Bab 14

Romance Series 1216323

Bab 14

KINI mereka berdua duduk sambil bertentang mata. Umaira dengan lagak divanya, bersilang kaki sambil berpeluk tubuh. Sementara Syed Redza pula, duduk bersandar dengan tenangnya, sambil mata terus merenung tajam ke dalam mata Umaira.

"Macam mana awak tahu saya ada temujanji dekat sini?" soal Syed Redza.

"Well, saya ada mata dan telinga dimana-mana. Untuk mencari maklumat seseorang macam tuan ni, sangat mudah. Tambahan lagi, profile tuan yang sangat menarik di dalam apps tu. Ramai yang tinggalkan komen. Not bad. Sampai saya sendiri pun ikut ter...tarik." Sengaja Umaira menekan perkataan tertarik itu dengan sinis. Syed Redza merasa seluruh wajahnya naik membahang ketika ini. Namun sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya agar sentiasa kelihatan tenang.

"Who is Miss Laura? Where is she?" soal Syed Redza, ingin tahu. Sepatutnya, hari ini dia ada temujanji dengan wanita yang disebutnya itu, tetapi malah Umaira pula yang muncul.

"Someone that I know," jawab Umaira selamba.

"You mean..." Sengaja Syed Redza memberi jeda ayatnya.

"Ye. Saya guna account Laura. Dia memang wujud," jelas Umaira.

Syed Redza perlahan menghela nafas. "Kenapa perlu menyamar? Awak tak ada account sendiri ke?"

"Kalau saya guna account saya, tuan mungkin tak nak layan saya," jawab Umaira berterus-terang.

"Tahu pun," gumam Syed Redza.

Umaira terus mengetap bibir. "Okay lah. If that so, saya pergi dulu. Nanti saya panggil Laura datang sini," ujarnya lalu mengangkat punggung.

"Maira, no!" Syed Redza terus bangun cuba menghalang Umaira dari beredar dari situ.

Umaira tidak jadi melangkah. Dia merenung wajah Syed Redza yang jelas serba salah itu. "Apa?"

"Please, sit down," pinta Syed Redza.

"Habis tu, Laura?" soal Umaira dengan wajah datar.

"Cancel. Let's talk," ucap Syed Redza.

Umaira sembunyi senyum lalu kembali melabuh punggung di atas kerusi. Syed Redza menghela nafas lega lalu duduk di tempatnya.

"Let's straight to the point. Why you come here? What do you want?" soal Syed Redza tanpa berkias.

"Let's get married," ujar Umaira selamba.

Syed Redza terpempan. "Apa? Bukan ke, awak benci saya selama ni?" soalnya seakan tidak percaya.

"Never said that I hate you. Tapi, bukan ke itu tujuan tuan guna apps tu dan mengadakan pertemuan secara rahsia ni? Untuk berjumpa dengan calon isteri?" soal Umaira dengan menjongket sebelah keningnya.

"Ye, tapi bukan seperti yang awak fikirkan, Maira," ujar Syed Redza.

Umaira terus mengerut kening. Bukan seperti yang aku fikirkan? Maksudnya?

"I’m so curious. Betul ke, tuan tolak semua pilihan aunty selama ni? Atau, lamaran tuan yang kena tolak?" soal Umaira membuat Syed Redza terus tersenyum sinis.

"Tak ada satu pun lamaran saya ditolak oleh mana-mana wanita selama ni, malah ada yang sanggup tawarkan anak perempuan mereka sendiri dekat saya," ujar Syed Redza dengan bangganya.

Hampir termuntah Umaira mendengarnya. Sombongnya dia, Nauzubillah!

"Then, kenapa seorang pun tak berkenan? Tuan ni, gay ke?" soal Umaira.

"Berapa kali saya nak cakap dekat awak. Kalau saya gay, kenapa ajak saya kahwin?"

Degh! Umaira terkedu.

"Jawab lah. Kenapa ajak saya kahwin, kalau saya gay?" soal Syed Redza lagi apabila melihat Umaira seakan kematian kata.

"Sebab kalau tuan gay, selamat hidup saya," jawab Umaira semborono.

"Maksud?" Kening Syed Redza berkerut nipis, cuba menghadam maksud kata Umaira itu.

"Kalau tuan gay, tuan pasti tak bernafsu dengan perempuan kan? So, bagus lah tu," kata Umaira berbaur ejekan.

"Oww... Kalau saya bisexual, macam mana?" Sengaja Syed Redza berkata demikian.

Senyuman Umaira terus mati. Terkedu seketika.

"I'm a normal guy, dear," ucap Syed Redza.

"Okay. Kalau normal, kenapa tuan guna cara ni untuk dapatkan calon isteri?" soal Umaira. Kali ini, Syed Redza pula yang terdiam, mati kata.

"Tuan, saya tahu apa niat sebenar tuan disebalik semua ni," ujar Umaira mula serius.

Syed Redza masih tetap diam. Namun, keningnya kelihatan berkerut nipis.

"Tuan nak kahwin bukan sebab tuan sendiri yang nak kahwin, tapi disebabkan tuan hanya ingin memenuhi syarat arwah Tuan Syed Maarof untuk mengukuhkan kedudukan tuan di dalam empire arwah," ujar Umaira.

Syed Redza jelas terpempan. Dia tidak menyangka wanita di depannya ini tahu akan hal wasiat itu. Ligat otaknya berfikir. Adakah ibunya pernah menceritakan akan hal itu pada Puan Kartina? Tetapi, mustahil! Wasiat itu seharusnya dirahsiakan.

"Saya yakin, saya adalah calon yang sangat sesuai dan mampu memenuhi kepentingan tuan tu. Tapi, tidak semudah tu. Saya juga akan letak syarat, sebab saya pun ada kepentingan sendiri. Dan saya yakin, tuan juga mampu penuhi syarat tu," ujar Umaira.

"Syarat?" tanya Syed Redza.

"Yes." jawab Umaira.

Syed Redza terus melepaskan keluhan sinis. "Apa yang membuat awak yakin saya akan bersetuju dengan syarat tu dan kahwin dengan awak?" soalnya. Bukan semudah itu, dia akan bersetuju tanpa mengetahui niat wanita itu yang sebenarnya.

"Dan, apa pula alasan tuan untuk tidak bersetuju? Bukan ke, tuan juga nak kahwin sementara sebab nak memenuhi syarat je? Kalau tak, tuan tak akan bawa sekali dengan fail tu," balas Umaira lalu memandang ke arah fail hitam yang berada di atas meja. Syed Redza juga turut sama memandang ke arah fail itu.

"Saya hanya beri tawaran ini sekali saja, tuan. Tak akan ada lagi lain kali. Jadi, saya hanya beri masa 5 saat untuk berfikir," ujar Umaira.

Syed Redza terkejut. "What? 5 seconds? What kind of deal is this? You suppose to be, give me more times to think about it.”

Namun, Umaira langsung tidak menghiraukan. Dia malah memandang jam di pergelangan tangan.

"Five... four... three... two..."

"Fine!"

Umaira terus berhenti mengira. Dia memandang Syed Redza dengan senyuman nipis. Yes! Kemenangan berpihak padanya. Tak susah mana pun lelaki di depannya ini.

Melihat senyuman manis itu, Syed Redza terus mengalih pandangan ke tempat lain. Dia tidak menyangka wanita di depannya ini pandai memutar kata sehingga dia kalah dalam rundingan itu!

****

"APA kau dah buat, Arif?" soal Syed Redza sedikit keras. Kaki panjangnya terus melangkah luas menuju ke kerusi lalu menghempas punggung kasar di situ. Arif yang berhenti di depan meja terus menunduk menekur lantai.

"Maaf, tuan. Saya hanya menjalankan tugas mengikut arahan tuan. Tuan nak saya carikan calon yang sesuai dengan cara yang paling efektif dan pantas," ujar Arif mula gementar memandang wajah tegang itu.

"Ye, memang sangat pantas sampai aku tak tahu dimana aku nak letak muka aku lepas ni," perli Syed Redza melepas rasa marahnya. Wajah dituding sendiri.

Arif diam, tidak berani melawan.

“Apa nama apps tu?” soal Syed Redza.

“My Jodoh till Jannah.”

“Apa? My Jodoh till Jannah?” soal Syed Redza tercengang.

Arif hanya mampu mengemam bibir menahan tawa.

Tergeleng Syed Redza mendengarnya. “Kau tahu tak, disebabkan kau register dalam apps macam tu siap letak muka aku, orang yang tak sepatutnya tahu, jadi tahu. Dan yang paling memalukan bila dia anggap aku ni tak laku! Belum lagi dituduh gay!" herdiknya geram bercampur malu. Belum pernah seumur hidupnya merasa malu sebegitu. Apatah lagi, di depan wanita. Sudah lah dia kalah dalam rundingan itu. Jatuh air mukanya serta-merta!

"Maaf, tuan. Saya terpaksa letak gambar tuan dan juga serba sedikit info tentang tuan sebab apps tu tak boleh buat akaun palsu. Apps tu, adalah apps yang paling selamat digunakan. Dia menjaga kesemua maklumat peribadi pengguna," jelas Arif dengan tutur kata yang lembut. Dia tahu, tuannya itu sedang marah padanya.

"Ye lah. Sangat selamat sampai kau sendiri pun buat silap membenarkan dia masuk tanpa usul periksa terlebih dulu," perli Syed Redza lagi.

"Maafkan saya, tuan. Lain kali, saya akan lebih berhati-hati," ucap Arif.

Syed Redza terus menghela nafas kasar. Tubuh disandar penuh di dada kerusi. "Aku nak kau padam account tu sekarang juga," arahnya tegas.

"Baik, tuan." Arif terus menatal skrin ipadnya.

"Saya dah padam account tu." Skrin ipad dihala ke arah Syed Redza.

"Good."

"Okay, kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu, tuan," ujar Arif meminta diri.

Syed Redza hanya mengangguk nipis. Arif pun melangkah keluar. Setelah pintu ditutup rapat, Syed Redza terus melepaskan satu keluhan panjang. Dia menyandarkan kepalanya di kerusi lalu memejam mata rapat. Kejadian tadi kembali menerpa minda.

You must be crazy, Maira…

Share this novel

Mermaid_
2023-04-28 06:22:07 

update cepat pleaseeeee! taksabar! hahahahhahaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience