Rate

BAB 2

Drama Completed 527

Beberapa bula telah berlalu. Kini, aku sedang menunggu keputusan SPM.
Aku tidak tahu samada keputusan SPM aku cemerlang ataupun tidak. Namun,
aku tidak putus-putus berdoa agar keputusan cemerlang menyebelahi aku.
Aku sudah bertekad untuk membantu keluarga. Kata emak dengan pelajaran
kita boleh mengubah hidup kita.

Kini, aku berada dihadapan Cikgu Nurul. Hati aku berdegup kenyang
menunggu keputusan yang bakal aku terima. Hanya Allah sahaja yang tahu
bagaimana rasanya hati aku ketika ini. Takut ada. Tidak sabar-sabar
ingin tahu keputusan aku pun ada. Terketar-ketar tanganku mengambil slip
keputusan SPM. Aku menitiskan air mata. Air mata gembira namanya. Aku
tidak menyangka aku mendapat keputusan yang cemerlang. Kata Cikgu Nurul,
aku adalah paling cemerlang dalam sekolahku. Aku mendapat keputusan
semua A+.

Aku segera pulang ke rumah. Tidak sabar rasanya mahu menunjukkan
keputusanku itu kepada emak. Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam
rumah dan berlari mendapatkan emak. “Mak.. Irah dapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM.” Jeritku gembira. Lantas aku menunjukkan keputusan
peperiksaanku kepada emak. Aku dapat melihat emak menangis. Aku yakin
emak terlalu gembira dengan keputusan aku itu sehingga menitiskan air
mata sama sepertiku ketika aku di sekolah tadi.

“Syukur alhamdulillah. Emak bangga dapat anak seperti kamu, Irah . Hmm..
Irah dah telefon abang?” Tanya Emakku. Aku lantas menggeleng.

“Kejap lagi baru Irah nak pergi rumah Mak Cik Senah .” Jawabku. Memang aku
ada niat mahu menelefon Abang Kadir aku itu. Aku berpamitan dengan emak
sebelum berlari ke rumah Mak Cik Senah yang terletak di hadapan rumahku.
Aku yakin abang aku turut gembira dengan keputusanku ini.

Tiga bulan telah berlalu begitu pantas. Diam tidak diam aku bakal
menyambung pelajaran aku ke peringkat yang lebih tinggi. Universiti
Teknologi Mara di Shah Alam menjadi pilihanku untuk menyambung pelajaran
dalam bidang perbankan. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa aku
memilih universiti ini, bukan? Hmm.. untuk pengetahuan pembaca aku
memilih universiti ini kerana ini adalah universiti yang dekat dengan
kampungku. Senanglah aku hendak berulang-alik dari Shah Alam ke Kuala
Selangor. Universiti abang aku juga tidaklah jauh mana dengan tempat aku
belajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience