Rate

BAB 3

Drama Completed 527

Mahu katakan yang aku tidak dapat menadapat tawaran lain. Tipulah jika
aku cakap tidak. Macam-macam tawaran aku dapat. Malah, aku juga dapat
tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Tetapi aku tolak.
Sebab? Sebab aku tidak mahu berjauhan dengan emak. Kini, mak tinggal
bersendirian di rumah. Mujur sahajalah beberapa bulan lagi abang aku
akan tamat pelajarannya. Bolehlah tengok-tengokkan emak di kampung.
Tidaklah emak kesunyian seperti sekarang.

Namun begitu, aku tidak pernah terlupa untuk menitip pesan kepada Mak
Cik Senah agar melihat dan menjaga emak. Tetapi kata mak lain pula. Kata
emak dia sudah besar malah sudah tua. Tidak perlu ditengok dan dijaga
seperti kanak-kanak. Aku yang mendengar ketika itu hanya ketawa. Tidak
terfikir emak akan berfikir sampai ke situ pula.

Emak kata lagi. “Irah tak perlu risaukan emak. Emak tahu nak jaga diri
macam mana. Jangan terlalu fikirkan keadaan emak di sini. Tanggungjawab
Irah sekarang adalah belajar. Irah dah janji dengan emak akan mengubah
nasib keluarga kita. Dan emak akan tuntut janji itu tiga tahun kemudian.”

Tiba-tiba, mataku ini gatal mahu menitiskan air mata. Sampai begitu
sekali emak mengharapkan aku? Tidak menunggu lama, aku terus membuat
tekad. Tekadku akan mengotakan janjiku itu. Aku akan membalas jasa emak
selama dia membesarkan aku. Mungkin lebih daripada itu. Malah, aku akan
membuktikan aku adalah salah seorang anak kampung yang berjaya.

Kini, aku sudah berdiri di hadapan pintu masuk universitiku. Mulai hari
ini, aku akan menimba ilmu di sini. Sungguh aku tidak sabar-sabar untuk
masuk ke dalam dewan kuliah untuk belajar. Aku juga tidak sabar untuk
berkenal-kenalan dengan kawan baru. Lelaki atau perempuan, itu tidak
penting buatku. Janji kawan itu baik buat diriku dan tidak membawa aku
ke lembah kemaksiatan. Aku yakin emak dan abang pasti sedih jika aku
tersalah langkah. Lagipula, kini aku belajar di ibu negeri Selangor.
Tempat yang maju dan pesat membangun. Baik dan buruknya pasti ada di
sini. Aku kena bijak memilih yang mana baik dan mengelak yang buruk.

Hari pertama aku memijakkan kaki melangkah ke dalam bilikku, aku
berkenalan dengan tiga orang rakan sebilikku. Hanis yang baik dan
peramah. Mudah berbual dengannya. Dia juga suka membuat lawak. Yang
paling seronok itu, dia sama jurusan denganku. Jadi, ini memudahkan aku
untuk belajar. Dapatlah aku dan Hanis belajar bersama-sama. Hanis
berasal daripada Ipoh Perak. Dia tidur bersebelahan dengan katilku.
Bezannya dia ditingkat atas dan aku pula di tingkat bawah.

Seterusnya, Dewi. Dewi seorang yang pendiam. Tapi, bila sudah mula
bercakap tidak tahu tekan brek. Laju semacam. Dewi berasal daripada
Kuala Lumpur. Kiranya Dewi ini adalah orang bandar. Dia mengambiil
jurusan TESL. Bakal guru Inggeris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience