Rate

BAB 1

Drama Completed 527

Assalammualaikum, salam pembuka kata. Nama ku . Anak Mak Cik Senah. Aku dibesarkan di Kampung
Sungai Terap, Kuala Selangor. Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang
ayah. Ayah aku telah menghadap Illhai ketika umur aku dua bulan. Masih
bayi lagi ketika itu. Emak aku cakap, ayah aku meninggal dunia kerana
serangan jantung ketika memetik kelapa sawit milik seorang individu kaya
di kampung aku.

Walaupun aku kekurang kasih sayang ayah tetapi aku sudah cukup bahagia
dengan kasih sayang yang telah emak aku berikan. Selain emak yang
sayangkan aku, ada lagi seorang yang juga yang sayangkan aku. Hmm.. nak
tahu siapa? Teman lelaki? Oh, tidak!! Aku tiada teman lelaki. Orang yang
bertuah itu ialah abang aku. Nama dia Abang Kadir . Hmm.. itu kawan-kawan
dia panggillah sebab badan dia yang gemuk. Nama sebenar abang aku itu
Lutfi. Hmm.. sedapkan nama dia. Aku Mahirah . Abang aku Lutfi.

Tapi, sekarang ini, Abang Kadir aku itu tiada di rumah. Sudah satu bulan
aku tak nampak muka dia. Hmm.. dia sekarang tengah sambung belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalan bidang perniagaan. Abang aku
cakap, satu hari nanti dia ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya
macam Haji Samuri. Kenal tak? Alah pemilik Sate Kajang itu. Abang aku
nak jadi macam dialah. Usahawan yang berjaya.

Aku? Sekarang ini aku masih ditingkatan lima lagi. Hujung tahun ini aku
akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Jika aku dapat
keputusan yang cemerlang, aku nak ikut jejak langkah abang aku. Aku pun
nak melanjutkan pelajaran. Mahu membantu emak aku keluar dari kepompong
kemiskinan.

Yalah, sekarang ini hidup aku, emak dan abang bagaikan kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang. Kehidupan aku memang tak sama macam
kawan-kawan aku dekat sekolah itu. Diaorang anak orang berada. Okay, ada
juga yang biasa tapi tidaklah seteruk aku. Tetapi, emak aku ada cakap,
jika keluarga aku susah ada lagi keluarga yang lebih susah daripada
keluarga aku.

Untuk menampung hidup kami anak beranak, emak ada mengambil upah
menjahit baju. Mujur sahajalah emak aku pandai menjahit. Jika tidak, aku
tak tahu apa yang emak aku akan lakukan untuk membesarkan aku dan abang.
Namun begitu, hidup aku tidaklah sesenang mana juga. Harga barang yang
semakin tinggi membuatkan aku, emak dan abang terpaksa berjimat-cermat.
Nasib baiklah abang aku menerima pinjaman pelajaran (PTPTN). Jika tidak,
mungkin kami terpaksa ikat perut demi menampung abang di sana.

Aku rindukan abang. Kami berhubung melalui telefon. Telefon yang aku
pinjam melalui Mak Cik Senah . Aku nak membeli telefon bimbit? Memang
tidaklah!! Aku tidak mampu. Walupun aku tahu ada telefon bimbit yang
berharga kurang daripada seratus ringgit tetapi bagi aku alat
perhubungan itu tidak perlu. Yalah, kalau sudah ada telefon bimbit pasti
kena tambah nilai. Bukan boleh menefon seseorang itu tanpa ada kredit di
dalamnya. Kolot? Aku tak peduli kalau ada orang cakap yang aku ini
kolot. Tidak mengikut peredaran zaman. Bagi aku, kalau sudah tidak mampu
tidak perlu menyusahkan diri untuk membeli barang yang tidak perlu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience