapa papa dan mama menghantar aku ke kampung ini sekali lagi, aku hanya menuruti kata mereka seperti kebiasaan nya memandangkan aku bukanlah seorang yang kuat membantah seperti adik perempuan ku di Kuala Lumpur.

"Tuan, itu anak bongsu ketua kampung. Tuan nak saya panggil ?" Soal driver baru ku yang baru saja mengeluarkan luggage ku dari bonet kereta lalu menunjukkan kearah seseorang, aku menggeleng.

Kelihatan di sisi belakang rumah ada seorang gadis yang memakai tudung tiga segi memberi makan pada ayam-ayam ternakan nya sambil bersembang dengan ayam-ayam itu sehingga langsung tidak menyedari kelibat aku disini, aku yang melihat gelagat nya hanya tersenyum kecil kerana teringat akan seseorang yang benar-benar mempunyai perilaku yang sama dengan gadis itu.

"Assalamu'alaikum!" Aku menoleh sambil menjawab salam yang diberi oleh tuan empunya badan, kelihatan sebuah kereta berjenama Proton lama yang dipandu oleh lelaki setengah usia berlalu masuk kedalam kawasan halaman rumah ini.

"Abah, mak!" Jerit gadis tadi dan terus berlari ke halaman depan, sewaktu ibunya sudah keluar dari perut kereta tubuh itu terus didakap lama sebelum ibunya dikucup merata pada setiap inci wajahnya, aku yang melihat menjadi cemburu memandangkan aku tidak semanja itu dengan mama kandungku sendiri.

"Kamu ni Hanan anak tansri Anas kan ?" Soal lelaki setengah usia tadi mungkin ayah kepada gadis itu, aku mengangguk dengan senyuman sebelum tangan nya aku kucup tanda hormat padanya sebagai sahabat papa dan juga orang yang lebih tua dariku.

"Allahuakbar! Dah besar dah kamu sekarang hanan.." Aku jadi tergamam sewaktu aku ditarik kedalam pelukan nya lalu aku didakap erat oleh lelaki itu, sepanjang hidup aku tiada siapa pernah memeluk aku begini walaupun papa kandung ku sendiri.

"Ya Allah, anak anas ni ?" Soal ibu kepada gadis itu pula, kali ini aku menyalami tangan nya sambil mengangguk mengiyakan soalan nya, buat seketika airmata nya terus mengalir? membasahi pipi sambil menatap wajahku penuh sayu.

"Mak, janganlah nangis.." Rengek gadis itu manja lalu ibunya didakap lagi, wanita di pertengahan usia itu tersenyum lalu tertawa melihat wajah anak perempuan nya yang monyok saat dia mengalirkan airmata buat orang luar seperti ku.

"Ayah hanan sihat ?" Soal ayah gadis itu pula, aku mengangguk.

"Alhamdulillah sihat, papa kirim salam pada encik dan puan." Gadis tadi ketawa mendengar aku memanggil ibu dan ayah nya sebagai Encik dan Puan yang pastinya kedengaran sangat formal.

"Tak perlulah ber encik-puan dengan kami, panggil ayah dan mak saja." Ujar ibu gadis itu sebelum suaminya mengangguk setuju, aku agak tidak selesa untuk menggelar mereka dengan panggilan itu memandangkan aku bukanlah anak mereka tapi apa salahnya kan ?

"Mak, ayah marilah masuk, sampai bila nak berdiri ni.." Rengek gadis itu lagi dengan manja sekali lagi mengundang tawa kedua orang tuanya yang terus mempelawa aku masuk tidak lupa juga luggage ku ditarik sekali masuk kedalam dan kini dengan rasminya aku tetamu mereka.

"Jemput minum." Pelawa ayah yang rancak bersembang dengan aku sewaktu hidangan ringan dihantar oleh gadis tadi, senyuman nya yang terhias cantik pada wajah putih bersihnya berjaya membuatkan aku terpaku seketika.

"Amboi kau, bukan main lagi tenung adik aku!" Aku menoleh sewaktu mendengar satu suara garau menyapa kendang telinga ku dengan sindiran tajam nya, dua orang lelaki yang aku agak sama umur dengan ku ataupun lebih tua sedikit masuk kedalam rumah dan mendekati kami.

"Hanan, dah besar kau sekarang!" Aku dipeluk seorang lelaki yang kelihatan nya lebih tua berbanding aku dan lelaki yang lagi satu, walaupun aku tidak mengingati apa-apa mengenai mereka tapi rasanya kami berkawan rapat.

"Kau ingat aku tak ?" Soal yang seorang lagi, aku menggeleng.

"Ish angah ni, hanan kan tak ingat apa-apa sebab kemalangan tu boleh pula angah tanya." Omel gadis itu sambil menjeling lelaki yang dia gelar angah itu mungkin abang kedua nya memandangkan dia yang bongsu dan hanya mempunyai tiga adik beradik.

"Eh adik tahu apa, angah ni orang penting dalam kehidupan Hanan tau. manalah tahu dia masih ingat angah macam dia ingat pada rumah kita ni." Gadis itu menjelirkan lidahnya dengan mata yang di julingkan memandang atas tanda ingin muntah dengan apa yang dikatakan oleh angah nya lalu gadis itu ketawa sewaktu aku ditangkap terang-terangan merenung nya, ah malu.

"Saya Adra Adiratna anak bongsu dalam keluarga ni, masa pertama kali awak datang kita tak rapat sangat macam awak dengan Along Angah sebab mak kata saya takut tengok mata biru awak, lawak kan?" Gadis itu ketawa sendiri sebelum dia berhenti melihat kami yang langsung tidak ketawa membuatkan wajah putihnya bertukar merah, malu mungkin.

"Memang pun, adik dulu takut sangat bila tengok mata Hanan ni sampai melalak-lalak tak nak main dengan Hanan bila Along dan Angah pergi sekolah, kan mak?" Mak mengangguk dengan senyuman membenarkan kata anak kedua nya sebelum mata mereka membulat melihatkan anak dan adik bongsu mereka mendekati wajahnya dengan wajah ku.

"Kenapa adik takut eh ? Mata dia cantiklah.." Dapat aku rasakan nafas hangat nya yang menghembus pada telinga kiri ku, satu pukulan dari angah membuatkan dia yang tidak dapat mengimbangkan diri kerana cara duduk nya terus jatuh diatas riba ku dan sempat mencium pipi ku.

"Ya Allah Ya Rabbi.." Ayah dan mak menggelengkan kepala melihat anak gadis mereka yang jatuh terbaring diatas riba ku yang duduk bersila, aku membantunya bangun sebelum tertawa kecil melihat wajahnya yang sudah bertukar merah padam.

"Angah lah ni!" Jerit nya dengan suara yang paling nyaring membuatkan kami semua terus memejam mata rapat, gadis itu naik keatas angah nya lalu dipukul-pukul nya tangan angah nya membuatkan angah nya mengadu kesakitan sambil meminta maaf.

"Ya Allah... Adra Adiratna ada tetamu ni kan cuba jaga sikit perangai tu, patutlah tak ada yang masuk minang lagi sedang kan ecah tu dah boleh buat senarai lelaki yang masuk minang dia." Omelan along nya membuatkan gadis itu mencebik lalu duduk semula dengan penuh adab, along nya disisi satu lagi direnung tajam.

"Along ni suka tau bandingkan adik dengan ecah. Adik sedarlah diri adik ni tak seberapa dibandingkan dengan ecah yang cantik, baik, lemah lembut tapi jodoh setiap manusia tu lain-lain, kalau seribu lelaki sekalipun yang masuk minang ecah tapi semuanya bukan jodoh dia, sama saja pada akhirnya mesti tak jadi apa-apa jugakan!"

Gadis itu mencebik dengan wajah menyampah nya sebelum berlalu kedalam biliknya yang terletak disisi dapur, keluhan berat dilepaskan oleh along nya sebelum angah nya tersenyum kepada aku lalu berborak kosong bersama kedua orang tuanya untuk menghilangkan suasana kekok antara kami.

"Maafkan pakcik atas kelakuan Adra ya Hanan, Adra tu baik budak nya cuma dari kecil lagi membesar bersama abang-abang nya sebab tu perangai kasar sikit." Aku mengangguk faham sebelum membalas senyuman mereka semua yang terpamer riak malu di wajah mereka, mungkin kerana kelakuan gadis bernama Adra itu.

"Its okaylah ayah, mak tapi saya rasa tak mungkin lah tiada yang masuk minang anak ketua kampung yang cantik macam tu, ada apa-apa masalah?" Aku mempamerkan riak ingin tahu yang tidak tahu malu, sudah lah aku langsung tidak mengingati mereka kecuali rumah mereka ini tapi kini aku menyoalkan pula perihal anak bongsu mereka.

"Sebenarnya ada yang masuk minang tapi semuanya kami tolak sebab kami ada menantu pilihan kami sendiri, kenapa Hanan tanya ?" Soal mak dengan senyuman nya yang langsung tidak pudar, angah disisi menyiku aku dengan senyuman penuh makna nya.

"Kau berminat ke nak masuk minang si Adra tu ? Mesti setiap malam kau menjerit terpekik sebab Adra belasah kau bila kau sentuh dia.." Angah ketawa sendiri kerana gurauan yang dibuatnya, mak dan ayah hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan anak kedua mereka sebelum mempelawa aku menjamah hidangan yang disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience