Bahagian 1

Fantasy Series 716

BAHAGIAN 1

MERIAH pesta perayaan bulan terang malam ini. Orang ramai datang mengunjungi pekan itu dari pelbagai desa. Setiap tahun, perayaan bulan terang akan diraihkan di pekan yang sama.

Pelbagai gerai jualan yang dibuka. Tidak kurang juga dengan rumah hantu yang dipasang di pinggir pekan tersebut. Sengaja dipasang di situ, agar dapat menimbulkan perasaan yang lebih seram lagi.

Kedengaran dari jauh jeritan-jeritan ketakutan dari pengunjung yang masuk ke situ setelah membayar sejumlah wang di kaunter hadapan. Hantu-hantu yang menyamar sudah ketawa mengekek sebaik mereka dikejutkan dan menjerit nyaring. Lalu lari bertempiaran mencari jalan keluar.

“Pengecut!” jerit Ovid dan terus melanjutkan tawanya. Tiga orang lagi rakannya
mengekek sama.

Belumpun habis mereka ketawa, mereka dipanggil keluar. Tanda sudah masuk tengah malam. Rumah Hantu itu bakal ditutup dalam beberapa minit lagi. Dan mereka diminta membersihkan diri sebelum balik.

Seperti dua hari yang lepas, habis saja mengenakan pakaian,meningtuanya mpat dihulurkan wang gaji untuk hari ini. Ucapan terima kasih diucapkan kemudian sama-sama jalan balik ke rumah.

Keempat-empat remaja itu adalah adik-beradik. Sudah jadi anak yatim piatu sejak adik bongsu mereka dilahirkan kedunia.

Kedua ibu-bapa mereka adalah perwira kerajaan kecil ini. Namun keduanya terkorban dalam perang besar yang melibatkan dua kerajaan.


Sejak hari itu, mereka terpaksa hidup berdikari. Mujur masih ada yang bersimpati dan menghulurkan makanan untuk mereka melangsungkan kehidupan.

Paling sulung sekali adalah Allura. Si kakak yang begitu prihatin terhadap adik-adiknya. Sanggup berlapar andai kebetulan hari itu mereka tidak mendapat makanan.

Ovid. Si jejaka tampan. Suka melawak, namun kalau buat kerja tidak pernah main-main. Tegas boleh mengalahkan singa betina lagaknya. Jangan main-main dengannya.

Adik yang ketiga pula, namanya Liam. Perangai agak sama dengan Ovid. Suka menyakat si bongsu yang kadang-kadang cengeng. Maklumlah diakan adik bongsu. Apa yang dia mahu, bakal diturut saja selagi mampu. Si adik bongsu itu, namanya Dulce.

Walaupun mereka anak yatim, namun kehidupan mereka tetap lengkap macam orang lain. Makan dan minum seadanya. Tidak pernah meminta sesuatu diluar kemampuan mereka semua. Mereka sedar diri.

Perjalanan mereka balik ke rumah diselangi dengan tawa dan usikan sesama mereka. Bercerita hal melucukan ketika berada di dalam rumah hantu tadi. Sampai saja di rumah, Allura terus ke dapur ditemani Dulce menyediakan makan malam ala kadar sebelum menyambung tidur untuk bekhidmat esok pagi pula.

Sekali tiup, kayu api kering tadi terus terbakar perlahan. Dulce mencebik apabila perasan kakaknya memandang ke arahnya sebaik dia menghembus api keluar dari mulut. Satu kelebihan yang tidak ada pada adik-adiknya yang lain.

“Cemburu ke?” sengaja Allura mengusik. Sekali lagi Dulce mencebik. Kalaulah dia boleh buat macam kakaknya itu, sudah lama dia bakar kerajaan yang telah menyebabkan kedua orang tua meninggalkan mereka. Tapi sayang seribu kali sayang, dia tidak mampu.

“Mulalah kakak nak tunjuk hebat pula? Aku hembus angin nanti, mati kayu api tu,” muncul Ovid depan pintu sambil cekak pinggang.

Allura tidak membalas. Dia tahu kehebatan adik keduanya itu. Boleh hembus angin sederas puting beliung. Kalau dia hembus, boleh punah rumah kecil mereka di tengah-tengh hutan rimba ini.

Dulce tertawa kecil melihat wajah cemberut kakaknya. “Kalaulah adik sehebat kalian berdua, mesti seronokkan?”

Soalan yang baru muncul dari Dulce membuatkan Allura dan Ovid memandang laju ke arahnya. Wajah murung adik bongsu mereka itu membuatkan mereka jadi serba-salah.

Liam yang baru masuk ke situ memandang dengan pandangan pelik. Dah kenapa semua orang diam ni? Dia ada buat salah ke?

“Nasi belum masak lagi?” soal Liam kerana tidak mengerti apa yang sedang berlaku saat ini. Kelihatan Dulce menguis-nguis kayu api agar tepat mengenai bontot periuk nasi.

Liam menyiku lengan Ovid yang masih mendiamkan diri. Ovid cuba tersenyum namun kelat pula dipandangan Liam. Lelaki kedua tua antara mereka itu lalu menuju ke belakang rumah. Mahu bersihkan diri katanya.

Allura yang masih senyap dari tadi dia cuba bawa komunikasi, namun Allura buat-buat tidak mengerti. Gadis itu berdiri lalu menuju ke singki. Ikan yang sudah siap disiang petang tadi dibersihkan dan dipanggang bersama ramuan halia, cili dan kunyit.

“Tolong ambilkan air…” belum habis Allura bercakap terus dia ketap bibir. Wajah kosong Dulce dipandang risau. Adik bongsunya itu masih diam ditempat duduknya sambil memandang periuk nasi yang belum masak dari tadi.

Allura terlupa, Liam mampu mengambil air hanya dengan menggerakkan jari-jemarinya saja.

“Dulce ke dalam dulu.” Seraya itu dia berdiri dan masuk ke dalam meninggalkan Allura dan Liam di situ. Makin bertambah bingung Liam dengan keadaan tersebut.

“Kakak nak banyak ke sikit?” tanya Liam sambil menggerak-gerakkan air di udara. Melihat Liam sedang memperlihatkan kuasanya itu, terus Allura menepis air tersebut ke arahnya. Liam basah kuyup jadinya. Dia hendak marah namun tingkah Allura membantutkan niatnya.

“Kuasa yang kita ada ini, belum tentu mampu menjaminkan kita berkuasa dan bahagia.” Tutur Allura perlahan.

Barulah Liam mengerti sekarang. Dia memandang ke dalam walau kelibat adik bongsunya sudah menghilang di sebalik pintu biliknya. Lantas, satu keluhan terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience