BAB1 "ADRA ADIRATNA"

Romance Series 6753

Melihatkan terik matahari diluar perpustakaan awam ini yang pastinya berjaya memanaskan seat moto kepunyaan ku yang aku parkir dihadapan perpustakaan saja memandangkan niat ku kesini hanya lah untuk mengambil beberapa buah buku dan mengulangkaji di cafe korean halal yang tidak jauh dari perpustakaan ini jadi terbantut akibat tidak mahu punggung ku jadi panas ketika membawa motor, keluhan berat aku lepaskan.

Ecah lovely cousin;

Babe, where r u ?

Mesej yang baru diterima dari sepupu kesayangan ku membuatkan keluhan ku semakin kuat saja bunyinya mengundang pandangan beberapa orang yang tidak aku dikenali yang duduk tidak berapa jauh dari ku dan hanya memerhatikan saja gadis sekolah menengah ini yang pastinya disangka mereka tidak memahami peraturan didalam perpustakaan.

Babe aku stuck dekat library, aku parking moto dekat luar tadi sebab ingat nak singgah kejap je sekali terbabas pula. Kau datang sinilah, aku tunggu.. ")

Sepupu ku ecah sudah menerima balasan mesej dari ku tapi ecah kelihatan nya tidak berniat untuk membalas jadi aku pun beranggapan saja bahawa sepupu ku itu akan datang ke mari dalam sepuluh minit lagi dan sementara menunggu sepupu kesayangan ku lebih baik aku menyambung semula bacaan ku yang tergendala sebentar tadi.

Selama lima belas minit menunggu akhirnya muncul juga orang yang dinanti-nantikan oleh ku, tanpa memberi salam atau sapaan ecah terus mengambil tempat disisi ku dan cepat-cepat membuka kata kekunci telefon nya sebelum menunjuk kan sesuatu kepada aku yang sedang ralit dengan buku ditangan.

"Adra tengok lah !" Bentak ecah disisiku setelah omelan nya tidak aku endahkan dari tadi, aku mengeluh perlahan sebelum merampas telefon pintar ecah dan melihat apa yang ecah mahu tunjukkan sangat kepada ku. Buat seketika mataku terbuntang lalu aku menggosok mataku berselang-seli sambil melihat gambar didalam telefon pintar ecah.

"Ahmad Hanan weyh !" Kata ecah separa menjerit, bahuku digoncang nya berkali-kali sehingga membuatkan kepalaku pusing lebih-lebih lagi bila melihatkan wajah lelaki itu, makin kacak!

"Dengar cerita dia akan datang sini tak lama lagi, Aku tak sabar nak jumpa dia Adra. Arghhhhhhh...." Ecah disisiku sudah ketawa gembira sambil tubuhnya menjadi lembik seperti sotong yang tidak mempunyai tulang belakang dan terus beralun-alun.

"Maaf mengganggu, boleh perlahan sikit suara awak ? Ini perpustakaan." Tegur seorang lelaki lembut saja bahasa yang dia gunakan, aku mengangguk dengan senyuman lalu minta maaf sebelum ecah yang masih tersenyum suka menarik aku keluar dari library dan lepak di restoran berdekatan perpustakaan ini.

"Aku tak sabar nak jumpa dia depan mata aku adra ! Aku nak peluk-peluk dia then luahkan perasaan aku dekat dia, mesti nanti dia ajak aku dating."

Dengan yakin nya ecah bercerita, aku hanya mengangguk mengiakan saja kata-katanya. Untunglah sepupu aku ni ada rupa paras yang cantik lagi menawan kalau dibandingkan dengan aku yang nerd lagi selekeh ni. Pernah juga aku teringin nak jadi seperti ecah yang sememangnya lahir-lahir lagi sudah mendapat gelaran cantik, terkenal dan disukai ramai tapi aku tak boleh disebab aku hanyalah aku dan beginilah aku. but is okay, i like a real me!

"Handsome nya !" Bisik ecah sebelum mengucup screen telefon nya beberapa kali, aku yang melihat hanya tersenyum dan menggelengkan kepala sambil menghirup air milo dinasour yang aku pesan dan baru saja dihantar oleh waiter.

"Kau ni kenapa macam tak suka je aku dengan Hanan?" Wajah cemberut ecah mengganggu pandangan indah ku buat seketika, aku laju menggeleng lalu merampas lagi telefon pintarnya sebelum wajah putih bersih lelaki itu aku tenung dengan rambut nya yang berwarna kelabu, seluar pendek atas lutut nya, alahai..

"Macam bukan Islam dah." Spontan aku bercakap tanpa memikirkan perasaan ecah yang pastinya marah jika mendengar aku mengata teman lelaki impian nya itu, adra kau memang tak sayang mulut.

"Weyh tak baik cakap macam tu lagipun ini gambar dia masa muda lah!" Ecah merampas semula telefon pintar nya sebelum menatap semula wajah lelaki itu pada lock screen telefon nya sambil menghirup teh laici ais yang dipesan oleh ecah seperti kebiasaan nya.

"Aku tak bermaksud nak hina dia tapi aku kesian tengok dia yang dah tak nampak gaya orang Islam semenjak duduk dekat luar negara.." Aku turut menatap gambar lelaki itu sambil menepuk-nepuk bahu ecah meminta dia supaya jangan bersedih dan pimpinan lelaki itu semula ke jalan nya benar jika mereka bercinta suatu hari nanti.

"Yelah tapi ini gambar dulu Hanan, dengar cerita sekarang dia dah berubah tau." Kata ecah yakin, aku menjeling nya.

"Kau dengar dari mana ?" Ecah diam membisu kemudian menjungkitkan bahunya berkali-kali sebelum tersenyum lebar.

"Ha! Aku ada idea bernas untuk tolong dia." Keningku terangkat sebelah bila mendengarkan kata ecah itu, senyuman penuh makna ecah serta merta membuatkan aku menjeling nya lalu menggeleng tidak setuju kerana aku tahu sangat bagaimana ecah menyusun rancangan nya yang disertakan dengan senyuman penuh makna nya.

"Tak nak dan tak boleh!" Ecah memeluk lengan ku lalu wajah nya digesel-gesel pada lengan ku.

"Please adra, just this time im asking for your help." Rayu ecah bersungguh-sungguh, aku masih menggeleng tidak setuju kerana rancangan ecah bukan hanya melibatkan aku malahan keluarga ku sama seperti rancangan nya yang dulu.

"Tak boleh ecah, abah mesti tak bagi." Ecah terus mengangkat wajahnya yang sudah tersenyum penuh makna lalu bahuku ditepuk nya.

"Pasal paklong dan maklong kau jangan risau biar aku yang uruskan dan kau pula kena uruskan Along dan Angah sebab mereka tak akan terpujuk dengan aku tapi kalau kau yang pujuk mesti berjaya!" Kata ecah dengan yakin sekali, aku hanya mempamerkan riak wajah tidak berminat dengan rancangan bodoh ecah ini.

"Babe come on lah, kali ni saja aku minta tolong kau nanti-nanti kau pula yang boleh minta tolong pada aku, apa saja semua nya aku akan buat demi kau sayang ku.." Aku menjeling ecah yang sudah memulakan sesi berbasa basi lesbian nya dengan ku supaya aku menyetujui cadangan gilanya seperti selalu, keluhan berat aku lepaskan.

"Kau ni kan, nasib baik satu-satunya sepupu perempuan yang aku ada kalau tidak memang tak kuasa aku ikutkan rancangan gila tak masuk akal kau ni !" Aku cepat-cepat menghabiskan minuman ku dan membayar minuman aku dan ecah di kaunter kemudian kaki ku mengatur langkah ke arah motor ku diikuti ecah.

"Babe jangan marah.." Ecah terus berusaha memujuk ku sedangkan aku sedikit pun tidak marah cuma aku tidak senang dengan rancangan gila nya yang melibatkan pangkat ayah ku, ecah naik keatas motor dan duduk dibelakang ku.

"Adra Adiratna, permata indah yang perawan lagi cantik~~"

"Diamlah lecak!" Aku mencebik sewaktu ecah menyanyikan lagu dodoian ku sewaktu masih kecil-kecil dulu, walaupun kesemua sepupu-sepupu ku merasakan lagu itu kelakar memandangkan liriknya terpahat namaku tapi aku merasakan ianya lagu terbaik yang pernah aku dengar dan dikarang sendiri oleh kedua-dua abangku, Along dan Angah.

"Adra Adiratna tak marah kan ?"

"Bila masa pula aku marah ?" Aku menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum keluar dari simpang restoran makcik senah ini, biasanya orang di kampung tidak akan melihat ke kiri dan ke kanan kerana lorong kecil ini jarang sekali diguna kecuali oleh orang-orang yang duduk disekitar sini tapi aku lain kerana aku amat mementingkan keselamatan.

"Maksudnya kau setuju lah ?" Soal ecah dibelakang, aku masih membisu.

"Aku tak tahu sama ada berita tu betul atau tak tapi aku yakin yang dia dah berubah sekarang, aku yakin !" Tambah ecah lagi saat aku tidak membalas soalan nya.

"Kalau kau yakin sangat buat apa nak buat rancangan ni ?"

"Alaa kau ni macam tak tahu pula, ini adalah plan A kalau dia tak berubah lagi tapi kalau dia dah berubah kita tak perlu lah guna rancangan ni, okay ?" Pipi ku dicubit-cubit oleh ecah yang ketawa gembira, aku yang melihat dari cermin sisi motor hanya menjeling.

"So apa rancangan penuh kau ?" Entah apa yang merasuk kini aku seolah-olah berminat pula sedangkan pada awalnya tadi aku yang sekerasnya membantah.

Tapi betul ke dia dah berubah ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience