Rate

BAB 4

Drama Completed 527

Shila juga merupakan rakan sebilikku. Aku tak berapa nak kenal sangat
dengan dia ini. Bila aku memperkenalkan diri, dia hanya acuh tak acuh
sahaja. Seperti tidak mahu melayanku. Aku tidak tahulah dia ini sombong
atau pemalu. Tapi, berat hatiku berkata yang dia ini sombong. Tengok
penampilan dia, aku tahu Shila anak orang kaya. Tapi, tak perlulah
sombong sangat. Jurusan yang dia ambil. kalau dah namanya sombong,
manalah aku tahu dia ambil jurusan apa.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari ini aku mula memasuki dewan
kuliah setelah hampir satu minggu aku dan rakan-rakanku terlibat dalam
program orentasi. Memang penatlah pada minggu itu. Tapi, hari ini akusudah
bebas. Aku akan menumpukan pada pelajaran.

Pelbagai ragam manusia yang aku temui di sini. Ragam-ragam pelajar
universitilah katakan. Aku mulai sibuk dengan urusan pelajaranku.
Semester pertama aku sibuk dengan aktiviti kokurikulum di samping
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Semester seterusnya juga tidak
kurang hebatnya.

Pejam celik, pejam celik tiga tahun sudahpun berlalu. Hari ini aku
berada di dalam dewan sambil mengenakan pakaian konvokesyen. Rasa tidak
sabar untuk naik ke atas pentas di samping jantung yang tidak
henti-henti berdegup kencang.

Scroll telah aku pegang bersama sejambak bunga di tangan. Cahaya lampu
kamera tidak henti-henti merakam detik-detik terindah dalam hidupku ini.
Aku, emak dan abang bersama-sama mengambil gambar. Tidak lupa juga aku
bergambar dengan Hanis sebagai kenangan kami.

Kini, aku telah berjaya. Selepas ini, aku bercadang untuk menyambung
pelajaran aku ke peringkat yang lebih tinggi. Ijazah sarjana, sarjana
dan jika diizinkan Allah aku mahu menyambung lagi ke peringkat doktor
falsafah pula.

Hmm.. kehidupan emak aku juga sudah mulai berubah setelah Abang Kadir
a.k.a Lutfi telah berjaya membuka restorannya sendiri. Restoran
Kehidupan Kami, itulah namanya. Jadi, aku ini nak buktikanlah siapa
cakap orang kampung tak boleh berjaya? Kemiskinan atau tinggal di luar
bandar bukanlah penghalang untuk berjaya. Apa yang penting adalah diri
kita. Jika hendak mengubah hidup, haruslah berusaha. Peribahasa ada
menyatakan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kini, aku anak
kampung yang berjaya. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience